Thursday, February 13, 2014

PANAZ! KINI GILIRAN MAS SINDIR AIRASIA DENGAN IKLAN TERBARU


Perkhidmatan penerbangan Air Asia hari ini menarik perhatian orang ramai apabila mengiklankan promosi 'Nasi Lemak Kami Lengkap! Macam ini baru betul' di akhbar Berita Harian.

Melalui muka surat kedua akhbar itu, promosi itu turut menyenaraikan kandungan lengkap hidangan nasi lemak Pak Nasser iaitu kacang, ikan bilis dan rendang ayam.

Tindakan mengiklankan 'Nasi Lemak Pak Nasser' oleh Air Asia dilihat berkait rapat dengan teguran chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan terhadap mutu perkhidmatan Malaysia Airlines (MAS) yang menghidangkan apa yang didakwanya sebagai 'nasi lemak teIanjang'.

Dalam pada itu pihak MAS mengeluarkan kembali iklan yang turut berbaur sindirian keatas AIR ASIA berkenaan dengan percutian ke Maldives, yang baru-baru ini pihak Air Asia telah menghentikan perkhidmatan penerbangan ke tempat tersebut. -Amazing Nara

Wednesday, February 12, 2014

KEJAM! PEMBANTU RUMAH DIDERA MAJIKAN HINGGA TIDAK DAPAT MENYUSUKAN ANAK AKIBAT KECEDERAAN PAYUD@RA


KUALA LUMPUR – Pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat pada Isnin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia tidak dapat menyusukan anaknya akibat kecederaan pada payud@ra selepas didera majikannya, sepuluh tahun lepas.

Nirmala, 29, dalam pernyataan saksinya berkata dia tidak dapat menyusukan kedua-dua anak lelakinya, masing-masing berumur empat tahun dan setahun ketika mereka masih bayi akibat kecederaan yang dilakukan Yim Pek Ha selaku defendan pertama, pada kedua-dua belah payud@ranya.

Nirmala berkata, kejadian itu berlaku sekitar Mac atau April 2004 selepas dia diminta Yim supaya membuka coli dan baju sebelum meletakkan seterika panas pada payud@ra di sebelah kiri dan kanannya apabila baju yang digosoknya menggunakan seterika kurang licin.

“Saya mengalami parut akibat daripada kecederaan itu dan disebabkan kejadian tersebut saya mengalami tekanan emosi serta takut untuk bekerja,” katanya dalam perbicaraan hari pertama kes saman yang difailkan terhadap Yim dan suaminya, HiiIk Tiing kerana mendera dan mencederakannya dengan seterika dan air panas.

Ibu dua anak dari Desa Tuapakas di Kota Kupang, Indonesia itu berkata selain dicederakan dengan seterika panas, defendan pertama juga menyimbah air panas pada paha kanannya dan memukulnya sehingga menyebabkan kecederaan pada dahi, bibir dan hidungnya.

Dalam pada itu, wanita Indonesia itu berkata, dia diminta oleh defendan pertama untuk menandatangani diari yang telah ditulis olehnya (defendan pertama) mengandungi barang-barang yang dikatakan telah dirosakkan oleh pembantu rumah itu termasuk baju, cawan, pinggan dan mangkuk.

“Defendan pertama yang menulis kandungan dalam diari itu dan saya diminta menandatanganinya,” katanya ketika menjawab soalan peguam M. Kavimani, yang mewakilinya.

Namun, Nirmala berkata, barang-barang yang rosak itu tidak disengajakannya dan seingatnya ada baju yang rosak semasa dia menggosok baju berkenaan menggunakan seterika.

Sementara itu, Nirmala tidak bersetuju dengan cadangan peguam Chan Vy Sing, yang mewakili Yim dan suaminya bahawa dakwaan dia didera oleh defendan sebenarnya tidak pernah berlaku kerana dia tidak pernah melarikan diri atau menghubungi agensi pekerjaan sekiranya didera, meskipun mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

Nirmala juga tidak bersetuju dengan cadangan Chan bahawa kecederaan yangdialaminya adalah akibat perbuatannya sendiri dan bukan orang lain.

Pada 28 Januari 2010, Nirmala memfailkan saman terhadap Yim, 46, dan Hii, 48, selepas didakwa didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.

Wanita itu, yang diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan terbabit yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini pada September 2003, mendakwa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada dia.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Pada 1 Oktober 2012, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yangmenjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala.

