Sunday, June 29, 2014

Lelaki Kacak Ini Berubah Pelahan-Lahan Menjadi Wanita Cantik

One Man’s Journey to Becoming a Woman











GAMBAR LELAKI BUNUH DIRI DI KOTA BHARU


Seorang lelaki yang dipercayai berbangsa melayu bertindak terjun bunuh diri dari bangunan Wisma Persekutuan Kota Bharu, Kelantan.

Gambar mangsa tersebar di laman sosial sejak semalam. 

Identiti mangsa dan punca kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib. Mayat telah dihantar ke Hospital berdekatan untuk bedah siasat.

GAMBAR MODEL TUDUNG FAREEDA LEBIH CANTIK DARIPADA MAWAR ABDUL KARIM ISTERI FIZO OMAR?


Di laman forum cari hari ini sedikit kecoh apabila seorang penggiat forum telah memuatnaik tiga keping gambar model terkini tudung Fareeda yang dikatakan jauh lebih cantik daripada Mawar Abdul Karim, isteri pelakon Fizo Omar.

Benarkah dakwaan mereka ini? Dan siapa agaknya gerangan model tersebut yang terpilih untuk menggayakan tudung ekslusif dari Fareeda? Bukan sahaja tinggi malah memiliki raut wajah yang cantik dan jelita. Nak tengok, mari layan tiga gambar di bawah.



HILANG RASA MALU, REMAJA KONGSI AKSI LEPAS BER Z I N A DI INSTAGRAM

HILANG RASA MALU, REMAJA KONGSI AKSI LEPAS BERZINA DI INSTAGRAM

HILANG RASA MALU, REMAJA KONGSI AKSI LEPAS BERZINA DI INSTAGRAM | Kalau pun agama dicampak ke tepi, kita masih terikat dengan budaya Melayu yang mementingkan adab kesopanan.

Tapi kalau dah selamba kongsi gambar di ranjang dengan orang ramai, nak cerita pasal kesopanan apa lagi kan?

Kalau ditengok gambar di atas bentuk hidung dan kulit saja rasanya dah tahu apa bangsa mereka.

Namun mungkin atas niat mahu menunjukkan kebahagiaan agaknya maka budak dua ekor ini tak ada rasa malu langsung untuk jadikan gambar ini tatapan umum di laman Instagram.

Apakah mereka tidak terfikir kalau gambar ini ditatap oleh keluarga atau ibu bapa mereka?

Malah kalau pasangan suami isteri sekali pun, perkongsian gambar begini amat memalukan.

Apa pun mengambil berkat Ramadan yang bermula esok, marilah kita doakan semoga kedua-dua budak ini diberikan hidayah oleh Tuhan agar punya rasa malu.

PENYANYI KELAB GUNAKAN BENDERA MALAYSIA UNTUK MENUTUPI BADAN MEREKA YANG TANPA PAKAIAN...



Ianya berlaku disebuah kelab malam dipenang kita tidak tahu sama ada mereka memakai pakaian separuh bogel atau bogel. Tetapi mengikut sebuah page di facebook mengatakan mereka tidak memakai sebarang pakaian. Kenapa perlu mempergadaikan Maruah Bendera Malaysia. Mereka seolah-olah tidak menghormati bendera Malaysia dan juga Hari Kemerdekaan~!



inikah semangat cintakan negara atau hanya permainan???

SUAMI LIHAT SENDIRI KECURANGAN IZREEN DAN AMAR - WARTAWAN

SUAMI LIHAT SENDIRI KECURANGAN IZREEN DAN AMAR - WARTAWAN

SUAMI LIHAT SENDIRI KECURANGAN IZREEN DAN AMAR - WARTAWAN | Mereka yang mengikuti isu perceraian pelakon Izreen Azminda pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cerita yang Cik Pang ingin kongsi ini memang panas.

Cerita terbaru yang Cik Pang dengar, ada dakwaan mengatakan punca perceraian Izreen dan bekas suami, Muhamad Riza Baharuddin disebabkan munculnya pihak ketiga.

Lebih pedih apabila orang ketiga yang dimaksudkan itu dipercayai pelakon gandingannya dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.

Kata kawan Cik Pang, hubungan Izreen dan Amar mula dikesan melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu di set penggambaran drama itu.

Malah, apabila hubungan itu dapat dihidu bekas suami, masa itulah Izreen diceraikan di set penggambaran. Dengarnya, lafaz cerai itu berlaku selepas Riza datang dan melihat sendiri ‘kecurangan’ Izreen di lokasi.

Walaupun pelakon itu pernah menafikan punca perceraian akibat orang ketiga atau masalah kewangan dialami mereka ketika masih bergelar suami isteri, ia adalah sebaliknya.

Apatah lagi kawan Cik Pang pernah bercerita dan terbaca beberapa status dimuat naik di laman sosial milik Izreen seolah-olah gelisah kerana berdepan masalah rumah tangga, termasuk berkaitan masalah kewangan.

Cuma pada waktu itu, tak ramai dapat hidu sebab Izreen pandai ‘cover-line’ susun ayat baik punya! Hinggalah apabila isu ini dibawa ke peringkat perceraian, baru satu demi satu isu mula timbul. Segala macam ‘mak nenek’ dan aib masing-masing mula terbongkar.

Cik Pang hanya mampu beristighfar bila dengar cerita disampaikan kawan Cik Pang ini. Kalau ada masalah rumah tangga sekalipun, pasti ada jalan terbaik untuk diselesaikan, bukan dengan membebankan pasa­ngan masing-masing.

Tapi nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Cik Pang cuma berdoa semoga mereka selesaikan isu ini dengan cara elok dan berhemah sebab masing-masing tahu kekurangan dan kelebihan sendiri.

Apa sekalipun, kita tunggu saja apa komen mereka mengenai pendedahan panas Cik Pang ini. Betul tak?

INFO!! Negara Paling Kecil Di Dunia..


Negara paling kecil didunia yang letaknya di laut lepas sekitar 13 kilometer dari Suffolk, United Kingdom. Luasnya hanya 4 km persegi.

Sealand bukan sebuah pulau, melainkan struktur bangunan di tengah laut yang didukung oleh dua menara besar. Jadi tak ubah seperti rig gerudi minyak. Walau tanpa perlombongan minyak tentunya.

Struktur ini dibina oleh Tentera Laut Kerajaan Inggeris. Namun pada tahun 1968 mahkamah memutuskan struktur tersebut berada di wilayah perairan antarabangsa, dan ertinya di luar bidang kuasa Inggeris.

Kemudian datanglah sekumpulan orang dari Belanda ingin mengambil alih Sealand. Seorang lelaki bernama Michael Bates melawan dengan menggunakan helikopter. Bates menang, dan ia menobatkan diri sebagai Pangeran Sealand.

Hebatnya, Sealand mempunyai setem sendiri, lagu kebangsaan, wang, hingga bendera kebangsaan. Ironis, kewujudan Sealand jadi polemik bagi dunia antarabangsa. Negara ini tidak menjadi anggota PBB, dan pada tahun 1987 Inggeris memperluaskan wilayah perairannya hingga mendakwa Sealand masuk ke dalam kekuasaan Inggeris.

Walau demikian Bates tetap melawan dan mengemukakan banyak hujah kalau Sealand sah menjadi negara yang berdaulat. Alasannya tetap, Sealand tidak masuk wilayah negara mana pun saat dibina. Tambahan pula, orang-orang Belanda yang kalah melawan Bates ditahan dalam penjara dan banyak negara yang menyeru agar Bates membebaskan mereka. Ini bermakna, kalau Sealand bukan negara, mana mungkin mereka meminta hal tersebut?

Menurut wikipedia, jumlah populasi di Sealand pada 2004 berjumlah 27 orang dan terkini hanya tinggal 4 orang..



◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger