Thursday, February 13, 2014

GAMBAR "AKSI MESRA" DENGAN NEELOFA, DATUK SERI AHMAD SAID BERI PENJELASAN


KUALA TERENGGANU 13 Feb. - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said kesal dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang terus menjadikan beliau sasaran fitnah termasuk menyiarkan gambarnya berpelukan dengan Neelofa, seorang artis jelita dalam internet.

Ahmad berkata, perbuatan seumpama itu tidak ada tujuan lain kecuali untuk memburuk-burukkan reputasi dan merendahkan kewibawaan beliau di kalangan rakyat melalui lama sosial.

"Tahun lepas, saya dah tutup FB kerana saya bosan dengan apa yang berlaku. Tapi ada orang klon (gambar) guna nama saya. Kita dan check (periksa), satu didaftarkan di Singapura dan satu lagi daftar di US (Amerika Syarikat).

"Pegawai kita dah buat penafian dan kita tiada lagi FB. Semua itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan saya senyum saja bila tengok gambar saya (dengan selebriti), saya gembira saja," katanya berseloroh.

Ahmad mengulas paparan 'gambar' beliau bersama Neelofa yang dimuatkan dalam akaun FB yang kononnya milik beliau dan tersebar dalam internet sehingga menjadi bualan ramai.

Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis perasmian Karnival Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) Terengganu di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE.

GADIS DITUDUH MINTA WANG HANTARAN RM160K KESAL GAMBAR DIPERGUNA

Inilah antara keburukan laman sosial. Perkara yang kita kongsikan seperti gambar dan sebagainya itu mudah untuk diambil dan dipergunakan oleh orang lain. Apatah lagi dengan kewujudan satu laman fanpage Facebook dengan nama Agensi Pencari Jodoh (AAS) yang dikatakan giat mengambil gambar-gambar gadis dan disiarkan dalam fanpage mereka.


Jika info yang benar tidak mengapa, tetapi yang mengharukan pemilik gambar berkenaan adalah jika page berkenaan meletekkan info yang mengarut dan boleh menjejaskan mereka.

Sebagaimana yang berlaku kepada seorang gadis yang gambarnya telah digunakan page berkenaan dengan meletak hantaran RM 160,000. Gadis berkenaan kesal kerana laman itu menggunakan gambarnya tanpa kebenaran, yang mana artikel yang disiarkan oleh agensi itu mendapat kritikan hebat oleh pembaca di laman sosial. Gadis itu di kenali dengan nama Dilla, amat kesal dengan apa yang berlaku dia meminta orang ramai buat report atas apa yang page Agensi Pencari Jodoh (AAS ) itu lakukan ke atas gambarnya.


Menerusi pemerhatian admin sebentar tadi, page berkenaan masih ada dan terdapat banyak gambar wanita yang dimuatkan disana. Bukan sahaja Dilla yang menjadi mangsa, kelihatan ada seorang gadis turut diaibkan dengan nilai hantarannya adalah 13.1 Million USD.

Selain itu, mungkin membalas kritikan yang diterima daripada banyak pihak, admin page berkenaan telah mengeluarkan satu kenyataan sepertimana dibawah:
Admin Sedih . Pagi tadi admin telah difailkan saman sebanyak RM 3 Billion. Kemungkinan admin akan kalah. Admin cuma nak luahkan perasaan admin terhadap kalian, admin sangat kecewa, niat admin cuma nak kawenkan kalian, nak bantu kalian mendirikan masjid, yang haram dihalalkan, tetapi apa yang kalian balas? SAMAN 3 BILLION? kalian cakap nilai hantaran yang admin kemukakan tidak wajar mcm jual/jatuhkan maruah prmpuan la..terlalu mahal la..apa yang mahalnye..?? wang tu pegi kat bakal bini kalian jugak. contohnye wang hantaran RM3 juta.. mungkin RM 10 ribu bakal dapat kat bakal menantu kalian.. RM 20 ribu mungkin untuk majlis kawen . RM100 ribu mungkin untuk honeymoon ke. Baki ade lagi RM2.8++ JUTA lagi..baki tu masuk kat akaun bini kalian.. bila dah kawen , duit bini duit kalian jugak..x de nye mahal sebab panta*t ade belian la, bulu emas la..air kencing boleh minumlah.. so dimana wujudnye KETIDAKWAJARANYE dengan harga hantaran yang admin usul kan?.. Dan dimana dakwaan yang kalian cakap admin memfitnah?.
Nampak macam orang yang tak berapa betul jer admin page ni. Pada pendapat admin, page ini adalah page mengarut dan mereka bukan benar-benar agen pencari jodoh. Diharap tidak ada yang terpedaya dengan page tersebut. Selain itu, page sebegini kalau diblock pun mereka pasti akan buat page yang baru.

