Monday, January 6, 2014

PENSYARAH IPTA BUNUH ISTERI SEBELUM KELAR LEHER SENDIRI SAMPAI MATI?

Apa sebenarnya masalah yang berlaku masih belum dapat dipastikan lagi. Namun berdasarkan sumber berita, berlaku pertengkaran antara mereka sebelum si suami dipercayai bertindak menikam badan dan leher isterinya dengan sebilah pisau sebelum dia bertindak mengelar lehernya sendiri dengan tujuan untuk membunuh diri.

Memetik laporan berita berkenaan, seorang wanita ditemui mati di hadapan pintu bilik sebuah hotel tiga bintang di sini dengan kesan kelar di leher dan beberapa tikaman di anggota badan, awal hari ini. Wanita itu dikenali sebagai Norazlina Mohamed Saaid. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong ketika dihubungi berkata mayat mangsa yang berumur 49 tahun itu ditemui oleh pekerja hotel berkenaan dengan keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 5 pagi.


“Polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan, kami turut menemui seorang lelaki dipercayai suspek kes ini berumur 58 tahun yang terbaring di atas katil bilik tidur hotel tersebut dalam keadaan kesakitan akibat cedera di leher. Berikutan keadaannya, lelaki itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk menerima rawatan lanjut, namun meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Katanya, pemeriksaan di bilik itu turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Beliau berkata hasil siasatan lanjut pihak polis mendapati kedua-dua mangsa itu merupakan pasangan suami isteri. Ketika ditemui, wanita berusia 49 tahun itu hanya memakai baju dan seluar dalam dan lelaki berkenaan hanya berseluar pendek. Tambahnya, polis sedang berusaha mengenalpasti punca sebenar kejadian ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Gambar ngeri badan 2 penunggang motorsikal hancur dirempuh lori pasir


JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 20 Lebuh Raya Pasir Gudang, di sini, semalam.

Mangsa yang maut adalah Mohd Nazrin Kahar, 40, dan Lam Khoon Yen, 54, sementara individu dikenali sebagai Tan berusia lingkungan 40an cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, kesemua mangsa menunggang motosikal secara berasingan dalam perjalanan ke tempat kerja masing-masing sebelum dirempuh sebuah lori pasir yang dipercayai hilang kawalan.

Saksi, Ridwan Abd Rashid, 31, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan secara tiba-tiba, lori berkenaan memasuki laluan bertentangan.

“Saya dapat lihat kerana saya memandu di belakang motosikal yang ditunggangi ketiga-tiga mangsa dan lihat mereka digilis lori terbabit.

“Saya berhentikan kenderaan dan cuba untuk membantu mereka. Saya mendapati dua mangsa sudah meninggal dunia dan seorang mangsa cedera parah,” katanya.

Katanya, dalam keadaan terkejut, dia berusaha mencari telefon bimbit mangsa untuk menghubungi keluarga mereka sebelum menelefon polis dan ambulans.

“Ikutkan memang panik dan terkejut sebab tidak pernah berhadapan dengan insiden ini, tetapi saya usaha juga cari ketiga-tiga telefon bimbit kesemua mangsa.

“Kemudian saya dapati ada satu telefon milik seorang mangsa telah hancur. Saya ambil kad simnya dan cuba hubungi keluarganya menggunakan telefon saya sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kemalangan berlaku berpunca daripada pemandu lori berkenaan.

“Kejadian tersebut berlaku apabila lori yang dipandu lelaki berusia 29 tahun dipercayai hilang kawalan hingga merempuh motosikal itu.

“Pemandu lori berkenaan kini ditahan dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan untuk membantu siasatan,” katanya. -BH



Dr. Maza dikritik hebat upload gambar berunsur fitnah dalam Facebook


Ilmuan agama terkenal, Dr. Maza dikritik hebat hari ini oleh ramai pengamal media sosial apabila beliau didapati memuatnaik gambar berunsur fitnah di dalam page Facebook peribadi beliau pagi tadi.

"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya..menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah." Ulas Dr. Maza dalam gambar tersebut.

Tetapi, menurut satu blog dalam artikel terbarunya mendakwa gambar yang diupload bukanlah gambar dalam jet "putrajaya" yang didakwa. Namun, gambar itu dengan mudah boleh didapati menggunakan carian google. 

Blog itu juga menyelar tindakan Dr. Maza kerana boleh membuatkan ramai orang memberi tanggapan yang salah.

Info Gambar: Corporatjetinvestor
"Gambar tu ambil dalam carian "image google" ja bro..Sedarkah Dr Maza yang gambar tersebut boleh menyebabkan banyak pihak menyangka begitulah keadaan sebenar dalam isu pesawat milik kerajaan ?"

Melalui tinjauan semula ke FB page Dr. Maza, gambar kontroversi itu telah dipadam. Namun masih ada pengamal media yang cuba memprovokasi Dr.Maza untuk memberi respon mengenai isu itu. 

Link Gambar


Diharap Dr. Maza lebih berhati-hati di masa hadapan dalam mendapatkan info dan maklumat untuk membincangkan isu-isu kritis seperti ini.

Sunday, January 5, 2014

BUAT LAWAK PANGGIL MENTERI ‘PAK MENTUA’ SHIRO ‘DIGAM’ DI RTM?

Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak ‘bodoh’ dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.


“Kami tidak tahu atau dimaklumkan apa-apa daripada pihak RTM tentang perkara tersebut, malah selepas rancangan itu, RTM masih memanggil kami untuk mengendalikan rancangan terbitan mereka.

“Boleh dikatakan hubungan Shiro dengan RTM setakat ini memang baik dan pihak stesen televisyen tersebut sentiasa memberi kami peluang dalam pelbagai rancangan mereka sejak kami muncul dalam industri,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Ajak berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok akhbar mingguan yang mendakwa kumpulan tersebut bakal digam oleh RTM berikutan menyampaikan lawak ‘bodoh’ di hadapan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan beberapa artis veteran di Konsert Jubli Emas TV Malaysia, baru-baru ini.

Shiro dikatakan terlalu mencuba untuk menarik perhatian menteri tersebut dengan memanggil beliau sebagai bapa mentua setiap kali muncul di pentas. Tambah Ajak, persembahan yang dilakukan pada malam tersebut hanya selingan ketika waktu iklan ke udara dan tidak disiarkan di televisyen.

“Ya…kami ada menyentuh tentang bapa mentua kerana kami tahu anak beliau baru sahaja berkahwin, namun bagi saya ia tidaklah sampai keterlaluan dan berniat untuk mempersenda-sendakan seperti dikhabarkan itu,” ujarnya.

Bagaimanapun, mereka meminta maaf jika lawak tersebut ada mengguris hati mana-mana pihak yang menonton persembahan mereka pada malam tersebut. Tambah Ajak, mereka akan lebih berhati-hati dalam membuat persembahan terutamanya program yang melibatkan orang kenamaan.

p/s: Shiro salah satu kumpulan terbaik di Maharaja Lawak Mega 2013!

Gambar Wan Zack Haikal bertunang didedahkan, tapi bukan dengan Zzati


Kontroversi hubungan percintaan pemain bolasepak negara, Wan Zack Haikal nampaknya semakin panas.

Baru sahaja media melaporkan hubungannya dengan kekasihnya, Zzati Rashid berakhir pada Oktober tahun lalu apabila Keluarga Wan Zack didakwa melemparkan pelbagai tuduhan yang menjatuhkan maruah Zzati dan keluarganya.

Namun, kini tersebar pula gambar pertunangan Wan Zack Haikal bersama seorang gadis bertudung yang diberi nama Syahifah Azmi, berasal dari Terengganu.


Pemilik blog Brotherssam yang pertama kali memuatnaik gambar itu mengatakan gambar diperolehi daripada rakan kepada Wan Zack. 

Pasti ramai yang terkejut kerana wanita misteri yang berdampingan dengan Wan Zack ketika ini tidak pernah muncul di dalam radar peminat. 

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Wan Zack dan ucapan tahniah untuk majlis pertunangan beliau. Semoga segala kontroversi yang berlaku tidak menjejaskan prestasi Wan Zack Haikal bersama Pasukan Malaysia dan Kelab Bolasepak FC Ryukyu.

Saturday, January 4, 2014

Gambar pasangan kekasih mati dalam keadaan berbogel dalam kereta tersebar

Sumber gambar: Amaran (18)
Ipoh: Punca kematian seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai pasangan kekasih dalam keadaan bogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, dekat sini malam kelmarin, disahkan akibat keracunan gas karbon monoksida. 

Loke Yoke Kim, 58, yang juga ahli perniagaan dan wanita berkenaan, Yan Wai Leng, 51, masing-masing ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dalam sebuah PROTON Wira, kira-kira jam 9 malam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat. -BH

Berita kelmarin: Suami bersama wanita lain ditemui mati dalam keadaan berbogel dalam sebuah kereta 

Alvin berang Vivian curang, upload gambar skandal di Facebook


Nampaknya, kemelut Alvin dan Vivian tidak berakhir di Mahkamah. Kini pasangan yang terkenal dengan adegan lucah itu telah menimbulkan kontroversi baru. Mereka dikatakan telah telah berpisah kerana perbuatan Vivian yang berlaku curang kepada Alvin.

Melalui akaun Facebook Alvin Tan, dia memuatnaik status yang menafikan selama ini Vivian adalah teman wanitanya. Malah, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki yang didakwa sebagai skandal Vivian yang baru.


"This is what Ash, the guy who's always around to fuck Vivian on-call 24/7, looks like. Now stop bugging me!" Tulis Alvin


Namun, Vivian yang turut memberi respon kepada status-status Alvin dalam Facebook peribadinya mengaku yang dia telah melakukan kesilapan dan meminta maaf kepada Alvin. Vivian turut meminta Alvin memberikannya peluang memperbaiki hubungan mereka.


Perpisahan ini pasti akan memberi pengajaran serta penyesalan yang besar setelah apa yang mereka lalui selama ini.

Pada 18 Julai 2013, mereka berdua telah didakwa dibawah 3 pertuduhan iaitu Seksyen 29A Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 dan Akta Penapisan Filem 2002. Pasangan ini telah memuatnaik gambar dan tulisan “Selamat Berbuka Puasa (Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak, menyelerakan!!!) serta logo halal di Facebook.

Tindakan mereka telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak khususnya umat Islam di Malaysia serta disusuli oleh laporan polis dari beberapa NGO.
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger