Saturday, March 22, 2014

KEJAM ! BAYI DI BUANG DI SUNGAI

Sebuah gambar mengerikan dari bayi yang baru lahir tenggelam di sungai telah menyebabkan kemarahan di China selepas muncul di laman jejaring sosial tempatan.

Gambar yang diambil dari sungai di selatan timur China tampak menunjukkan bayi yang meninggal mengenakan baju monyet dan lampin beberapa hari selepas bayi telah ditinggalkan di dalam air.

Foto ini telah mengejutkan pengguna internet di China yang telah menetapkan carian dalam talian untuk penggunaan tentang identiti bayi.

'Meninggalkan bayi bukanlah perkara baru tetapi kebanyakan orang melakukannya di tempat di mana anak akan mempunyai pilihan hidup baru, "kata seseorang.


'Pembuangan bayi di sungai tidak berperikemanusiaan,'

China mempunyai dasar satu-anak, diperkenalkan pada tahun 1979 untuk menjaga populasi negara di bawah kawalan, yang mengehadkan pasangan bandar untuk mempunyai hanya satu anak. SUMBER

Friday, March 21, 2014

BIADAB! CHEF WAN DIKECAM TIDAK SENSITIF, PERSENDA PENEMUAN OBJEK MH370

Gara-gara satu gambar yang diupload dalam Instagram, Chef Wan dikecam hebat kerana dituduh mempersendakan penemuan objek dikatakan pesawat MH370.

"2 object di Perth dan satu ni i ingatkan ya la sebahagian dari pintu kapal terbang MAS. Tapi setelah di teliti rupanya ianya sebahagian dari Pintu Jamban Rumah Cik Kiah di pantai Morib yg telah usang rupanya..Adoi frustnya." Caption Chef Wan dalam gambar tersebut."


Ramai yang memberikan komen negatif dan mendakwa Chef Wan tidak sensitif terhadap keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden MH370.

Sham Kamikaze turut mengkritik tindakan Chef Wan di dalam akaun Facebooknya.

"Astaghfirullah. Tak perlu jadi alim ulama untuk berperikemanusiaan, cukuplah menjadi MANUSIA!"



Mungkin menyedari dirinya dikecam ramai peminat, Chef Wan mengambil keputusan mengeluarkan gambar tersebut dari akaun instagramnya.

Nampaknya, kini pengkritik pula dikritik.

Thursday, March 20, 2014

GEMPAR! 5 GAMBAR NGERI MAYAT AHLI PERNIAGAAN DIKELUARKAN DARI SIMEN DALAM TONG


Port Dickson: Penahanan enam suspek berhubung kes samun dan bunuh di Cheras baru-baru ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong, petang tadi.

Difahamkan, penemuan itu berikutan hasil soal siasat yang dijalankan sebelum dua daripada enam suspek terbabit mengaku membunuh ahli perniagaan itu. 

Sumber polis berkata, dua suspek terbabit kemudian dibawa polis ke Bukit Pelandok, Lukut, iaitu lokasi mayat itu ditanam, kira-kira 6 petang. 

"Pemeriksaan forensik menemui tong berisi simen yang dicampak di tepi jalan ke Bukit Pelandok itu.

"Difahamkan, mangsa dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu," katanya.

Mangsa dipercayai ditembak sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam tong dan disimen kemudian ditanam di lokasi kejadian. -Harian Metro

Sumber Gambar: JABATAN BOMBA & PENYELAMAT MALAYSIA melalui Facebook rasmi mereka berkongsi bagaimana proses memecahkan simen untuk mengeluarkan mayat seperti dibawah:





#MH370: "INILAH DIA!" KAPTEN NIK AHMAD LUAHKAN KEYAKINAN OBJEK YANG DITEMUI ITU ADALAH PESAWAT YANG HILANG

Bekas ketua juruterbang Serantau Malaysia Airlines, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain ketika diwawancara pemberita TV3 menyatakan keyakinan tentang objek yang ditemui satelit Australia adalah sebahagian rangka pesawat MH370.

"Inilah dia" - Kata Kapten Nik Ahmad Huzlan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik menyatakan itu adalah pendapat peribadinya semata-mata. Beliau melihat beberapa perkara seperti berikut:

  • Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan yakin di hadapan Ahli Parlimen.
  • Pengumuman oleh Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menunjukkan bukti spesifik seperti Peta, Koordinat dan dimensi panjang objek.
  • Pengumuman itu amat jelas dan spesifik tanpa sebarang info konflik. Sehinggakan wartawan tidak perlu bertanya lebih lanjut.
  • Australia terkenal dengan profesionalism. Mereka memiliki pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka tidak akan memberitahu PM sekiranya bukti tidak kukuh.
  • Akauntabiliti dan kredibiliti pasukan SAR Australia amat tinggi walaupun meletakkan info "kemungkinan".
  • Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesanan, P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.
Ketika di tanya apakah objek pada bahagian pesawat itu:
  • Dimensi objek 24 Meter.
  • Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat(Pengimbang pesawat)
  • Ini berikutan imej berbentuk persegi
  • Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan.


Beberapa andaian yang turut dibuat Kapten Nik:
  • Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat.
  • Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.

Walaubagaimanapun, Kapten Nik mengatakan ini hanyalah permulaan yang dilabelnya sebagai BAB 1- Penemuan. Menurutnya lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat, kos dan siasatan.

6 Foto: Gambar Emma Maembong bercuti di Phuket, Thailand



Pelakon pujaan ramai, Emma Maembong kini sedang menikmati sebuah percutian di Phuket, Thailand bersama adik-beradik dan rakannya yang lain.
Melalui laman sosial Instagram miliknya, Emma Maembong telah berkongsi beberapa gambar menarik semasa keberadaannya di sini buat tatapan peminat setia.
Apa pun, jom terjah beberapa video dan gambar Emma Maembong bercuti di Phuketyang Katak Comel paparkan di bawah ini.







Wednesday, March 19, 2014

PANAZ! "DIA YANG MINTA SAYA PELUK" - TAUKE RAJA LAWAK

 

Semalam apabila melihat beberapa keping foto ‘mesra’ Tauke Raja Lawak bersama beberapa orang gadis di sebuah kelab malam yang telah tersebar di blog-blog hiburan tempatan.

Foto daring tersebut secara tidak langsung telah mengaitkan Tauke dengan kontroversinya dulu dan pelawak ini turut digelar ‘kaki perempuan’.

Bagaimanapun, Tauke yang dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa dia sedia maklum mengenai perkara itu dan tidak merasakan bahawa imejnya akan tergugat dengan penyebaran foto tersebut.

“Sebenarnya gambar itu gambar lama. Dah pernah keluar pun sebelum ini dalam internet, cuma kali ini lebih kecoh apabila masuk dalam banyak blog hiburan.

Saya akui memang saya ada di kelab tersebut bersama kawan-kawan selepas selesai sesi penggambaran. Tetapi, saya tidak kenal pun siapa wanita itu dan dia yang minta saya peluk.

Saya cuma menjaga hati peminat apabila meminta untuk bergambar bersama saya. Jadi, saya rasa saya perlu lebih berhati-hatilah selepas ini supaya perkara ini tidak terjadi lagi.”

Tauke turut menambah bahawa dia tidak tahu siapa yang menjadi dalang penyebaran gambar tersebut dan tidak berani menuduh mana-mana pihak.

“Dulu memang saya kerap ke kelab malam, tapi sekarang saya dah tak pergi langsung. Malah, agak tidak wajar jika ada pihak yang mahu mengaitkan perkara ini kes perceraian saya kerana isteri saya dulu memang akan sentiasa bersama saya 24 jam, saya pergi mana-mana pun akan ada dia.

Tapi nak buat macamana, jodoh itu ketentuan Allah SWT. Takpelah, bagi saya benda yang dah lepas tu, biarlah lepas. Namun, saya juga tak nafikan yang kita tak boleh tutup mulut orang. Bukan semua orang suka pada kita kan?”

Dalam pada itu, Tauke yang baru sahaja selesai menjalani sesi penggambaran filem ‘Hantu Bungkus Ikat Tepi’ berharap agar isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana dia kini sudah berubah dan mahu fokus pada kerjayanya sahaja. sumber

Wednesday, March 12, 2014

#MH370: KETAHUI 5 TEORI PERKARA YANG MUNGKIN BERLAKU KEPADA PESAWAT



Pencarian pesawat hilang Boeing 777 - MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) semenjak Sabtu lalu membuka pelbagai teori mengenai nasib yang menimpa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu yang sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Meskipun pelbagai spekulasi yang timbul, namun tidak salah untuk kita baca dan mempercayainya? Selidiklah terlebih dahulu.

Infografik di bawah adalah 5 teori yang menjelaskan apakah kemungkinan yang berlaku pada pesawat MH370 Boeing 777-200 itu:

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger