Wednesday, January 15, 2014

Gambar 2 remaja perempuan tersengih curi duit di mesin ATM tersebar

Dua orang remaja perempuan kini dicari apabila gambar-gambar CCTV mendedahkan wajah mereka sebagai suspek pencuri duit dalam mesin ATM.

Kejadian berlaku apabila pengadu, Puan Sanizabri Nurul 'Ain terlupa mengambil kad banknya semula daripada ATM RHB di Festival City. Beliau menyedari kejadian itu setelah balik ke pejabat. Namun semuanya sudah terlambat apabila beliau menyemak baki akaunnya menunjukkan terdapat transaksi pengeluaran sebanyak RM2000.

Setelah membuat laporan Polis, Puan Sanizabri kembali semula ke bank tersebut untuk mendapatkan salinan rakaman CCTV. Melalui rakaman itu, jelas menunjukkan dua orang remaja perempuan mengambil peluang dengan mengeluarkan duit beliau. 

Bertambah kecewa apabila melihat kedua-dua remaja itu tersengih-sengih keluar daripada bank seolah-olah mendapat durian runtuh.


Kronologi: Pengadu daftar nombor telefon di mesin ATM, kemudian resit akan keluar menunjukkan proses daftar berjaya. Namun, kad masih di dalam dan masih boleh membuat transaksi. Pengadu terlupa dan terus belah, dua remaja ambil peluang keemasan.


Beliau mengakui turut bersalah kerana kecuaian diri sendiri. Namun, perbuatan remaja itu yang mengambil kesempatan tidak boleh dibiarkan. Semoga kedua-dua suspek itu berjaya dikesan agar menjadi pengajaran kepada orang lain. -TengokTVonline

Dua Gambar CCTV:



Tuesday, January 14, 2014

Video Gadis Melayu makin Rosak Dilaman Sosial

Video Gadis Melayu Makin Rosak Dilaman Sosial | Dalam perjalan aku berfikir mencari ideal untuk menulis dalam blog aku ni tiba-tiba aku ternampak satu video didalam youtube menunjukkan seorang wanita yang sedang merakam video rakannya yang baru keluar daripada bank islam. Dalam video itu kedengaran seperti dia sedang memerli rakannya yang keluar dari bank islam tetapi berpakaian sexy, aku rasa sepatutnya dia kena perli kawan dia lebih awai sebabberpakaian sexy walaupun beragama islam. Tapi dua2 sexy macam minah senget
Berbalik kepada tajuk asal aku “ Gadis melayu makin rosak dilaman sosial” Sebab apa aku cakap macam ni?pendapat peribadi aku la sebab adanya laman-laman social seperti KEEK, Facebook, Twitter ni ramai gadis-gadis diluar sana mula mengejar like,follower dan sebagainya dan untuk mendapat ramai follower dan like ni la gadis-gadis melayu sekarang ni suka buat benda-benda yang boleh merosakkan contohnya upload gambar sexy,update status lucah, rakam video dengan gaya membodohkan semata-mata nak like jew.

Puaka niyang rapik
Nasihat aku jangan menyesal di hari tua sudah la hahaha sekarang maybe korang hotsetap ramai orang puja tapi  kalau tiba2 termengandung takut lepas tu terbuang anak tu..serius time tu memang hari-hari hidup takkan tenang.

 Video Gadis Melayu makin Rosak Dilaman Sosial


Video ini diambil didalam youtube dan bila aku tengok video ni terasa bagai oh inikah malaysia ?kusangka mexico city.

[VIDEO] Wonder Girls Pakai Baju Kurung


Teruja betul ketika melihat video penyanyi berkumpulan wanita dari Korea ini iaitu Wonder Girls.
Di dalam salah satu segmen yang yang dibawakan mereka ketika melakukan konsert di Stadium Negara, Sabtu lalu, lima anak muda itu kelihatan manis dengan mengenakan baju kurung corak sedondon tetapi berlainan warna.

Pandai sungguh mereka mengambil hati peminat di Malaysia.
Lebih mengujakan, apabila mereka tidak kekok dalam mengenakan pakaian itu semasa menyampaikan lagu popular berjudul Be My Baby.

Penampilan unik Yu Bin, So Hee, Yenny, Lim dan Sunny itu kini telah menjadi topik perbualan hangat di Korea.

Tidak kurang juga, ada diantara peminat mereka di sana sudah mula jatuh hati dengan baju kurung.
Saksikan video mereka ini

Monday, January 13, 2014

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Kahwin Februari 2014


Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Kahwin Februari 2014. Desas-desus mengenai hubungan cinta pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof dengan aktres Puteri Sarah Liyana terjawab apabila ibu aktor itu, Datin Patimah Ismail mengesahkan pasangan itu bakal disatukan pada Februari ini. Patimah ketika dihubungi berkata, majlis merisik telah di lakukan di rumah keluarga wanita berkenaan di Sri Damansara pada Ahad

Kedua-dua pihak bersetuju mengadakan majlis pernikahan pada bulan depan atas permintaan Syamsul. “Majlis merisik itu diadakan secara ringkas dan saya telah menyarungkan sebentuk cincin di jari Sarah namun tiada sebarang majlis pertunangan diadakan kerana Syamsul mahu bernikah terus dengan Sarah. Ikuti kisah Betul Ke Puteri Sarah Bercinta Dengan Syamsul Yusof.

“Insya-Allah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu,” katanya pada petang Isnin. Dalam pada itu, Patimah berkata, Syamsul, 30, menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Sarah, 28, selepas pulang daripada mengerjakan Umrah di Mekah pada 28 Disember lalu. Ikuti kisah lanjut Keluarga Sahkan Sudah Merisik, Syamsul & Puteri Sarah Nikah Februari.

Kata Patimah, Syamsul memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga selepas berdoa di tanah suci dan yakin Sarah adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri. “Kata Syamsul sepanjang berdoa di Mekah dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuatkan dia lebih yakin untuk memperisterikan wanita itu.

Sementara itu, Patimah berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan majlis sambut menantu bersama-sama dengan anak bongsunya, pengarah, Syafiq Yusof yang akan turut berkahwin pada Jun depan. Dalam perkembangan sama, Patimah berkata, sebagai ibu dia menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan Syamsul adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam. Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana Kahwin Februari 2014.

Sunday, January 12, 2014

Fasha Sandha hilang sabar, dedah dalang jatuhkan maruah ibu


Beberapa hari yang lalu, kesabaran Fasha dicabar oleh seorang individu tidak bertanggungjawab dipercayai telah menghina ibunya di media sosial.

Individu berkenaan dilihat membandingkan keperibadian ibunya dengan ibu Nora Danish sambil melibatkan ibu mertuanya sendiri (ibu Jejai).

Individu terbabit mula menyampaikan kata-kata negatif berkenaan Fasha dan keluarganya sejak 7 bulan lalu sehinggalah ibu kepada Putra Rayfal Ramli itu bertindak membela ibu kandungnya sendiri. Mungkin kerana terlampau berang, Fasha kemudiannya mendedahkan nama pemilik akaun laman sosial tersebut berserta gambarnya bersama suami dan anak-anaknya.



Komen Fasha Sandha (Gambar atas):

Salam dear makcik @ungkusabariah Saya ingin memohon maaf, terhadap apa yg saya ingin katakan disini,sesungguhnya nama seindah makcik 'ungku sabariah' tidak seindah perilaku makcik. Makcik juga seorang ibu dan seorang isteri, saya pasti suami dan anak2 makcik pasti malu dengan komen2 yang makcik berikan di laman instagram ibu mertua saya. 

Saya pasti anak2 makcik juga berpelajaran dan boleh berfikir bahawa sesungguhnya tidak elok untuk kita memperkatakan yang tak baik tentang orang lain atau dengan erti kata lain (batu api). Saya benar2 simpati dengan orang2 yang bersikap seperti makcik ini. Memberi komen berunsur penghinaan terhadap ibu saya. Cuba makcik fikir, apa perasaan anak2 makcik dan apa yg anak2 makcik akan lakukan sekiranya makcik dihina? Kalau makcik ni peminat bekas menantu@rajanoorasekalipun, tak mengapa. 

Tetapi tidak perlu membandingkan, menghina atau menjadi batu api sehingga mewujudkan sengketa antara satu sama lain. Sesungguhnya orang2 seperti makcik ni harus cuci hati makcik agar bersih. Saya tidak kisah jika mertua saya lebih baik dengan bekas besan atau bekas menantu beliau berbanding dengan saya..itu hak beliau. Hanya Allah Taala sahaja yang tahu. Tetapi kita sebagai hamba Allah tidak perlu mengotorkan hati dan minda dengan mengatakan yang tidak baik sehingga mengguriskan perasaan orang lain. 

Beliau adalah ibu saya, ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya. Saya dan ibu saya mempunyai keluarga yang besar di Perlis dan kami hidup dalam keadaan harmoni semenjak saya kecil walaupun dalam keadaan sederhana. Ibu saya yang membesarkan saya 4 adik beradik sendiri sejak saya kecil tanpa pertolongan daripada sesiapapun. Walaupun tanpa nafkah daripada seorang yang bergelar ayah ..kami tetap boleh membesar dan bersekolah. 

Dear Makcik Ungku Sabariah, Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya, tetapi saya tidak akan benarkan orang menghina keluarga saya. Cukuplah hinaan hanya diberikan kepada saya. Saya pasti mampu untuk menanggungnya. Bertaubatlah makcik, cuci hati makcik. Semoga makcik sedar, perbuatan makcik ini dilarang dalam agama kita. Makcik juga seorang ibu. Renung renungkanlah Salam JUMAAT buat semua.


Ekoran dari pendedahan tersebut, wanita pertengahan umur terbabit dipercayai telah memadamkan akaun Instagram miliknya secara serta-merta.

Ramai ramai yang menyokong tindakan selebriti ini, tetapi tidak kurang juga yang mempertikaikan perbuatan Fasha yang dilihat sengaja membalas dendam dengan mengaibkan wanita tersebut.

Fasha kembali menjelaskan niatnya berbuat demikian hanya untuk memberi pengajaran sambil mendoakan kesejahteraan wanita berkenaan. - Oh Bulan!

Najwa Latif nafi pendapatan cecah RM1 Juta, cuma bawah RM500 ribu


KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif menafikan laporan sebuah akhbar pada Ahad yang menganggarkan pendapatannya mencecah RM1 juta setahun.

Najwa, 18, menjelaskan pendapatannya sepanjang tahun lalu kurang daripada RM500,000 hasil daripada persembahan pentas, penjualan album dan nada dering selain pelantikannya sebagai duta Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

"Saya masih belum tahap bergelar jutawan seperti dilaporkan namun syukur jika benar pendapatan saya sebanyak itu saya anggap apa yang ditulis sebagai doa," katanya kepada mStar Online.

Najwa ditemui pada Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) di Busana @ Menara Mara di sini, Ahad.

Najwa mengulas mengenai laporan yang menyenaraikannya sebagai salah lima artis wanita muda yang mempunyai pendapatan tertinggi di Malaysia.

Najwa memberitahu dia baharu sahaja membeli sebuah kereta dan kondominium hasil daripada titik peluhnya sejak bergelar artis.

Bagaimanapun Najwa tidak menafikan ada membeli sebuah kereta dan kondominium di Shah Alam sebagai aset untuk masa depannya.

"Impian saya untuk mempunyai kereta dan rumah sendiri akhirnya terlaksana hasil kerja keras saya selama ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Najwa berkata, dia tidak bimbang sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadapnya selepas berita itu disiarkan kerana ia tidak benar.

Kata Najwa, apa yang lebih penting dia perlu sentiasa berpijak dibumi nyata dan meningkatkan motivasi diri supaya dapat menghasilkan lagu yang berkualiti kepada peminatnya.

"Bimbang juga laporan itu disalah erti tetapi ia tidak terlalu memberi kesan kerana apa yang lebih penting perhatian terhadap pengajian di UNITAR dan kerjaya nyanyian menjadi keutamaan saya," jelasnya.

Sementara itu, mengulas mengenai AJL 28, Najwa berkata, persiapannya lebih tertumpu kepada persembahan pada malam itu nanti dan tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak.

Kata Najwa, dia hanya mahu berseronok membuat persembahan untuk penonton dan teruja berpeluang bertanding di AJL 28 buat kali kedua.

"Soal menang atau kalah bukan perhatian saya tetapi lebih kepada persediaan untuk membuat persembahan kerana ingin berseronok pada malam itu nanti," ujarnya.

Najwa turut memberitahu dia bakal melancarkan dengan single terbaharunya berjudulHilang awal Februari yang ditulis bersama kakaknya, Syafiqah Latif. -mStar

Video peragut dibelasah orang awam di Damansara, Uptown tersebar


Video peragut dibelasah orang awam kini tersebar. Kejadian dikatakan berlaku di hadapan Maybank, Damansara, Uptown pada 12 Januari 2013, lebih kurang 11.15 pagi. 

Menurut Darren Lee yang bertanggungjawab memuat naik video itu ke dalam youtube mengatakan peragut itu bernasib baik apabila polis segera ke tempat kejadian.


VIDEO: Rompakan Lebuhraya Di Malaysia Pada Waktu Siang

AGAK menakutkan apabila menyaksikan video ini, di mana rompakan dilakukan di lebuh raya Malaysia, pada waktu siang hari.
Dalam video yang dirakam oleh pengguna lebuhraya di laluan bertentangan ini, terdapat tiga kenderaan terlibat dalam rompakan yang dilakukan, dengan dua daripadanya milik perompak.
Sebelum merompak, kenderaan mangsa diasak hingga terbabas dan terpaksa diberhentikan di tepi jalan.
Perompak dipercayai turut memaksa pemandu menanggalkan seluar sebelum mula mengambil barang-barang berharga.
Kenderaan yang lalu lalang membunyikan hon untuk menakutkan perompak namun kejadian berlaku dengan pantas. Perompak tidak hanya bersenjatakan parang, tetapi tembakan dikatakan turut dilepaskan.
Mujurlah, perompak tidak mencederakan pemandu terbabit. – Mynewshub.my

Foto aksi pramugari terlampau Singapura di Instagram dikritik

Seorang pengguna web Stomp.sg di Singapura telah memuatnaik cetakan skrin dari Instagram yang memaparkan beberapa keping foto gadis comel yang agak seksi.Gadis tersebut juga didakwa salah seorang pramugari Singapore Airlines kerana salah satu dari gambarnya, beliau dilihat memakai pakaian seragam syarikat penerbangan tersebut.
Beberapa keping lagi fotonya dilihat agak keterlaluan kerana hanya memakai seluar dalam coli untuk mengambil gambar.
Individu yang memuatnaik foto tersebut menulis:
“Adakah ini kriteria untuk menjadi pramugari Singore Airlines?
“Dengan tag kan diri sendiri sebagai #asiangirlsrock?”

Fitnah Gambar Polis mabuk minum arak ketika bertugas tersebar

Gambar tin waktu malam, gambar senjata waktu pagi?
Tidak dinafikan, memikul tanggungjawab sebagai penguatkuasa memerlukan pengorbanan yang begitu besar. Bahkan dimana-mana negara juga serupa. Di Malaysia, Polis Diraja Malaysia juga tidak terkecuali.

Telah banyak persepsi negatif dilemparkan kepada PDRM di negara ini. Dan yang terbaru ialah gambar menunjukkan Polis yang sedang bertugas mabuk minum arak. Malah senjata polis itu turut dibiarkan begitu sahaja. Banyak FB page yang menyebarkan gambar ini tanpa menyelidik mana-mana sumber. Contohnya seperti page dibawah:


Pada mulanya, admin sendiri seperti tidak percaya akan gambar tersebut. Namun, beberapa komen di bawah gambar itu sedikit sebanyak menjernihkan keadaan sebenar.



Memang benar Polis yang memegang botol arak dan membiarkan senjata di dalam kereta peronda itu. 

Tetapi, menurut komen daripada en Nordin Mansor menjelaskan kejadian itu sebenarnya adalah satu lakonan peserta Kursus Polis bagi situasi kesalahan semasa bekerja.

Nampaknya, hanya dengan beberapa keping gambar dapat mencalarkan nama PDRM. Itulah hebatnya media sosial ketika ini, persepsi diwujudkan walaupun gambar tidak menjelaskan situasi sebenar.

Semoga Pihak Polis mengambil tindakan kepada golongan yang menyebarkan gambar ini kerana ia jelas satu Fitnah kepada badan penguatkuasa itu!

LANA NORDIN SUDAH ADA KEKASIH BARU?

admin ada terbaca artikel di ruangan Diva Interaktif Kosmo yang mengatakan Lana Nordin sudah temui kekasih baru. Laris sungguh Lana Nodin, macam bunga kembang di taman. Seekor kumbang pergi, terus datang pula si kumbang yang baharu.


Sebelum ini Lana baru putus cinta dengan Johan As’ari hujung Disember lepas. Bercinta pun ala-ala sebulan sahaja. Biarlah, yang putus biarlah putus.

Dengarnya, yang cuba sedang pikat hati Lana sekarang seorang doktor. Serik gamaknya Lana nak cari orang dalam industri lakonan. Untunglah, hati yang remuk dapat doktor pula sebagai penawar.

Menurut sumber, doktor yang terpikat dengan Lana itu seorang pemuda berdarah campuran Pakistan dan mat saleh. Mereka berjumpa buat pertama kali di Pulau Pinang, kebetulan doktor yang berkerja di Amerika Syarikat itu pulang ke Malaysia untuk satu urusan.

Hebat betul penangan Lana, putus cinta sahaja terus ada yang masuk jarum. Katanya, Lana dengan si doktor itu sudah lama kenal cuma baru sahaja doktor berkenaan berani, siap hantar jambangan 50 tangkai bunga mawar lagi. Lana sendiri sudah muat naik gambar jambangan bunga berkenaan dalam Instagram dia lagi tau.

Beruntung Lana! Tengah bahagialah tu. Harap kali ini janganlah pisang berbuah banyak kali lagi. Lana pun sudah banyak berubah. Sudah tak pakai seksi-seksi lagi!

Saturday, January 11, 2014

3 Gambar Suspek Tembak 20 Kedai Di Kota Kinabalu Ditangkap Polis

Kini tersebar 2 keping gambar wajah suspek dalam tahanan Pihak Polis yang didakwa membuat tembakan secara rambang menggunakan "air rifle" dengan peluru guli di lebih 20 lokasi di Kota Kinabalu semalam.



Pic Via BeritaUpdate2date
Menurut laporan berita akhbar, kejadian di beberapa lokasi dilakukan oleh beberapa kumpulan. Namun, motif kejadian itu belum dapat dipastikan.

Nampaknya Pihak Polis kini sedang giat menggempur kesemua dalang yang cuba mencetuskan panik di kalangan penduduk di bandaraya itu. Syabas PDRM! - TTO

Nabila Huda Seksi Hiasi Muka Depan Majalah GLAM Lelaki

Admin tengah fikir apakah yang sedang dilakukan oleh lelaki di belakang Nabila Huda. Adakah dia sedang mencekik leher Nabila? Atau mengurut manja leher jenjang itu? Yang penting, Nabila Huda nampak seksi menghiasi muka depan majalah GLAM Lelaki ini.
nabila huda
Baru-baru ini juga Nabila Huda telah berkongsi menerusi Instagram gambar dirinya ddan rakan-rakan menghadiri konsert We Love Asia. Gaya pemakaian Nabila tak ubah seperti anak dara. Pasti banyak gadis yang mencemburui keseksian bentuk badan Nabila. Ramping sangat-sangat.
nabila huda
Lagi 5 keping gambar Nabila Huda dan rakan-rakan dengan membaca entri ini sepenuhnya.
nabila huda
nabila huda
nabila huda
nabila huda
nabila huda

SUMBER : SK-ONLINE

BELANG PEMILIK & PENGASUH SEBUAH TASKA DI PUNCAK ALAM TERBONGKAR!

Kejam dan tidak berperikemanusian jelas menunjukkan perbuatan luar batasan sebuah taska di Puncak Alam. Mereka masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun pemilik dan pengasuh taska tersebut tergamak mendera kanak-kanak yang dihantar ke situ untuk melampiaskan kemarahan.

Gambar Hiasan
Memetik laporan Sinar Harian, bukan setakat dipukul dengan pembaris panjang jika mereka ingkar arahan, malah lebih memilukan apabila ada di antara bayi yang diangkat dengan sebelah tangan secara kasar kemudian dicampak ke tilam tempat mereka tidur begitu sahaja.

Akibatnya, ada di antara 30 kanak-kanak dalam lingkungan umur lima bulan hingga lima tahun di taska berkenaan mengalami keadaan trauma dan murung.