sumber : ammboi

GEMPAR! LELAKI INDIA DITEMUI MATI TERGANTUNG DI POKOK BERDEKATAN FLAT BANDAR BARU BANGI


Seorang lelaki dipercayai warga India ditemui mati dengan tali gantung pada sebatang pokok di Bandar Baru Bangi Awal pagi tadi.

Namun menurut komentar di facebook, lelaki itu berkemungkinan telah mati dibunuh sebelum digantung di pokok itu.

"baru col ibu dibangi..dia cakap kt tepi blok 2 dpn pejabat pos (seksyen 16), saksi ckp nmpk ada lori kehulu kehilir dlm 2pagi..saksi ckp mgkin simati dbunuh dtempat lain dan dgantung disitu..." -Menurut komen di Facebook Bandar Baru Bangi

Sumber: FB KOMUNITI PRIHATIN 02/2014

GILIRAN ELFIRA LOY MENGAMUK DI INSTAGRAM, APA KES?


Dek kerana tidak tahan dengan lambakan komen iklan demi iklan, dia memuatnaik gambar berserta caption yang berbunyi:

Elfira Loy Pula Mengamuk Kerana Iklan Di Instagram

 
“Orang nak jual casing sendiri pun boleh menyempat lagi suruh visit your ig for beautyfool casing kau .
Amboi lawan tauke nampak . 
Ini tidak adil tidak adil bagikuuu
Tolonglah , i repeat tolonglah . 
No ‘ visit my ig ‘ 
Mungkin ada segelintir akan cakap . 
Eh artis A tak kisah pun kenapa you nak macam ni . 
Kalau dah macamtu pegilah kat artis A syg kenapa nak kena kacau ig org yang tak suka .
Ingatlah wahai sayang masing masing ada cara dia . 
Tak semua orang suka cara kita . 
Jadi respectlah .
Takperlulah nak berdolak dalih kau kena mcmni kau kena mcmtu
And i think i ada hak kot untuk cakap cara i , apa yang i tak suka . 
Kan ? Bolehkan ? 
Alah banyak lagi ig lain yg izinkan macam u always mention so kesanalah kamu ye . 
Buat ruangan ? 
Ye dah buat dah bantu dah. 
Tapi tak jalan gak kawan.”


 
Waduh, rumit juga masalah para artis kita ya?

Buat para peniaga sekalian, rasanya baik anda pertimbangkan permintaan mereka ini.

Iyalah, bukan semua orang suka cara kita. Kalau hendak iklankan sekalipun, carilah Instagram artis yang tak kisah dengan segala macam iklan ini, kan senang…

PANAZ! KINI GILIRAN MAS SINDIR AIRASIA DENGAN IKLAN TERBARU


Perkhidmatan penerbangan Air Asia hari ini menarik perhatian orang ramai apabila mengiklankan promosi 'Nasi Lemak Kami Lengkap! Macam ini baru betul' di akhbar Berita Harian.

Melalui muka surat kedua akhbar itu, promosi itu turut menyenaraikan kandungan lengkap hidangan nasi lemak Pak Nasser iaitu kacang, ikan bilis dan rendang ayam.

Tindakan mengiklankan 'Nasi Lemak Pak Nasser' oleh Air Asia dilihat berkait rapat dengan teguran chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan terhadap mutu perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) yang menghidangkan apa yang didakwanya sebagai 'nasi lemak teIanjang'.

Dalam pada itu pihak MAS mengeluarkan kembali iklan yang turut berbaur sindirian keatas AIR ASIA berkenaan dengan percutian ke Maldives, yang baru-baru ini pihak Air Asia telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke tempat tersebut. -Amazing Nara

Wednesday, February 12, 2014

KEJAM! PEMBANTU RUMAH DIDERA MAJIKAN HINGGA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK AKIBAT KECEDERAAN PAYUD@RA


KUALA LUMPUR – Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payud@ra selepas didera majikannya, sepuluh tahun lepas.

Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak dapat menyusukan kedua-dua anak lelakinya, masing-masing berumur empat tahun dan setahun ketika mereka masih bayi akibat kecederaan yang dilakukan Yim Pek Ha selaku defendan pertama, pada kedua-dua belah payud@ranya.

Nirmala berkata, kejadian itu berlaku sekitar Mac atau April 2004 selepas dia diminta Yim supaya membuka coli dan baju sebelum meletakkan seterika panas pada payud@ra di sebelah kiri dan kanannya apabila baju yang digosoknya menggunakan seterika kurang licin.

“Saya mengalami parut akibat daripada kecederaan itu dan disebabkan kejadian tersebut saya mengalami tekanan emosi serta takut untuk bekerja,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes saman yang difailkan terhadap Yim dan suaminya, HiiIk Tiing kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.

Ibu dua anak dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia itu berkata selain dicederakan dengan seterika panas, defendan pertama juga menyimbah air panas pada paha kanannya dan memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan pada dahi, bibir dan hidungnya.

Dalam pada itu, wanita Indonesia itu berkata, dia diminta oleh defendan pertama untuk menandatangani diari yang telah ditulis olehnya (defendan pertama) mengandungi barang-barang yang dikatakan telah dirosakkan oleh pembantu rumah itu termasuk baju, cawan, pinggan dan mangkuk.

“Defendan pertama yang menulis kandungan dalam diari itu dan saya diminta menandatanganinya,” katanya ketika menjawab soalan peguam M. Kavimani, yang mewakilinya.

Namun, Nirmala berkata, barang-barang yang rosak itu tidak disengajakannya dan seingatnya ada baju yang rosak semasa dia menggosok baju berkenaan menggunakan seterika.

Sementara itu, Nirmala tidak bersetuju dengan cadangan peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya bahawa dakwaan dia didera oleh defendan sebenarnya tidak pernah berlaku kerana dia tidak pernah melarikan diri atau menghubungi agensi pekerjaan sekiranya didera, meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Nirmala juga tidak bersetuju dengan cadangan Chan bahawa kecederaan yangdialaminya adalah akibat perbuatannya sendiri dan bukan orang lain.

Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas didakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.

Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada September 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada dia.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yangmenjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.

Yim, yang kini berada di Penjara Kajang turut hadir pada prosiding pada Isnin,diiringi pegawai penjara dalam keadaan tangannya bergari.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Selasa. – BERNAMA

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN NOOR NABILA, KAKAK KEPADA NEELOFA


Ramai betul kahwin dekat ngan puasa nie kan kan. Kalau nak kongsi gambar majlis perkahwinan Neelofa, memang rasanya kena tunggu dalam 4,5 tahun lagi kot.

Jadi sambil nak menunggu tue, Disini nak kongsikan gambar perkahwinan kakak si Neelofa yang bernama Noor Nabila.

Kesimpulan yang kami dapat buat ialah memang adik beradik Neelofa ini cun melecun orangnya. Untung sungguh!!

Neelofa pun kelihatan cantik berseri-seri menemani kakaknya di sisi sepanjang majlis perkahwinan ini. Orang kata kalau dah jadi pengapit, tak lama lagi confirm akan naik pelamin punya.

Kami percaya korang kalau jadi pakwe Neelofa, confirm akan memasuk minang secepat mungkin kan? Takut terlepas ke tangan orang lain pulak nanti.

Lagi 23 keping gambar majlis perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada FotoCantik Studio kerana sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif ini.

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger