Tuesday, January 7, 2014

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan


15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan | Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?
Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :

1. Sudah ada yang berkenan di hati.
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?

2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?

3.Mencari ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)
Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)

4.Teman dalam pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)

5.Teman dalam kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.

6.Teman dalam perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!

7.Hilang fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!

8.Remaja lebih produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T

9.Menjadi lebih bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.

10.Menjadi anak yang soleh
Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.

11. Fikiran lebih matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.

12. Membaiki diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.

13. Plan jangka panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.

14. Seks yang lebih berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

15. Rezeki bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

Wallahua’alam

Foto : Neelofa Masak Untuk Zizan Di Los Angeles

Berada jauh di perantauan tidak menjadi alasan buat Neelofa untuk tidak bertemu rakan artis yang lain. Baru-baru ini, pelakon cantik tersebut telah menerima kunjungan Zizan yang sedang bercuti di Los Angeles kerumahnya.
Disambut dengan hati yang terbuka, Neelofa turut menjamu Zizan dengan masakan hasil daripada air tangannya sendiri. Untung betul dapat rasa masakan Neelofa kan?
Menerusi foto mereka berdua yang dimuatnaik oleh Zizan di akaun Instagramnya semalam, keduanya dilihat tidak kekok untuk meluangkan masa bersama.
“Sorang asal Kelantan, sorang asal ganu.. tapi di Los Angeles kami bertemu.. sedapnya dia masak tadi thanks Lofaaa.” – dipetik dari caption foto Zizan.
Foto : Neelofa Masak Untuk Zizan Di Los AngelesFoto Zizan di Golden Gate Park, Sans Francisco
Selain foto bersama Neelofa, Zizan turut berkongsi gambarnya yang sedang seronok bercuti bersama rakan-rakan di sana. Lari sebentar dari kesibukan kota Kuala Lumpur, Zizan dilihat menikmati percutiannya itu dengan sebaik mungkin.
Disini, OHBULAN! kongsikan beberapa keping gambar percutian Zizan di Los Angeles.
Screen Shot 2014-01-07 at 10.48.14 PM
Screen Shot 2014-01-07 at 10.51.19 PM
Screen Shot 2014-01-07 at 10.48.44 PM
Screen Shot 2014-01-07 at 10.49.57 PM
Screen Shot 2014-01-07 at 10.50.39 PM
Screen Shot 2014-01-07 at 10.47.35 PM
-Ohbulan.com

Surat PALSU kenaikan harga Petrol RON97 bermula 8 Januari 2013 tersebar

Tersebar ketika ini minyak RON97 dikatakan akan naik bermula 8 Januari 2013. Berita itu timbul apabila satu surat rasmi di Twitter daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang memaklumkan kementerian itu bersetuju supaya harga runcit petrol RON97 dinaikkan sebanyak 5 sen seliter kepada RM2.80 seliter mulau 8 Januari 2014.

Namun, kesahihan surat itu belum dapat dipastikan kerana melalui tinjauan ke laman web Kementerian Kewangan, tiada surat pekeliling seperti itu dimuat naik. Malah tiada pengumuman rasmi dibuat seperti kebiasaannya sekiranya harga minyak berlaku.

Terdapat kesan seperti diedit pada surat

Surat tersebut juga meragukan kerana lazimnya tidak ada format surat rasmi seperti anak panah (1). Jika anda perhatikan anak panah (2) dan surat dibawah juga, No Fail sama seperti surat yang tersebar pada 13 Nov 2013. Hanya no SK.12 sahaja berubah dimana SK bermaksud SALINAN KEPADA. Sepatutnya, No Fail tidak boleh sama dengan mana-mana surat yang pernah dikeluarkan sebelum ini




Malah, admin sengaja tunggu sehingga pukul 12.00 Malam kerana menurut pengguna twitter yang menyebarkan dakwaan surat itu mengatakan minyak akan naik pada "midnight 00:01 8th Januari 2014". Namun, sehingga kini jam melepasi 12 lebih namun tiada petunjuk minyak ron97 dinaikkan.

Adakah surat ini satu lagi surat rekaan atau HOAX yang disebar oleh orang yang tidak bertanggungjawab?

Jika perkara ini tidak benar diharap tindakan perlu diambil berikutan perkara sebegini pasti menimbulkan rasa tidak senang kepada rakyat Malaysia.


Foto palsu: Harian Metro terbitkan beberapa lagi foto asal

ALOR GAJAH: Jasad bayi yang kelihatan terapung di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang di sini, Sabtu lalu bukanlah gambar palsu menggunakan teknik pengolahan foto, malah penggali kubur yang mendukungnya menafikan melambung jenazah bayi itu.

Semalam, berita muka depan Harian Metro dan web myMetro memaparkan gambar jasad bayi masih utuh walaupun sudah puluhan tahun dikebumikan yang sedang didukung penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, kelihatan seperti terapung menjadi viral dengan 45,000 kongsian di laman sosial selepas ada pembaca prihatin membangkitkan ketulenan gambar berkenaan selain ada yang percaya ia kejadian di luar biasa.

Kejadian aneh itu yang disiarkan, kelmarin dirakam menggunakan kamera wartawan sambilan akhbar Harian Metro secara spontan.

Mengulas kejadian itu, Abdul Ghani berkata, dia hanya menatang jenazah bayi perempuan itu ketika kerja mengalihkan tujuh pusara lama terletak di luar kawasan Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, di sini, Sabtu lalu.

“Tidak mungkin saya sanggup melambungkan jenazah bayi berkenaan dan perkara itu sepatutnya tidak dijadikan bahan pertikaian," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, hari ini.
Penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, mendukung jasad bayi di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang, Alor Gajah Melaka sambil diperhatikan penduduk setempat. Jasad bayi kelihatan seperti terapung manakala sebelah kaki dilihat muncul dari antara kelangkang Abdul Ghani.
Penggali kubur, Abdul Ghani Ibrahim, 70, meletakkan jasad bayi berusia puluhan tahun tetapi masih elok itu ke tanah untuk dibetulkan kafannya. Kaki misteri pada gambar pertama sebenarnya kaki seorang remaja berbaju T kuning berbelang hitam yang terlindung oleh tubuh Abdul Ghani.
Abdul Ghani mendukung jasad bayi manakala remaja berbaju belang terbabit beredar ke tepi jalan raya.
Penduduk setempat memerhatikan seorang pemuda menggali liang lahat di Tanah Perkuburan Islam Padang Sebang.
Jasad bayi dikebumi semula.
"Selepas digali, jasad bayi itu saya kafan dan tatang dengan berhati-hati kerana ia terasa berat dan tidak berganjak sedikit pun dari kedua-dua belah tangan saya sehingga selamat dikebumikan,” katanya.

Menurutnya, dia menatang jenazah terbabit sejauh kira-kira 100 meter untuk masuk ke kawasan tanah perkuburan dan mendakwa terhidu bau wangi pada jenazah itu.

Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak yang menyalah anggap paparan gambar berkenaan selain menolak kemungkinan ia kesan olahan komputer kerana perkara seperti itu tidak boleh dianggap gurauan.

"Apa yang berlaku adalah kebesaran Allah kerana saya yang menatang jasad bayi itu tanpa memberi kepada orang lain. Tanggapan digembar-gemburkan sesetengah pihak mengatakan ia adalah teknik olahan komputer adalah tidak benar.

"Saya berharap mana-mana pihak yang mensensasikan isu paparan gambar itu mengambil kejadian ini sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup kerana tiada apa yang mustahil. Allah Maha Berkuasa," katanya. 

7 Gambar tanah runtuh di lereng bukit Lebuh Raya Mahameru

Kuala Lumpur: Kerja penstabilan cerun pada lereng bukit di Lebuh Raya Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak yang runtuh pada Mei tahun lalu terus tergendala selepas lereng berkenaan sekali lagi runtuh, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, runtuhan tanah yang meliputi sebahagian besar jalan turut menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang lebih 10 kilometer bermula dari arah Sungai Besi. 

Susulan itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus membersihkan kawasan runtuhan menggunakan jentera pengaut dan membuka laluan selorong untuk membolehkan pengguna jalan raya yang tersekat dalam kesesakan untuk meneruskan perjalanan. -BHarian




JEP SEPAHTU OVER, MENBANGGA DIRI?

Kumpulan Sepahtu ada ramai pengikut. Sejak mereka bermula sebagai Sepah lagi kebolehan Jepp, Shuib dan Mamat tidak boleh dipertikaikan. Bila Mamat keluar, Jep dan Shuib meneruskan kerjaya menerusi kumpulan Sepahtu dan terbaru mereka meneruskan kemaraan menerusi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 (MLM2013).


Yang tak berapa nak sedap bila ada peserta lain komplen tentang mulut Jep yang over bila mereka sama-sama terlibat dalam rancangan tersebut. Kata salah seorang peserta, Jep memang kawan yang baik tetapi ada kalanya membangga diri sebab dia yang menggerakkan Sepahtu.


Bila dia cakap macam itu sudah tentu orang lain pandang sinis pada dua lagi rakan Sepahtu, Shuib dan Rahim. Apa mereka yang lain tak menyumbang apa-apa ke untuk Sepahtu dalam MLM2013? Mungkin Jep tak sedar tentang perkara berkenaan tetapi bagi orang yang selalu sangat mendengar cerita yang sama mula rasa lain macam dan pelik dengan perangai Jep.

Mungkin juga ini strategi mereka untuk terus memburukkan Jep. Dalam pertandingan kan ada macam-macam perangai untuk buat orang lain jatuh. Tak gitu?

P/S: Sepahtu salah satu kumpulan yang berpeluang menjuarai Maharaja Lawak Mega 2013!