Antara Kanak-Kanak Yang Jadi Mangsa
Kejadian ini didedahkan oleh dua bekas pengasuh taska berkenaan yang diberhentikan hanya selepas enam hari bekerja kerana majikan pusat jagaan kanak-kanak tersebut dikatakan bimbang rahsia bayi dan kanak-kanak yang diasuh di situ didera, terbongkar.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu dan pihaknya masih menyiasat sama ada kes itu diklasifikasikan sebagai penderaan atau tidak.

PENDEDAHAN EKSLUSIF DARIPADA BEKAS PEKERJA TASKA TERSEBUT:-

Bekas pekerja taska berkenaan, Maya (bukan nama sebenar), 17, memberitahu, ketika mula bekerja di situ bersama sahabat baiknya, Suraya (juga bukan nama sebenar), 18, pada 2 Januari lalu, mereka tidak nampak sebarang perlakuan mencurigakan. Menurut Maya, bagaimanapun, selang beberapa hari, belang majikannya yang berusia lebih 30 tahun itu dan seorang pengasuh mula terserlah. Mereka senang-senang saja merotan dan mencubit budak-budak itu. Ada yang sampai lebam-lebam dikerjakan. Marah jangan cakap lagilah, sampai tersedu-sedu mereka dibuatnya. Maya berkata, kanak-kanak dirotan dengan pembaris panjang jika mereka tidak mendengar kata, sementara bayi yang menangis diangkat dan dicampak dengan kasar. Itu macam sudah menjadi rutin di situ.

Dalam pada itu, Maya dan Suraya turut mendedahkan keadaan kebersihan dapur taska berkenaan yang didakwa tidak dijaga dengan memuaskan. Memang teruk. Mereka guna periuk sahaja untuk menjerang air Majikan tak mahu guna cerek elektrik untuk jimat duit. Paling tak boleh terima, air yang dah dijerang dimasukkan ke dalam bekas yang dah berkarat dan layak dibuang. Tidak sekadar itu, kebanyakan anak kecil juga hanya dibiarkan memakai lampin pakai buang tanpa pakaian. Sudahlah begitu, mereka diberi minum susu atas lantai semata-mata. Tikar pun tidak ada.

YANG KORANG SEMUA SENSITIF KENAPA?' - SYANIE TEMPELAK PEMINAT AZWAN ALI

Apakah punca utama sehingga sehinggakan Syanie berani bertindak sedemikian? Dalam video berkenaan, Syanie dilihat seolah-olah menyindir peminat Azwan Ali yang dianggap terlalu sensitif. Menerusi video yang dimuatnaik 5 hari lepas itu, Syanie mengatakan bahawa dia tidak kisah jika peminat Azwan Ali tidak suka dengan apa yang dilakukannya terhadap Azwan Ali. Isu ini dipercayai berpunca daripada komen Syanie terhadap Azwan Ali sebelum ini.


Syanie dengan berani menjawab persoalan mengenai pertelagahan dia dan peminat Azwan Ali. “Orang menyampah ke, orang tak menyampah ke, dia kutuk aku, aku kutuk dia. Fair game. Siapa tak puas hati nasib!. Itu mulut aku, bila dia mengata aku, diorang tak tunjuk tak apa pula. Yang korang semua sensitif kenapa?”

3 Gambar CCTV suspek kes tembak guna peluru guli di Kota Kinabalu



KOTA KINABALU: Sekurang-kurangnya 25 premis yang memiliki pintu, tingkap, dinding dan tembok kaca sekitar bandar raya ini, termasuk di Luyang dan Inanam, pecah ditembak menggunakan guli yang dilepaskan daripada senapang angin, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikon berkata, kerosakan itu dipercayai berlaku di antara kira-kira 11.45 malam hingga 12.45 tengah malam.




"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa guli di tempat kejadian dipercayai dilakukan kumpulan tidak bertanggungjawab dan bermotifkan untuk menimbulkan kerisauan kepada orang ramai.

"Semua kejadian berlaku dalam kira-kira satu jam dan dipercayai membabitkan beberapa kumpulan yang menaiki tiga kenderaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Jauteh berkata, kes itu masih dalam siasatan dan mendapat kerjasama daripada pemilik premis.

"Sehingga ini, 19 laporan polis sudah diterima dan sebahagian maklumat diperoleh daripada kamera rakaman litar tertutup (CCTV).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Jauteh turut menafikan kes terbabit ada kaitan dengan sebarang kes lain di sekitar daerah ini.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak cemas dengan keadaan itu.

Sementara itu di Penampang, enam premis turut mengalami kejadian sama dan polis masih melakukan siasatan lanjut.-Harian Metro


Kota Kinabalu cemas kejadian tembakan di lebih 20 Lokasi! (Gambar)

KOTA KINABALU: Kejadian tembakan misteri yang berlaku awal pagi Sabtu mencetuskan kebimbangan kepada penduduk di sini selepas lebih daripada 20 tempat telah menjadi sasaran.

Cermin tingkap dan pintu kaca hotel, pusat beli-belah, bank dan restoran makanan segera dipenuhi kesan lubang peluru tunggal, malah ada yang hancur berkecai akibat ditembak oleh individu yang tidak diketahui dalam kejadian antara tengah malam Jumaat dan pukul 1 pagi Sabtu.

Tiada laporan kecederaan diterima setakat ini.

Polis masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung kejadian itu yang kini telah tersebar di media sosial.

Mereka belum lagi mengenal pasti mereka yang terlibat tetapi pegawai keselamatan tidak menolak individu yang tidak puas hati atau mungkin kumpulan kongsi gelap terlibat dalam tembakan itu.

Kecurigaan timbul apabila senjata jenis 'Air Rifle' telah digunakan dalam tembakan itu. -mStar

INFO DARI PERKONGSIAN WHATSAPP:

*info drpd rakan polis d kk..
Setakat ini sebanyak 22 buah premis yg cerminnya telah dipecahkan.
A. Kawasan Karamunsing.
1. Agro Bank
2. Standard Chatered Bank
3. Wisma Merdeka
4. Belakang Hotel Hyatt
5. Pintu masuk KK Plaza
6. Maxis Warisan Square
7. Pintu B Warisan Square
8. Malar Hotel di Kk Times Square
9. Pejabat Aeropod Kk Times Square
10. Pejabat Sutera Avenue Kk Times Square
11. Pejabat MAA Api2
12. Pintu masuk wisma Sedco wawasan plaza

B. Kawasan Luyang
1. DM Hotel Damai
2. Ambank Damai
3. Southern Station Damai
4. Pizza Hutt Damai
5. Pearl Karaoke Damai
6. Secret Recipe City Mall
7. Hair Made Saloon City Mall
8. Hair Shampoo Saloon City Mall

C. Inanam
1. Public Bank
2. Cimb Bank

Kejadian berlaku lebih kurang jam 12 mlm dan dipercayai dilakukan oleh beberapa kumpulan.

UPDATE GAMBAR

Setakat ini sebanyak 25 buah premis yg cerminnya telah dipecahkan. 

A. Kawasan Karamunsing. 
1. Agro Bank 
2. Standard Chatered Bank
 
 

3. Wisma Merdeka
 
 
 
 
 

4. Belakang Hotel Hyatt
 
5. Pintu masuk KK Plaza
 
 

6. Maxis Warisan Square 
7. Pintu B Warisan Square 
8. Malar Hotel di Kk Times Square
 
 
ANGGOTA forensik sedang menjalankan siasatan di sebuah premis di KK Times Square yang cerminnya pecah akibat terkena tembakan malam tadi bagi mengetahui punca kejadian. 

 

9. Pejabat Aeropod Kk Times Square 
10. Pejabat Sutera Avenue Kk Times Square 
11. Pejabat MAA Api2 
12. Pintu masuk wisma Sedco wawasan plaza

 

B. Kawasan Luyang 
1. DM Hotel Damai 
 

2. Ambank Damai
 
 
3. Southern Station Damai 
4. Pizza Hutt Damai
 

5. Pearl Karaoke Damai 
6. Secret Recipe City Mall
 

7. Hair Made Saloon City Mall 
8. Hair Shampoo Saloon City Mall 
 
 
One of the location targeted by mysterious drive-by shooter. 

C. Inanam 
1. Public Bank

 

2. Cimb Bank

 

D. Penampang
1. Showroom Perodua Bundusan 
A car showroom along Jalan Bundusan in Penampang, Kota Kinabalu. 

2. KFC Beverly Hills
  
E. Dongongon
1. Public Bank
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay: January 2014 Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger