Thursday, March 27, 2014

MH370: PUNCA KRISH JEJENDIRA PILOT AIR ASIA X MAKI KERAJAAN ISU PESAWAT MH370

Posted by Blogger Name. Category:


#MH370: PUNCA SEBENAR JURUTERBANG AIR ASIA X LONTAR KATA-KATA KESAT TERHADAP ISU PESAWAT MH370 | Punca Krish Jejendira Juruterbang Air Asia X Tempelak Kerajaan Malaysia Disebalik Insiden MH370. Masanya kurang sesuai ditambah kata-kata yang digunakan dilihat tidak elok oleh orang ramai.

Malah seorang yang profesionnya adalah juruterbang yang cukup dekat dengan insiden disebalik tragedi MH370 ini sehingga tergamak mengeluarkan kata-kata sebegini telah mengundang kontroversi yang cukup hebat.

Angkara tindakan Krish Jejendira, juruterbang Air Airasia X yang memuat naik pendapat yang cukup kontroversi di Facebooknya telah sampai ke pengetahuannya CEO Air Asia Group, Tan Sri Tony Fernandez dan Tan Sri Tony Fernandez telah sah melalui akaun Twitter yang mana Krish Jejendira, juruterbang Air Airasia X telah digantung tugas sekarang ini.

Tony Fernandez & Azran Osman VS Krish Jejendira (juruterbang Air Airasia X)



  • Krish Jejendira, juruterbang Air Airasia X telah kena digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook Krish Jejendira
  • Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X, Azran Rani Osman turut berpendapat Krish Jejendira, juruterbang Air Airasia X telah melanggar “arahan khusus” untuk tidak memberikan sebarang komen secara terbuka mengenai insiden MH370 supaya tidak menyakiti perasaan semua yang terlibat

Kakitangan Air Asia telah pun dimaklumkan dan dinasihatkan, tetapi ada juga melanggarnya. Akhirnya Krish Jejendira perlu disiasat.

Punca Krish Jejendira Juruterbang Air Airasia X Tempelak Kerajaan Malaysia


  • Tidak berpuas hati dengan pengumuman kerajaan mengenai tragedi MH370 kerana tidak disertakan dengan bukti yang kukuh
  • Mendakwa kerajaan Malaysia mengetahui banyak perkara mengenai kejadian ini namun menyembunyikan fakta sebenar insiden MH370
  • Mempertikaikan tindakan kerajaan Malaysia yang mampu membuat kesimpulan sebegitu rupa sedangkan 26 negara termasuk negara maju seperti Amerika, Jepun dan China pun masih gagal mengesan MH370

Bagi kami, sebagai seorang juruterbang Air Asia X, kami rasa Krish Jejendira boleh berkongsi pendapat yang lebih baik daripada ini.

Kadang-kadang kita tidak perlu menggunakan bahasa kesat semasa berkongsi pendapat atas nama ketidakpuashatian, tetapi pendapat yang menggunakan bahasa yang elok disertakan fakta yang bernas sudah cukup membuatkan lontaran vokal anda menjadi perhatian tetapi bukan mencipta nama dengan cara begini. Sekadar pandangan

Apa pula pendapat anda? Mungkin ada yang bersetuju sama dengan persoalan yang “dicampakkan” oleh Krish Jejendira disebalik targedi MH370 ini?

0 comments:

Post a Comment

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3