Blogger seks Alvin kongsi pengalaman ngeri di penjara


PETALING JAYA - Dalam e-book ‘Sex, Pork and Persecution’ (Seks, Daging Babi dan Penganiayaan), Alvin Tan berkongsi kecekalannya ketika ditempatkan selama satu minggu di penjara Sungai Buloh.

‘Personaliti YouTube’ berusia 25 tahun itu yang lebih dikenali sebagai ‘blogger’ seks duo Alvivi (gabungan nama pasangannya Vivian Lee, 24) telah dimasukkan ke penjara selepas menghadapi tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka selepas dinafikan ikat jamin pada Julai tahun lepas.

Walaupun terdapat nada lucu dalam penceritaan kisahnya bertajuk ‘Wonder What It’s Like In A Malaysia Jail?, Alvin mengaku berasa takut dengan layanan daripada beberapa penghuni penjara.
“Adakah saya akan dijadikan keldai? Adakah saya akan diliwat? Adakah saya akan dibunuh dalam tidur saya?,” dia menulis dalam memoir 276 muka surat.

Pengedar dadah dan samseng adalah antara tahanan yang bersama-sama dengan Alvin dalam kurungan, di mana dia hanya berseluar dalam dan diberikan beberapa kelengkapan peribadi.

“Tidak ada seragam penjara, tidak ada pakaian, tidak ada perabot, tidak ada katil, tidak ada tilam dan hanya selimut pada waktu malam. Yup, kami hanya memakai seluar dalam ketika dalam sel setiap masa. Kami tidur di atas lantai konkrit yang keras dan sejuk setiap malam,” katanya.

Penulis blog seks awam ‘Sumptuous Erotica’ yang kini dianggap tidak wujud lagi ini juga menerangkan rasa malunya secara jelas dan terperinci.

Dengan nombor banduan 31303963, dia telah diarahkan berbogel dan melakukan ketuk ketampi selama 20 kali: “Pengawal mengejek saya kerana menerbitkan pornografi amatur selepas melihat kemaluan saya yang didakwa kecil.”

Alvin tidak menyalahkan pengawal kerana menganggap pengawal tersebut tidak mempunyai “keistimewaan melihat versi 6 inci”, tetapi mempersoalkan kegemaran mereka untuk mengenakan hukuman bogel.

“Persoalan yang benar-benar serius ialah mengenai daya tarikan luar biasa mereka dengan kemaluan saya,” katanya.
Alvin kemudiannya menggambarkan kekaguman heteroseksual sendiri terhadap kemaluan banduan Nigeria dan dikatakan “kemaluan lelaki paling indah” yang pernah dilihat.

Bagaimanapun Alvin mendapati bahawa kualiti makanan penjara melepasi kualiti makanan biasanya ketika tinggal berseorangan.

“Saya benar-benar kagum mengenai hidangan makanan seimbang: terdapat sekurang-kurangnya satu hidangan daging, sayur-sayuran, buah-buahan satu, kuah, dan nasi yang banyak,” katanya.

Di dewan kediaman, penghuni boleh membeli makanan ringan dari pasar raya penjara menggunakan kupon yang dibeli ahli keluarga untuk mereka dari luar.

Tetapi bagi mereka di dalam kurungan, makan tiga kali sehari dan tiada makanan ringan adalah perkara biasa.
Berkaitan posting Ramadan di Facebook, dia juga memperoleh nama samaran yang pelik daripada pengawal semasa tinggal dalam penjara.

Pemeriksaan rutin termasuklah melaungkan “Hei, Bak Kut Teh!”, yang merupakan isyarat supaya dia meninggalkan segala-gala yang sedang dilakukan dan berdiri di pintu untuk menunjukkan kepada mereka bahawa dia tidak membunuh diri.
Dia juga berasa bosan apabila tidak diberi akses kepada akhbar, tetapi dibenarkan untuk membaca buku-buku semasa menunggu untuk dibebaskan.

Penghuni-penghuni lain memilih untuk melakukan senaman, berjalan-jalan, dan menyanyikan lagu-lagu Kantonis dan seorang banduan juga mengaku menggemari hasil-hasil lucah yang dilakukannya.

Kekurangan aktiviti menyebabkan dia melompat kegembiraan setiap kali menerima pelawat, tidak kira siapa pun mereka.
Ini termasuk pengawal yang singgah di selnya untuk mengugutnya dan pengunjung mesra seperti ahli keluarga dan pegawai-pegawai dari Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia).

Mengenai Vivian, yang berada satu minggu di Penjara Wanita Kajang, Alvin menyifatkannya sebagai “sangat bernafsu” apabila mereka bersatu semula selepas dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang.
Dia juga teruja apabila teringatkan pasangannya di penjara yang kecewa dari segi seksual kerana tiada penghuni lelaki, menurut sumber mStar.

“Saya berfantasi dihantar ke penjara wanita untuk menawarkan khidmat seks kepada penghuni penjara dan memastikan mereka berpuas hati dengan khidmat seks saya. Ia hanya satu impian pada masa ini, tetapi ia akan menghasilkan satu skrip lucah yang baik pastinya.”
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger