Monday, January 6, 2014

PENSYARAH IPTA BUNUH ISTERI SEBELUM KELAR LEHER SENDIRI SAMPAI MATI?

Posted by Blogger Name. Category:

Apa sebenarnya masalah yang berlaku masih belum dapat dipastikan lagi. Namun berdasarkan sumber berita, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum si suami dipercayai bertindak menikam badan dan leher isterinya dengan sebilah pisau sebelum dia bertindak mengelar lehernya sendiri dengan tujuan untuk membunuh diri.

Memetik laporan berita berkenaan, seorang wanita ditemui mati di hadapan pintu bilik sebuah hotel tiga bintang di sini dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman di anggota badan, awal hari ini. Wanita itu dikenali sebagai Norazlina Mohamed Saaid. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi berkata mayat mangsa yang berumur 49 tahun itu ditemui oleh pekerja hotel berkenaan dengan keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 5 pagi.


“Polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan, kami turut menemui seorang lelaki dipercayai suspek kes ini berumur 58 tahun yang terbaring di atas katil bilik tidur hotel tersebut dalam keadaan kesakitan akibat cedera di leher. Berikutan keadaannya, lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan lanjut, namun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Katanya, pemeriksaan di bilik itu turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Beliau berkata hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati kedua-dua mangsa itu merupakan pasangan suami isteri. Ketika ditemui, wanita berusia 49 tahun itu hanya memakai baju dan seluar dalam dan lelaki berkenaan hanya berseluar pendek. Tambahnya, polis sedang berusaha mengenalpasti punca sebenar kejadian ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3