Friday, January 10, 2014

Perhatian: Inilah cara penipuan kad di Mesin ATM


Dulu kita biasa dengar orang rompak Bank pecahkan mesin ATM, tapi sekarang zaman teknologi moden ni, diorang dapatkan duit dengan PERANGKAP orang ramai menggunakan alat yang direka sendiri, atau yang dibeli dari negara lain. alat yang dah dikenalpasti adalah Slot pembaca Card (Skimming) palsu, dan satu Keypad palsu.

Slot pembaca Card (Skimming) palsu yang direka oleh PENJENAYAH CYBER untuk merakam DATA yang ada pada Card korang. dan Keypad palsu untuk perangkap No. PIN yang korang tekan. bila dia dah dapat DATA Card dan No. PIN korang, diorang boleh ceroboh korang punya Account Bank tanpa Card. mungkin ramai yang belum tahu kes ni. 

So, aku nasihatkan korang berhati-hati masa masukkan Card dan No. PIN di mesin ATM (Bank). Kalau nampak mesin ATM tu pelik, jangan sesekali korang masukkan Card dan No. PIN. Kes ni banyak berlaku di Indonesia.

Sepahtu menang Perodua Alza model baru 2014 dalam MLM 2014



PETALING JAYA: Program realiti Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kesembilan membuat kejutan apabila kumpulan Sepahtu yang mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 65 peratus menerima sebuah kereta perodua Alza pada malam Jumaat.

Hadiah tersebut diberikan bersempena dengan pelancaran Perodua Alza yang baharu.

"Alhamduliah, ini merupakan hasil usaha kami serta sokongan daripada peminat," kata salah seorang ahli Sepahtu, Jepp.

Program tersebut berlangsung di perkarangan pusat beli belah One Utama di sini.

Sementara itu, kumpulan Wala tersingkir selepas diumumkan oleh juri, Luna Maya.

Wala yang dianggotai oleh Wan dan Lopz tewas setelah mendapat undian paling rendah dengan jumlah peratusan sebanyak 46 peratus.

"Kami terima dengan kekalahan ini, lagipun peluang untuk sampai ke minggu ke sembilan bukannya mudah.

"Terima kasih kepada para peminat kerana mengundi," kata Wan.

Dua peserta lain yang mendapat peratusan terendah adalah kumpulan Shiro iaitu 57 peratus dan Comey (56 peratus).

Sementara itu, antara kumpulan lain yang membuat berjaya menarik perhatian penonton ialah Nabil, SYJ dan Bocey.

Sistem penghakiman masih dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton.

Juara MLM 2013 bakal menerima hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga akan membawa pulang hadiah RM250,000 dan RM150,000.

MLM 2013 bersiaran secara langsung bermula 15 November 2013, pada setiap Jumaat di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). -mStar

Perodua Alza 2014 dilancarkan! -Harga bermula RM52,400


Lintas langsung dari pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya, sempena dengan pelancaran model Perodua Alza 2014.
Mengikut Perodua, Perodua Alza model yang dinaik taraf ini tidak melibatkan perubahan daripada segi mekanikal. Jadi ia masih mengekalkan ‘jantung’ yang sama iaitu 1.5 liter DVVT. Dengan kuasa maksimum 104 PS dan puncak tork 136 Nm, enjin ini turut digandingkan dua transmisi pilihan, sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.

Memandangkan tiada perubahan mekanikal, maka sudah pasti Perodua perlu menitik beratkan suntikan rekaan dalaman dan luaran yang lebih segar. Sekali pandang, pada bahagian hadapan Alza ini kelihatan seperti Perodua Myvi model terkini. Dengan bampar dan gril yang sedikit tebal dan lampu utama projektor membujur tanpa suar (blinker).
Pada bahagian belakang pula, terdapat lingkaran berwarna hitam yang mengelilingi cermin belakang. Dan logo Perodua dan emblem bagi Alza terletak pada bahagian bawah lingkaran tersebut.


Buat pertama kali, Perodua turut menawarkan varian SE bagi Alza dengan tambahan kit badan yang lebih sporty.
Manakala bagi rekaan dalamanya juga diberikan sedikit sentuhan baharu. Antaranya rekaan meter kluster yang lebih stylish, tempat rehat lengan di bahagian konsol tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang turut berfungsi sebagai kotak storan, kekemasan ruang kabin dengan dua tona warna hitam dan kelabu menawan.


Selain daripada itu, elemen tambahan yang menarik juga ada ialah penyambung bagi ISOFIX, dan kemudahan kerusi penumpang di barisan ketiga yang boleh dilipat bagi memberikan ruang yang lebih luas terutamanya jika ingin memuatkan barangan di bahagian kargo.
Untuk varian Advanced, Perodua turut menampilkan sistem multimedia baharu termasuk monitor pada bumbung bahagian dalaman dan sistem navigasi yang dilengkapi dengan fungsi kamera undur.
Menekankan aspek keselamatan, Alza baharu ini yang menerima pengiktirafan empat bintang daripada ASEAN NCAP turut dilengkapi dengan beg udara berkembar, ABS, EBD, dan Bantuan Brek (BA). Manakala sistem brek yang dipilih ialah Vertilated Discs untuk bahagian hadapan dan brek dram di belakang.
Perodua Alza 2014 ini didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Ivory White, Ebony Black, Glittering Silver, Mystical Purple dan Passion Red.
Dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM52,400 untuk Standard (MT), dan RM55,400 bagi Standard (AT). Manakala untuk varian SE pula ialah RM56,400 (MT) dan RM59,400 (AT). Bagi varian Advanced pula ialah RM64,000.
Menurut Perodua, harga yang ditawarkan ini telah diturunkan antara 2.1% hingga 7.4% berbanding dengan model terdahulu. Pembelian Alza ini turut didatangkan dengan tiga tahun jaminan termasuk servis secara percuma.
Spesifikasi :
  • Enjin : 1.5 liter DOHC 16-injap dengan DVVT
  • Transmisi : Manual 5-kelajuan/Automatik 4-kelajuan
  • Kuasa maksimum : 104 PS @ 6,000rpm
  • Tork maksimum : 136 Nm @ 4,400rpm
  • Sistem suspensi : MacPherson Strut dengan gegelung spring (hadapan) & Torsion Beam dengan bar penstabilan (belakang)
  • Tayar : 185/55 R15
  • Kapasiti tangki bahan api : 42 liter

TUDUHAN NEDIM TIDAK SERIUS,HANYA MAHU BERSERONOK SAHAJA? – IBU NORA DANISH LUAH PERASAAN GERAM


“Jangan la korang bercakap seperti mengenali beliau padahal langsung tidak”

Itulah kata-kata yang diluahkan oleh ibu Nira Danish menerusi lamn sisial miliknya.Geram dengan komen negatif, ibu pelakon itu, Salimah Talib bangkit mempertahankan kenyataan Nedim melalui laman Facebook.

kenyataan Nedim Nazri yang menafikan dia akan melamar pelakon, Nora Danish pada tahun ini mengundang pelbagai pandangan di kalangan peminat termasuklah para ‘haters’ mereka.

Bagi yang berfikiran positif, mereka menganggapnya sebagai jawapan selamat bagi mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari jika apa yang dirancang tidak menjadi.Namun, pada masa yang sama, ada pula yang menganggap Nedim tidak serius dengan Nora dan hanya mahu berseronok sahaja.


Berdasarkan luahan yang dikatakan oleh ibu Nora juga ada betulnya,daripada memberikan kenyataan tergesa-gesa lebih baik Nedim dan Nora berjaga-jaga.Kita hanya boleh merancang dan yang menentukannya adalah maha pencipta.

UPDATE: 11 Gambar kemalangan ngeri Lotus Elise berkecai dekat RnR Pagoh


Satu kemalangan baru sahaja berlaku lebih kurang 1 tengah hari tadi di KM147.2 dari arah Pagoh menuju ke Tangkak, Lebuh Raya Utara Selatan.

Kemalangan melibatkan sebuah kereta Lotus Elise yang dipandu laju sehinggakan 3 tayar dan pintu kereta itu tercabut. Pemandu merupakan lelaki warga Singapura. Proses pengalihan kenderaan sedang dijalankan ketika ini.

UPDATE:

1) RALAT- menurut saksi ditempat kejadian,  lelaki tersebut masih hidup walaupun cedera parah di kepala.


Reka bentuk kereta di atas nampak pelik, namun mungkin jenis Lotus Elise tanpa bodykit seperti gambar dibawah:


Lagi Gambar (Daily Traffic Report via MD Khairul):















Thursday, January 9, 2014

ISU BAKAL NIKAHI NORA DANISH – AKHIRNYA NEDIM LUAH PERASAAN


Nedim  atau Mohamed Nedim Nazri , dimana lelaki yang dikaitkan sebagai kekasih aktres Nora Danish,meluahkan perasaan menafikan desas-desus mereka bakal mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Nedim, 31, juga menegaskan, dia dan Nora tidak pernah membincangkan rancangan tersebut.
Anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu menegaskan demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat sempena ulang tahun kelima anak Nora, Putera Rayqal Rizal Ashram di Ampang, Hulu Klang di sini semalam.

"TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG YANG MENGHIDUPKAN PERKONGSIAN INI"

KEJAM.. Budak Ditembak, Ibu Disamun Di ATM



TIDAK  diketahui lokasi video ini dari mana dan bila ia berlaku tetapi masalah jenayah yang berlaku di dalamnya turut terjadi di negara kita Malaysia.
Video menunjukkan kejadian seorang wanita disamun dua lelaki di sebuah mesin pengeluaran wang automatik.
Sedang mangsa mengeluarkan wang, datang dua orang lelaki menaiki motosikal berhenti di depam mesin ATM menunggu saat sesuai untuk bertindak.
Sebelum kejadian juga terdapat dua orang lain yang kemungkinan sedang menunggu giliran untuk turut mengeluarkan wang.
Apabila duit telah dikeluarkan seorang lelaki meluru ke arah wanita berkenaan dan mengacukan sepucuk pistol tetapi wanita itu enggan menyerahkan wangnya.
Ekoran ketakutan dan bimbang keadaan wanita itu yang mungkin ibunya, seorang kanak-kanak perempuan tiba-tiba keluar dari kereta untuk pergi kepada mangsa.
Malangnya, lelaki yang sedang menunggu di atas motosikal mengeluarkan pistol lantas tanpa rasa bersalah menembak kanak-kanak itu sehingga menyebabkan ibunya terkejut dan wang terjatuh ke tanah.
Lelaki tadi mengutip wang berkenaan dan kedua-duanya melarikan diri tanpa ada rasa bersalah pun di wajah mereka.
Kepada anda, eloklah buat pengeluaran wang di waktu siang bagi mengelakkan kejadian yang sama berlaku.
Jika perlu sangat membuat pengeluaran pada waktu malam, eloklah ia dilakukan di mesin ATM yang terletak di kawasan yang mempunyai ramai orang dan bercahaya terang.
Kasihan kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa keadaan. - IBNU K/Mynewshub.my
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger