Thursday, February 13, 2014

GADIS DITUDUH MINTA WANG HANTARAN RM160K KESAL GAMBAR DIPERGUNA

Posted by Blogger Name. Category:

Inilah antara keburukan laman sosial. Perkara yang kita kongsikan seperti gambar dan sebagainya itu mudah untuk diambil dan dipergunakan oleh orang lain. Apatah lagi dengan kewujudan satu laman fanpage Facebook dengan nama Agensi Pencari Jodoh (AAS) yang dikatakan giat mengambil gambar-gambar gadis dan disiarkan dalam fanpage mereka.


Jika info yang benar tidak mengapa, tetapi yang mengharukan pemilik gambar berkenaan adalah jika page berkenaan meletekkan info yang mengarut dan boleh menjejaskan mereka.

Sebagaimana yang berlaku kepada seorang gadis yang gambarnya telah digunakan page berkenaan dengan meletak hantaran RM 160,000. Gadis berkenaan kesal kerana laman itu menggunakan gambarnya tanpa kebenaran, yang mana artikel yang disiarkan oleh agensi itu mendapat kritikan hebat oleh pembaca di laman sosial. Gadis itu di kenali dengan nama Dilla, amat kesal dengan apa yang berlaku dia meminta orang ramai buat report atas apa yang page Agensi Pencari Jodoh (AAS ) itu lakukan ke atas gambarnya.


Menerusi pemerhatian admin sebentar tadi, page berkenaan masih ada dan terdapat banyak gambar wanita yang dimuatkan disana. Bukan sahaja Dilla yang menjadi mangsa, kelihatan ada seorang gadis turut diaibkan dengan nilai hantarannya adalah 13.1 Million USD.

Selain itu, mungkin membalas kritikan yang diterima daripada banyak pihak, admin page berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan sepertimana dibawah:
Admin Sedih . Pagi tadi admin telah difailkan saman sebanyak RM 3 Billion. Kemungkinan admin akan kalah. Admin cuma nak luahkan perasaan admin terhadap kalian, admin sangat kecewa, niat admin cuma nak kawenkan kalian, nak bantu kalian mendirikan masjid, yang haram dihalalkan, tetapi apa yang kalian balas? SAMAN 3 BILLION? kalian cakap nilai hantaran yang admin kemukakan tidak wajar mcm jual/jatuhkan maruah prmpuan la..terlalu mahal la..apa yang mahalnye..?? wang tu pegi kat bakal bini kalian jugak. contohnye wang hantaran RM3 juta.. mungkin RM 10 ribu bakal dapat kat bakal menantu kalian.. RM 20 ribu mungkin untuk majlis kawen . RM100 ribu mungkin untuk honeymoon ke. Baki ade lagi RM2.8++ JUTA lagi..baki tu masuk kat akaun bini kalian.. bila dah kawen , duit bini duit kalian jugak..x de nye mahal sebab panta*t ade belian la, bulu emas la..air kencing boleh minumlah.. so dimana wujudnye KETIDAKWAJARANYE dengan harga hantaran yang admin usul kan?.. Dan dimana dakwaan yang kalian cakap admin memfitnah?.
Nampak macam orang yang tak berapa betul jer admin page ni. Pada pendapat admin, page ini adalah page mengarut dan mereka bukan benar-benar agen pencari jodoh. Diharap tidak ada yang terpedaya dengan page tersebut. Selain itu, page sebegini kalau diblock pun mereka pasti akan buat page yang baru.

sumber : ammboi

0 comments:

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3