Thursday, January 9, 2014

Wajah peragut berjaya ditangkap orang awam di Cheras

Posted by Blogger Name. Category:


Kuala Lumpur- 8/01/2014: Lebih kurang 7.40 pagi semalam, seorang peragut berjaya ditangkap oleh orang ramai ketika meragut seutas rantai emas seorang wanita di Taman Orkid, Batu 9, Cheras.

Difahamkan, wanita itu sedang berjalan kaki bersama bayi didalam kereta sorong. Ketika kejadian berlaku, wanita itu menjerit sehinggakan orang awam yang berada berdekatan bertindak mengejar peragut.

Suspek cuba melepaskan diri dengan memukul kepala seorang lelaki yang mengejarnya sehingga berdarah. Namun, dengan bantuan beberapa orang awam, peragut itu berjaya ditangkap dengan kaki dan tangannya diikat. Kini, peragut tersebut dalam tahanan pihak Polis.

Sumber: Malaysian Crime Awareness Campaign

0 comments:

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3