Monday, June 30, 2014

MUMTAZ BEGUM : MANUSIA SEPARA MUSANG TARIKAN PELANCONG DI ZOO PAKISTAN (9 GAMBAR)

Zoo Negara ada Panda dari China yang kini menjadi tarikan rakyat jelata. Di Zoo Karachi mereka ada Mumtaz Begum sebagai penarik pelawat. Mumtaz Begum ialah wanita dengan badan separa musang yang sudah menjadi tarikan pelancong sejak 35 tahun yang lalu. Orang ramai akan datang melawat manusia hibrid ini untuk menilik nasib, menanyakan soalan peperiksaan dan juga meminta jodoh. Setiap pengunjung akan membaway Rp 10 untuk melihat dan meminta tilikan dari Mumtaz.

Yang menariknya disini ialah Mumtaz Begum sebenarnya seorang lelaki bernama Murad Ali (31). Beliau melakonkan watak Mumtaz sejak 16 tahun yang lalu sejak kematian bapa beliau yang merupakan pelakon asal aksi karnival ini. Beliau terpaksa berlakon sebagai Mumtaz lengkap dengan solekan tebal selama 12 jam sehari. Pada asalnya Mumtaz hanyalah tarikah fun fair yang menarik perhatian orang ramai. Lama-kelamaan kerana popular beliau mula dipamerkan di dalam zoo ini untuk tontonan umum. Ramai tahu Mumtaz bukanlah haiwan hibrid musang tetapi hanyalah helah Murad Ali dan bapa beliau tetapi kerana ianya tarikan turun temurun, tarikan ini dikekalkan di dalam zoo.


Macam-macam gimik dilakukan untuk menarik pelawat. Kami pernah lihat tarikan serupa masa duduk di kedah. Fake gila siak!





BERSEDIH DENGAN KEKALAHAN SEPANYOL? MARI LAYAN PENYOKONG WANITA MEREKA

Espana sudah hangus di Brazil. Kekalahan di tangan Chile tadi memastikan Sepanyol gagal mempertahankan gelaran mereka. Oleh itu janganlah bersedih. Mari lihat kecantikan gadis Sepanyol dan lupakan kesedihanmu wahai fake Spanish fans of Malaya.



SELAMAT TINGGAL ITALI : MARI LAYAN PENYOKONG WANITA MEREKA (15 GAMBAR)

Italiano.......Team yang agak kuat tetapi kini menerima nasib yang sama seperti England. Boleh kembali ke rumah dan makan pizza sehingga muntah. Mario Balotelli boleh kembali ke pangkuan tunang yang cantik beliau. Lucky guy!





PANAS! Nina Iskandar Tampil Beri Penjelasan SEBENAR Isu Buka Tudung Lepas Berhijrah!!



Peminat Kecam Tindakan Nina Iskandar Buka Tudung Lepas Berhijrah - Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 23, sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Beliau terkenal dalam filem terbaru lakonannya berjudul "Raya Ni Mesti Khawin" yang bakal bersiaran tidak lama lagi.

Sebelum ini menerusi akaun Instagram miliknya, tindakan Nina memuat video dan gambarnya yang tidak memakai tudung dan menampakkan rambut mencetuskan kontroversi dan persoalan segelintir peminatnya walaupun sudah berhijrah awal april lalu.

Hari ini menerusi Mstar Online, Nina tampil beri penjelasan sebenar punca dia membuka tudung dan betulkah dakwaan berkenaan? . Katanya:

"Saya benar-benar berhijrah akhir bulan april lalu dan insyaallah ianya akan berterusan"

"Pengembaraan drama 'Raya Ni Mesti Khawin' dibuat sebelum saya berhijrah lagi, jadi tolong faham dan jangan menuduh jika tidak mengetahui perkara sebenar" katanya

EKSLUSIF: Punca Sebenar Zizan Razak TINGGALKAN Melodi TV3!


Umum mengetahui, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak secara rasminya sah meninggalkan rancangan Melodi sebagai pengacara sekitar tengahari Ahad, 29 Jun 2014 dengan alasan sudah tamat kontrak.

Bagaimanapun, ramai peminat tidak percaya alasan itu ialah punca sebenar beliau nekad meninggalkan Melodi. Kalau menurut sumber lain, ada yang mendakwa perselisihan faham dengan rakan kongsi, Marina Juki tentang isu pembekuan akaun syarikat Wire Fame Entertainment (WFE) sebagai antara punca sebenar.

Selain itu, Zizan turut didakwa mahu meninggalkan Melodi kerana ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya dengan pihak Astro yang bernilai jutaan ringgit.

Apapun, jawapan sebenar hanya ada dalam hati Zizan. Mungkin beliau lebih senang memendam rasa daripada mencanang cerita kepada pihak wartawan.

Bermula Huruf 'R'... Felixia Yeap Akhirnya Dedah Nama Baru yang Bakal Dipilihnya!




"Saya selalu letak huruf 'R & R' di hashtag saya, tetapi itu bukan nama teman lelaki sebagaimana yang diteka oleh segelintir pihak. Ia sebenarnya ada kena mengena dengan nama baru saya," ujar Rania kepada media. 







































Rania merupakan nama Islam yang dipilih oleh Felixia Yeap, 28, yang bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania. 

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yang Mempersona'. 

Terdahulu ketika menjawab soalan mengenai kenapakah dia melambatkan niat baik untuk melafazkan dua kalimah syahadah dan bagaimana jika tiba ajal awal dan tidak sempat memeluk Islam? Jawab Rania, itu semua kuasa Allah SWT. 


"Saya memang sudah mempercayai tiada Tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Oleh itu, saya sudah dikira sebagai seorang muslim. Cuma pada 3 Julai itu, saya tinggal melafazkannya sahaja," jelasnya. 

Dayana dan Sakinah tidur sekatil, Ashraf di ruang tamu


Ini kerana menurut Dayana, walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, namun apabila dirinya datang berehat ke rumah Sakinah, dia dan madunya itu serta anak tirinya, Sarah akan tidur sebilik manakala Ashraf tidur di ruang tamu.
Memetik Harian Metro, Dayana berkata, “walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu”.
Selain itu, Dayan turut mengakui sering keluar membeli-belah bersama Sakinah kerana mereka berdua berkongsi cita rasa yang hampir sama.
“Kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah,” katanya.
Sementara itu, Ashraf juga mengatakan hubungan kedua-dua isterinya kini sudah semakin rapat dan erat seperti rakan baik.
Ashraf juga mengatakan sering membawa keluarganya ke majlis-majlis ilmu untuk menambahkan bekalan agama bersama-sama.
Baguslah begitu kalau Ashraf pandai mengemudi kedua-dua rumah tangganya kerana memang tidak mudah untuk berpoligami.
Harapnya Ashraf akan terus berlaku adil di antara Dayana dan Sakinah dan semoga keharmonian mereka sekeluarga akan kekal sehingga hujung nyawa. – MYNEWSHUB.MY
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger