Saturday, January 11, 2014

BELANG PEMILIK & PENGASUH SEBUAH TASKA DI PUNCAK ALAM TERBONGKAR!

Posted by Blogger Name. Category:

Kejam dan tidak berperikemanusian jelas menunjukkan perbuatan luar batasan sebuah taska di Puncak Alam. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun pemilik dan pengasuh taska tersebut tergamak mendera kanak-kanak yang dihantar ke situ untuk melampiaskan kemarahan.

Gambar Hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan, malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur begitu sahaja.

Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.

Antara Kanak-Kanak Yang Jadi Mangsa
Kejadian ini didedahkan oleh dua bekas pengasuh taska berkenaan yang diberhentikan hanya selepas enam hari bekerja kerana majikan pusat jagaan kanak-kanak tersebut dikatakan bimbang rahsia bayi dan kanak-kanak yang diasuh di situ didera, terbongkar.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menyiasat sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan atau tidak.

PENDEDAHAN EKSLUSIF DARIPADA BEKAS PEKERJA TASKA TERSEBUT:-

Bekas pekerja taska berkenaan, Maya (bukan nama sebenar), 17, memberitahu, ketika mula bekerja di situ bersama sahabat baiknya, Suraya (juga bukan nama sebenar), 18, pada 2 Januari lalu, mereka tidak nampak sebarang perlakuan mencurigakan. Menurut Maya, bagaimanapun, selang beberapa hari, belang majikannya yang berusia lebih 30 tahun itu dan seorang pengasuh mula terserlah. Mereka senang-senang saja merotan dan mencubit budak-budak itu. Ada yang sampai lebam-lebam dikerjakan. Marah jangan cakap lagilah, sampai tersedu-sedu mereka dibuatnya. Maya berkata, kanak-kanak dirotan dengan pembaris panjang jika mereka tidak mendengar kata, sementara bayi yang menangis diangkat dan dicampak dengan kasar. Itu macam sudah menjadi rutin di situ.

Dalam pada itu, Maya dan Suraya turut mendedahkan keadaan kebersihan dapur taska berkenaan yang didakwa tidak dijaga dengan memuaskan. Memang teruk. Mereka guna periuk sahaja untuk menjerang air Majikan tak mahu guna cerek elektrik untuk jimat duit. Paling tak boleh terima, air yang dah dijerang dimasukkan ke dalam bekas yang dah berkarat dan layak dibuang. Tidak sekadar itu, kebanyakan anak kecil juga hanya dibiarkan memakai lampin pakai buang tanpa pakaian. Sudahlah begitu, mereka diberi minum susu atas lantai semata-mata. Tikar pun tidak ada.

0 comments:

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3