Posted by Blogger Name. Category:
Gosip
Sepanjang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2013 itu berlangsung terdapat banyak kejadian dan cerita yang menarik di sebalik tabir anugerah itu. Istimewa untuk anda, ammboi kongsikan 12 cerita menarik sebagai coret-coret yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.
12 PERKARA MENARIK BERLAKU DI ANUGERAH MELETOP ERA (AME) 2013
- Di karpet merah, pelawak Zizan Razak berjalan seiring bersama dua pelakon adik beradik iaitu Emma Maembong dan Chacha Maembong.
- Persembahan pembukaan Anugerah MeleTOP yang menampilkan penari begitu ramai di atas pentas dan beberapa di kawasan arena penonton kelihatan sangat bersepah. Malah pakaian yang berwarna warni itu jugasecara tidak langsung telah menenggelamkan 3 pengacara malam itu yang turut muncul bersama iaitu Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
- Penampilan pertama pengacara, Neelofa yang mengenakan baju jumpsuit berwarna merah jambu berkilat dan melekap kebadannya kelihatan sangat tidak sesuai dan agak seksi pada malam itu
- Penampilan Neelofa itu telah menjadi bahan jenaka di laman sosial apabila baju jumpsuit yang kelihatan seperti suit renang itu telah menjadi viral apabila disamakan dengan watak adiwira Power Rangers Merah Jambu. Manakala baju keduanya yang berwarna hijau juga turut menjadi bahan jenaka apabila baju itu disamakan pula dengan watak jahat dari manga dan animasi Dragon Ball iaitu Cell.
- Peminat dan penyokong artis pada malam itu turut meriah apabila bersorak kuat dan membawa banner artis kegemaran masing-masing. Antara banner artis yang kelihatan adalah Zizan Razak, Azhael, Zara Zya, Hanis Zalikha dan ramai lagi.
- Peminat dan penyokong Zara Zya yang hadir pada malam itu telah bersorak dengan kuat namanya apabila pelakon itu memenang ianugerah Artis Baru MeleTOP.
- Secara kebetulan penyanyi Hafiz Suip, telah berturut-turut menaiki pentas setelah berjaya merangkul 3 anugerah iaitu Anugerah Group / Duo Meletop bersama Dato Siti Nurhaliza, Anugerah Penyanyi Meletop, Anugerah Lagu Meletop (Bahagiamu Deritaku) dan seterusnya mempersembahkan lagu yang yangberjaya merangkul anugerah pada malam itu.
- Hafiz tidak menyebut nama Dato’ Siti Nurhaliza yang tidak hadir bersama dalam ucapannya ketika menerima Anugerah Group / DuoMeletop.
- Masalah sound system telah berlaku hampir sepanjang anugerah tersebut, paling ketara ketika persembahan Faizal Tahir apabila suaranya seolah-olah kurang jelas ketika mempersembahan lagu Vortex.
- Ketika Anugerah Filem Meletop, pengarah filem KLGangster 2 iaitu Shamsul Yusof tidak hadir tetapi ayahnya, Dato’ Yusof Haslam hadir dan naik mewakili.
- Pelawak Zizan Razak, terjatuh di atas pentas ketika tergesa-gesa berlari untuk mengambil Anugerah WeChat Meletop.
- Gandingan pertama tiga hos pada malam itu agak menarik tetapi kelihatan seolah-olah Neelofa tenggelam apabila AC dan Nabil masing-masing petah bercakap dan membuat lawak-lawak masing-masing.
0 comments:
Post a Comment