Tersebar ketika ini minyak RON97 dikatakan akan naik bermula 8 Januari 2013. Berita itu timbul apabila satu surat rasmi di Twitter daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang memaklumkan kementerian itu bersetuju supaya harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulau 8 Januari 2014.
Namun, kesahihan surat itu belum dapat dipastikan kerana melalui tinjauan ke laman web Kementerian Kewangan, tiada surat pekeliling seperti itu dimuat naik. Malah tiada pengumuman rasmi dibuat seperti kebiasaannya sekiranya harga minyak berlaku.
Terdapat kesan seperti diedit pada surat |
Malah, admin sengaja tunggu sehingga pukul 12.00 Malam kerana menurut pengguna twitter yang menyebarkan dakwaan surat itu mengatakan minyak akan naik pada "midnight 00:01 8th Januari 2014". Namun, sehingga kini jam melepasi 12 lebih namun tiada petunjuk minyak ron97 dinaikkan.
Adakah surat ini satu lagi surat rekaan atau HOAX yang disebar oleh orang yang tidak bertanggungjawab?
Jika perkara ini tidak benar diharap tindakan perlu diambil berikutan perkara sebegini pasti menimbulkan rasa tidak senang kepada rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment