Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah. Dalam masa yang sama, pelakonRita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.
Sementara itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.
Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.
“Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.
Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.
“Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran. Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan,” katanya.
0 comments:
Post a Comment