Posted by Blogger Name. Category:
Gosip
admin ada terbaca artikel di ruangan Diva Interaktif Kosmo yang mengatakan Lana Nordin sudah temui kekasih baru. Laris sungguh Lana Nodin, macam bunga kembang di taman. Seekor kumbang pergi, terus datang pula si kumbang yang baharu.
Sebelum ini Lana baru putus cinta dengan Johan As’ari hujung Disember lepas. Bercinta pun ala-ala sebulan sahaja. Biarlah, yang putus biarlah putus.
Dengarnya, yang cuba sedang pikat hati Lana sekarang seorang doktor. Serik gamaknya Lana nak cari orang dalam industri lakonan. Untunglah, hati yang remuk dapat doktor pula sebagai penawar.
Menurut sumber, doktor yang terpikat dengan Lana itu seorang pemuda berdarah campuran Pakistan dan mat saleh. Mereka berjumpa buat pertama kali di Pulau Pinang, kebetulan doktor yang berkerja di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia untuk satu urusan.
Hebat betul penangan Lana, putus cinta sahaja terus ada yang masuk jarum. Katanya, Lana dengan si doktor itu sudah lama kenal cuma baru sahaja doktor berkenaan berani, siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar lagi. Lana sendiri sudah muat naik gambar jambangan bunga berkenaan dalam Instagram dia lagi tau.
Beruntung Lana! Tengah bahagialah tu. Harap kali ini janganlah pisang berbuah banyak kali lagi. Lana pun sudah banyak berubah. Sudah tak pakai seksi-seksi lagi!
0 comments:
Post a Comment