Yim, yang kini berada di Penjara Kajang turut hadir pada prosiding pada Isnin,diiringi pegawai penjara dalam keadaan tangannya bergari.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Siti Khadijah S.Hassan Badjenid bersambung pada Selasa. – BERNAMA

GAMBAR MAJLIS PERKAHWINAN NOOR NABILA, KAKAK KEPADA NEELOFA


Ramai betul kahwin dekat ngan puasa nie kan kan. Kalau nak kongsi gambar majlis perkahwinan Neelofa, memang rasanya kena tunggu dalam 4,5 tahun lagi kot.

Jadi sambil nak menunggu tue, Disini nak kongsikan gambar perkahwinan kakak si Neelofa yang bernama Noor Nabila.

Kesimpulan yang kami dapat buat ialah memang adik beradik Neelofa ini cun melecun orangnya. Untung sungguh!!

Neelofa pun kelihatan cantik berseri-seri menemani kakaknya di sisi sepanjang majlis perkahwinan ini. Orang kata kalau dah jadi pengapit, tak lama lagi confirm akan naik pelamin punya.

Kami percaya korang kalau jadi pakwe Neelofa, confirm akan memasuk minang secepat mungkin kan? Takut terlepas ke tangan orang lain pulak nanti.

Lagi 23 keping gambar majlis perkahwinan Noor Nabila, kakak kepada Neelofa dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada FotoCantik Studio kerana sudi berkongsi gambar-gambar ekslusif ini.

SULTAN SELANGOR MURKA BLOG 'JOSEPHINE MARY' HINA BAGINDA


Tindakan seorang pengguna Facebook, Josephine Mary, yang mendakwa Sultan Selangor seperti anjing sial, bodoh kerana mendengar cakap orang, menarik 'perhatian' Sultan Selangor.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan satu laporan polis dibuat terhadap Josephine Mary kerana berbaut hasutan, cacian dan tohmahan terhadap baginda.

"Sultan Selangor pun macam anjing sial bodoh dengar cakap orang..allah milik orang kristian, islam melayu malaysia nak rampas konon, melayu anjing sial.."


Namun, pemilik akaun facebook Josephine Mary bukan saja memadamkan comment kontroversi tersebut malah dia juga bertindak memadamkan akaun facebooknya tetapi malang sekali tindakannya itu sudah terlajak jauh ke depan.


Siri penghinaan terhadap institusi raja semakin kerap berlaku. Mana tidaknya, semenjak ISA dimansuhkan oleh perdana menteri, Najib Razak, pelbagai masalah yang mengancam ketenteraman negara timbul dengan kerap kalinya.

Sungguhpun Ketua Polis Negara sendiri mengiakan bahawa banyak masalah wujud semenjak ISA dimansuhkan. Namun menteri-menteri yang 'berkenaan' terlalu bebal dan bangang menafikan dakwaan itu.

Justeru, rakyat juga tertanya-tanya, berkesankah akta keselamatan yang baru menggantikan ISA?

UPDATE 12.11 PM
Tangkapan telah dibuat terhadap Josephine Mary AP Tholilaletholan, Kpt: 870310105780 Alamat: no.10 jln megah 7, tmn megah,sg jelok, kajang. Ini berikutan dengan laporan Polis berkenaan isu Hina Sultan Selangor. Ianya akan disiasat di bawah sek 4(1) Akta Hasutan . Tangkapan telah dilakukan pada 12/02/14 jam 12.45pagi.

Ianya juga membabitkan rampasan barangan berikut:

1) sebuah laptop note book jenama samsung bwrna biru/hitam,
2) seunit charger laptop,
3) sebuah modem TM unifi,
4) sebuah GPON terminal TM.

Josephine telah dibawa ke IPD Shah Alam beserta barangan rampasan untuk tindakn selanjutnya. - AAKJ

Tuesday, February 11, 2014

Anak Derhaka, Khinzirkan Ibu Kerana Ariana Rose


Zaman sekarang memang ramai yang gemar menjadikan laman sosial sebagai medium untuk mereka melepaskan kemarahan termasuklah terhadap keluarga sendiri.

Menurut sebuah portal informasi, seorang remaja perempuan telah memuatnaik status di Twitter yang berbunyi:

Orang tua ni main tutup suis tv pulak! Eeeeeeee b**i laaaa! Off!

Hanya kerana dileteri ibunya kerana belum menunaikan solat Maghrib kerana sibuk menonton drama bersiri popular ‘Ariana Rose’, dia dengan sewenang-wenangnya mencarut terhadap ibunya hingga terkeluar perkataan ‘babi’.

Walaupun tidak ditulis secara penuh, semua orang boleh mengagaknya, betul tak? Kepada adik-adik di luar sana, kalau marah sekali pun, gunalah akal sikit. Jangan lupa, insan yang kita beri gelaran tak elok itulah yang melahirkan kita ke dunia.


12 PERKARA MENARIK BERLAKU DI ANUGERAH MELETOP ERA (AME) 2013


Sepanjang Anugerah MeleTOP Era (AME) 2013 itu berlangsung terdapat banyak kejadian dan cerita yang menarik di sebalik tabir anugerah itu. Istimewa untuk anda, ammboi kongsikan 12 cerita menarik sebagai coret-coret yang mungkin anda tidak dapat lihat di kaca TV.

12 PERKARA MENARIK BERLAKU DI ANUGERAH MELETOP ERA (AME) 2013


  1. Di karpet merah, pelawak Zizan Razak berjalan seiring bersama dua pelakon adik beradik iaitu Emma Maembong dan Chacha Maembong.
  2. Persembahan pembukaan Anugerah MeleTOP yang menampilkan penari begitu ramai di atas pentas dan beberapa di kawasan arena penonton kelihatan sangat bersepah. Malah pakaian yang berwarna warni itu jugasecara tidak langsung telah menenggelamkan 3 pengacara malam itu yang turut muncul bersama iaitu Dato’ AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.
  3. Penampilan pertama pengacara, Neelofa yang mengenakan baju jumpsuit berwarna merah jambu berkilat dan melekap kebadannya kelihatan sangat tidak sesuai dan agak seksi pada malam itu
  4. Penampilan Neelofa itu telah menjadi bahan jenaka di laman sosial apabila baju jumpsuit yang kelihatan seperti suit renang itu telah menjadi viral apabila disamakan dengan watak adiwira Power Rangers Merah Jambu. Manakala baju keduanya yang berwarna hijau juga turut menjadi bahan jenaka apabila baju itu disamakan pula dengan watak jahat dari manga dan animasi Dragon Ball iaitu Cell.
  5. Peminat dan penyokong artis pada malam itu turut meriah apabila bersorak kuat dan membawa banner artis kegemaran masing-masing. Antara banner artis yang kelihatan adalah Zizan Razak, Azhael, Zara Zya, Hanis Zalikha dan ramai lagi.
  6. Peminat dan penyokong Zara Zya yang hadir pada malam itu telah bersorak dengan kuat namanya apabila pelakon itu memenang ianugerah Artis Baru MeleTOP.
  7. Secara kebetulan penyanyi Hafiz Suip, telah berturut-turut menaiki pentas setelah berjaya merangkul 3 anugerah iaitu Anugerah Group / Duo Meletop bersama Dato Siti Nurhaliza, Anugerah Penyanyi Meletop, Anugerah Lagu Meletop (Bahagiamu Deritaku) dan seterusnya mempersembahkan lagu yang yangberjaya merangkul anugerah pada malam itu.
  8. Hafiz tidak menyebut nama Dato’ Siti Nurhaliza yang tidak hadir bersama dalam ucapannya ketika menerima Anugerah Group / DuoMeletop.
  9. Masalah sound system telah berlaku hampir sepanjang anugerah tersebut, paling ketara ketika persembahan Faizal Tahir apabila suaranya seolah-olah kurang jelas ketika mempersembahan lagu Vortex.
  10. Ketika Anugerah Filem Meletop, pengarah filem KLGangster 2 iaitu Shamsul Yusof tidak hadir tetapi ayahnya, Dato’ Yusof Haslam hadir dan naik mewakili.
  11. Pelawak Zizan Razak, terjatuh di atas pentas ketika tergesa-gesa berlari untuk mengambil Anugerah WeChat Meletop.
  12. Gandingan pertama tiga hos pada malam itu agak menarik tetapi kelihatan seolah-olah Neelofa tenggelam apabila AC dan Nabil masing-masing petah bercakap dan membuat lawak-lawak masing-masing.

GAMBAR & VIDEO PELUNCUR AIS TERLUPA TIDAK GUNA BRA KETIKA TARIK ZIP UNTUK RAI KEMENANGAN


KEJAYAAN meraih pingat gangsa yang sepatutnya diraikan oleh peluncur ais Rusia, Olga Graf melalui Olimpik Musim Sejuk 2014 hampir menjadi detik yang memalukan buat dirinya, Ahad lalu.

Apa tidaknya, selepas sahaja tamat pertandingan, dia terus saja menarik zip sutnya tanpa menyedari yang dia tidak memakai pakaian dalam.

Mungkin terasa ada sesuatu yang ‘kurang’, Olga kemudian dilihat menyentuh dadanya sebelum reaksi wajahnya berubah menjadi terkejut.

Dia kemudian pantas memegang sutnya dan menarik semula zip tersebut.


“Saya benar-benar terlupa. Saya hanya mahu bernafas dan membukanya. Video ini mungkin akan tersebar di YouTube, tapi saya tak rasa ia terlalu teruk,” ujarnya.

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger