Monday, March 24, 2014

#MH370: TERSANGAT PILU, 10 GAMBAR RAUT WAJAH KELUARGA MANGSA SELEPAS PENGUMUMAN TRAGEDI MH370

 
Tidak dapat dibayangkan bagaimanakah perasaan keluarga penumpang MH370 setelah dimaklumkan mengenai berita terbaru pesawat tersebut yang disahkan berakhir di Lautan Hindi, Barat Perth.

Keluarga mangsa warga China nampaknya lebih emosional apabila meratapi nasib kehilangan ahli keluarga mereka malam tadi.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakam menunjukkan suasana hiba kaum keluarga penumpang MH370. 

Takziah dan Al-Fatihah.


Selamat Omar, ayah kepada jurutera MAS, Mohd Khairul Amri Selamat yang turut berada di dalam pesawat MH370 sebak sebaik sahaja menerima perkhabaran buruk itu.







Seorang ahli keluarga mangsa warga China di Beijing pengsan ketika dimaklumkan wakil MAS dalam perjumpaan tergempar malam tadi. Beliau terpaksa diusung keluar dari dewan dan dibawah ke hospital terdekat.







Anak kepada Ketua Pramugara, Maira Elizabeth Nari seolah-olah pasrah menerima berita sedih itu. Melalui twitternya, Maira mengatakan bahawa tuhan lebih menyayangi ayahnya.



Kredit Gambar: NST/stuff.co.nz/Twitter

Amoi Cun 17 Tahun Ni Merupakan Pel@cur Paling Laris Di Singapore!

Daripada Itali hinggalah ke Colombia dan Amerika Syarikat, isu skandal sex adalah paling popular buat masa ini. Mengejutkan pula apa yang berlaku di selatan tanahair, Singapura, negara yang membenarkan industri pelacuran itu turut bergelumang dengan skandal seks ini.
Kisah mengenai seorang gadis escort bawah berusia 17 tahun pada tahun 2010, yang menipu mengenai umurnya untuk berkhidmat di sebuah agensi pelacuran bakal mendedahkan permasalahan yang berangakai.
 
Ini termasuklah penglibatan beberapa pelanggan yang berjawatan utama di dalam kerajaan seperti pengetua sekolah yang terpaksa melepaskan jawatannya akibat dari perkhidmatan yang diberikan. Pengetua itu membayar $1000 untuk adakan hubungan seks dengan pelacur yang berusia 17 tahun.


Berikut adalah contoh iklan yang dipaparkan oleh agensi tersebut:
Chantelle
18 yrs old, Singapore Chinese
Student and Part Time Model
1.60m tall, 48kg, Cup C.
Bubbly girl. New to escort trade.
Berikut adalah screen shot iklan dari lama web agensi tersebut sebelum di sekat oleh pihak berkuasa Singapura.

 
Sumber mendedahkan nama sebenar gadis tersebut adalah Step dan beliau adalah pelajar di ITE. Lelaki-lelaki yang terlibat menyangkakan mereka melakukan hubungan seks dengan wanita berusia 18 tahun, tetapi akhirnya terkantoi apabila usia sebenar gadis itu baru mencecah 17 tahun.
 
 
Sumber turut mendedahkan, 44 orang telah ditahan, termasuklah pengetua sekolah, pegawai bank, pegawai kerajaan, peguam dan ramai lagi akibat dari pembohongan yang dibuat oleh gadis ini.

3 GAMBAR NGERI KEMALANGAN VELLFIRE REMPUH LORI, 3 BERANAK MAUT


Bandar Baharu: Tiga sekeluarga maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Kilometer 170 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran sempadan Bandar Baharu-Nibong Tebal, dekat sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bandar Baharu Asisten Superintenden Azmi Abu Bakar berkata, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dalam perjalanan dari arah Bandar Baharu ke Pulau Pinang.



"Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah isteri pemandu berusia 36 tahun serta dua anak mereka berusia lima dan satu tahun.

"Suami mangsa berusia 36 tahun dan anaknya berusia dua tahun serta pembantu rumah warga Filipina cedera parah dan dihantar ke Hospital Parit Buntar, Perak.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat," katanya. -Metro

8 GAMBAR BIADAB 3 WANITA TIDAK PAKAI BAJU GANGGU FORUM ISLAM



Satu forum agama di Berlin bertukar menjadi kecoh apabila 3 wanita yang dipercayai anti islam bertindak 'menceroboh' forum itu tanpa memakai baju. 

Tindakan mereka itu memaksa pengawal keselamatan mengheret mereka keluar dari bangunan.

3 wanita biadab itu juga turut menaiki pentas di tempat beberapa penceramah sedang berbicara mengenai Islam.








Mereka terjerit-jerit mencaci Islam.

Wanita yang dipercayai dari kumpulan Femen yang diasaskan di Ukraine itu mempromosikan mesej perjuangan hak wanita dan membantah kerajaan serta pertubuhan yang tidak sehaluan dengan matlamat kumpulan sesat itu.

Femen menyelar sistem perundangan Islam dan mendakwa agama itu yang menjadi punca kepada semua jenayah.

Kehadiran 3 wanita itu ke forum berkenaan adalah sebagai bantahan terhadap pihak berkuasa Berlin yang menawarkan platform dan menyokong masyarakat Islam. - Daily Mail

25 GAMBAR AWAL ASHAARI & SCHA AL YAHYA BULAN MADU DI UK



Walaupun sedang hamil, Scha nampak masih aktif dan bersemangat menemani suaminya berjalan-jalan. Orang kata banyak berjalan nanti senang ketika nak beranak. sumber

























◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger