Tuesday, December 31, 2013

Gempar! Kini Miri, Sarawak pula dilanda "puting beliung"! (Gambar)


Gempar penduduk Sarawak apabila sekali berlaku "puting beliung" di negeri itu ketika ini. Ramai yang memuat naik status di laman sosial dengan tag "puting beliung".

Namun, seperti apa yang berlaku di Johor bahru beberapa minggu lepas, fenomena ini dikenali sebagai "belalai air"

Ia kejadian lazim apabila hendak hujan kerana kedudukan tengah laut angin bertembung mewujudkan belalai air.

Belalai air ini bukan puting beliung. Ia tidak menyebabkan angin kencang dan akan lenyap tidak seperti puting beliung. -Tengoktvonline

Beberapa lagi gambar dikongsikan dalam page FB I Love Sarawak:



EKSLUSIF! AKSI MENGGODA TERBARU NOORAIDA ABDUL TALIB SELEPAS BERGELAR JANDA


EKSLUSIF! AKSI MENGGODA TERBARU NOORAIDA ABDUL TALIB SELEPAS BERGELAR JANDA | JIka sebelum ini, nama Nooraida Abdul Talib pernah dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu sidang media hingga menampakkan ‘lurah dendamnya,’ terbaru, melalui laman Instagramnya, Nooraida telah memuat turun video berkenaan rambutnya dengan ayat berbunyi:

“Rambut DIY okey. Tiada sentuhan profesional. 6 minit je. Err. Nak naik motor Harley ni heh. :D ”

Di ruang komen pula, dia berkata:

“Tak tahu nak buat video apa. Sewel sekejap sementara menunggu.”

Biarpun rakaman tersebut berkisarkan mengenai rambutnya, namun liuk-lentuk dan gayanya nyata mampu menggoncangkan iman lelaki di luar sana.

Tambah-tambah pada beberapa saat terakhir video tersebut, Nooraida dilihat memuncungkan bibir dan menfokuskan pada bahagian atas bajunya.

Video miliknya itu ditonton lebih 100,000 pelawat dalam masa tiga hari apabila ia upload ke laman Youtube dengan tajuk: “Ex-Skandal Adi Putra, Nooraida Abdul Talib posing mengoda.”

Namun tak pasti pula dengan siapa pula dia nak keluar meronda-ronda tu. Jom layan video sewel tu.

Ucapan Khas Datuk K. Rajagopal kepada Penyokong Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Selepas hampir lima tahun, akhirnya Harimau Malaya bakal melalui era baru selepas kontrak ketua jurulatih Datuk K Rajagopal berakhir semalam.

Biarpun mengakhiri kariernya bersama skuad kebangsaan sejak Julai 2009 itu dengan prestasi kurang memberangsangkan sepanjang tahun ini, tidak dinafikan pengendali berusia 57 tahun itu adalah antara jurulatih tempatan terbaik yang membantu Malaysia meraih pingat emas Sukan SEA 2009 di Laos serta kejuaraan pertama Piala AFF 2010.

Pada sidang media terakhirnya selaku jurulatih kebangsaan pada 2 Disember lalu, beliau hanya menyatakan mahu berehat seketika namun tidak menafikan bakal kembali melatih mana-mana pasukan jika mendapat tawaran menarik.



Perkembangan terbaru Rajagopal dikaitkan dengan salah sebuah kelab dari Liga Singapura (Liga-S) yang bersedia memberi tawaran lumayan kepadanya bagi mengendalikan kelab itu musim depan.

Namun bekas pemain Selangor itu enggan menafikan atau pun mengiyakan sejauh mana kebenaran laporan itu cuma menyatakan bahawa beliau sedang dalam proses menimbang beberapa tawaran. 

Apapun, terima kasih kepada Datuk. K. Rajagopal atas jasa dan pengorbanan yang beliau lakukan kepada perkembangan bolasepak negara ini. 

Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia digodam semalam!

Laman Web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia telah digodam malam semalam dengan paparan muka depannya telah di ubah (DEFACE). Namun, tidak dapat dipastikan tujuan penggodam tersebut mensasarkan laman web agensi kerajaan itu. Mungkin hanya suka-suka dengan menghantar mesej Happy New Year!



Laman MOE kini dalam mod penyelenggaraan semula.


4 Gambar Kapal Layar termahal di dunia milik warga Malaysia


Kapal yang diberi nama History Supreme berharga $4.8 Billion bersamaan dengan RM 14.88 Billion. Kapal ini adalah kepunyaan Tan Sri Robert Kuok, seorang Billionair dan merupakan 10 orang terkaya di Malaysia. Nilai aset dan kekayaan beliau dianggarkan sebanyak RM37.2 billion.

Kapal ini 10 kali ganda lebih mahal daripada kapal peribadi paling mahal direkodkan di dunia sebelum ini iaitu milik Roma Abramovich (Pemilik Kelab Chelsea).

Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.

Di atas kapal itu juga terdapat botol minuman keras mewah yang disalut berlian 18.5ct, salah satu botol yang paling jarang ditemui di dunia.

Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool,Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. Ealuxe




8 Gambar dalam kapal terbang mewah milik Sultan Brunei

Sultan Brunei adalah salah seorang individu terkaya di dunia.Seluruh dunia sering memandang kekayaan Sultan Brunei kerana beliau mampu membeli barangan mewah yang tidak terfikir oleh orang kebanyakan. Salah satu pembelian terbarunya ialah Kapal A340 Airbus dengan harga $100 Juta (RM300 Juta). Jom kita saksikan keadaan dalam kapal terbang mewah ini.

1) Airbus A340 - Pesawat jet penumpang yang dibangunkan oleh Airbus SAS, adalah pesawat penumpang terpanjang di dunia dengan panjang 75.3 meter. Oleh kerana lebar sayap yang besar dan penggunaan bahan api yang tinggi A340-212, maka pesawat ini tidak dikomersialkan dan hanya 28 buat pesawat dikeluarkan, termasuk versi Sultan Brunei.


 2) Bilik Tidur mewah Sulan Brunei





3) Bilik Mesyuarat




4) Koridor pejalan kaki di dalam kapal


 5) Bilik Air termasuk singki bersalut emas

 

6) Sultan Brunei Hassanal Bolkiah kerap menggunakan Airbus A340-212, dan, menurut perisikan AS, untuk masuk ke dalam kapal itu adalah lebih rumit daripada memasuki bilik pelancaran senjata nuklear Amerika Syarikat.


7) Hassanal Bolkiah sejak lahir baginda dikelilingi kekayaan. Pada bulan Oktober 1967, pada usia 21 tahun, baginda mengambil alih sebagai Sultan Bolkiah Brunei. Negara kecil namun mempunyai hasil minyak yang begitu besar. Kini Baginda Sultan adalah pemimpin yang paling lama memerintah di dalam dunia.

Guru tadika KEMAS meninggal dunia ketika mengajar hari pertama persekolahan

Gambar hiasan
CHUKAI: Seorang guru tadika KEMAS Kampung Beris Meraga, Kijal, di sini, meninggal dunia ketika sedang mengajar di tadika itu pada hari pertama persekolahan yang bermula hari ini.

Noraima Sulong, 43, rebah ketika sedang mengajar sebelum meninggal dunia kira-kira jam 9 pagi. 

Guru lain di tadika berkenaan kemudian mengejarkan mangsa ke Hospital Kemaman dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia. 

Suami mangsa, Kamarudin Salim, 41, bagaimanapun memaklumkan isterinya tidak menghidap sebarang penyakit dan kejadian menimpa isterinya sangat mengejutkan. 

Noraima meninggalkan tiga anak berusia empat hingga 15 tahun. -BHarian

Warga emas mati ditikam dan dikelar ketika berjoging


GEORGETOWN - Seorang lelaki warga emas ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di Jalan Loh Poh Heng, Tanjong Bungah di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mangsa yang dikenali sebagai Ang Cheng Hoo, 64, dijumpai terbaring di tepi jalan oleh orang awam dengan beberapa kesan tikaman serta kelaran di bahagian perut dan leher tidak jauh dari kediamannya pada pukul 6.30 pagi.

"Menurut anak lelakinya, mangsa biasanya keluar berjoging pada pukul 5 pagi dan biasa pulang sebelum pukul 8 pagi dan sering membawa sebilah pisau bersamanya," katanya kepada pemberita.

Katanya, polis turut menemui kesan darah pada pisau milik mangsa di lokasi kejadian. Motif kejadian masih disiasat berikutan telefon bimbit dan dompet mangsa tidak diusik.

Beliau berkata, beberapa jiran mangsa ada mendengar suara pergaduhan sebelum kejadian dan mereka percaya suspek adalah seorang lelaki.

Katanya mayat Ang dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.

Mazlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernama

Ngeri! Video detik-detik lelaki jatuh terhempas bunuh diri di Times Square, KL



Video yang baru tersebar di media sosial ini merupakan susulan kejadian bunuh diri seorang lelaki terjun dari tingkat 9 pusat membeli belah Times Square, Kuala lumpur pada 27 Disember 2013 baru-baru ini.

Video menunjukkan detik-detik akhir bagaimana lelaki tersebut jatuh terhempas ke lantai bangunan itu. Video dirakam daripada sebuah kedai pada dan kejadian berlaku kira-kira pukul 8.00 malam.

Terdahulu, kejadian yang sama pernah berlaku melibatkan seorang wanita pada 14 Februari 2013 yang lalu. -Tengoktvonline

VIDEO:



GAMBAR:



Tweet mimpi arwah Vokalis edCoustic, Aden jadi kenyataan


VOKALIS kumpulan nasyid Edcoustic dari Indonesia, Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi meninggal dunia pada 30 Disember 2013.

Menurut portal Munsyeed, penyanyi berusia 34 tahun itu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas waktu Isyak di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia.

Pada 28 September lalu, lebih kurang 2 bulan sebelum pemergiannya, Aden sempat memuat naik satu tweet mengenai mimpi datangnya ajal beliau seperti gambar dibawah:



Lagu popular, Muhasabah Cinta merupakan hasil kolaborasi Edcoustic bersama artis baru, Bima.

Bakat mencipta lagu yang dimiliki oleh Aden pernah menarik perhatian komposer popular Indonesia, Melly Goeslow untuk menjalin kerjasama dalam penerbitan Lagu Tema filem, Ketika Cinta Bertasbih.

Sebelum ini juga Aden pernah berkolaborasi bersama Inteam dengan terbitnya album yang berjudul Iman & Aman, Aden telah menyumbangkan dua buah lagu kepada Inteam berjudul Jatuh Bangun dan Kau Ditakdirkan Untukku.

Semoga Allahyarham Aden ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang beriman...

NAJWA LATIF MENGAMUK DIRABA PESERTA DEMONSTRASI SEMALAM?

Susulan tindakan liar sebahagian peserta Himpunan Guling Kerajaan naik ke pentas dan membuat rusuhan, menyebabkan beberapa artis terkenal mengalami detik cemas dan memalukan apabila diraba mereka.


Salah seorang artis yang diraba ialah Najwa Latif ketika sedang membuat persiapan persembahan. Menerusi akaun Twitter, Najwa Latif memuatnaik status terkini yang berbaur kekesalan dan kemarahannya.


Antara gambar demonstrasi semalam..



Wow! 26 Gambar & Video pekerja McDonald's paling COMEL ada di Taiwan!

Ramai penggemar McDonald's di Taiwan amat teruja apabila mendapati pekerja di restoran makanan segera itu comel-comel belaka dengan memakai cosplay yang agak seksi.
Namun, kejadian ini bukanlah dapat dilihat setiap hari. McDonald's Taiwan telah mengadakan satu pertandingan pemakaian cosplay paling menarik di semua cawangannya di negara itu pada malam sambutan tahun baru 2014. 

Gambar-gambar dibawah pula menunjukkan pekerja-pekerja McDonald's di Stesen Taipei yang mengadakan percubaan pada 24hb Disember lalu. Jika McDonald's meneruskan acara sebegini sepanjang tahun, sudah tentu hasil jualan mereka bertambah berlipat kali ganda! -Tengotvonline













VIDEO

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay: 2013 Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger