Wednesday, March 12, 2014

WAJIB TENGOK! Video Bomoh cuba mencari pesawat MH370


Berikut merupakan video yang trending sekarang. Video ini mendapat banyak kritikan berkenaan hal ini. Apa apa pun jom la tengok video bomoh cuba untuk mencari kapal terbang ini. Nak percaya atau tidak terserah kepada anda semua. Tapi admin tak percaya la benda-benda camni. Lebih baik berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah swt. Itu yang admin rasa yg terbaik

Friday, March 7, 2014

SENARAI PENUH NAMA PENUMPANG PESAWAT MAS MH370 YANG HILANG


Sehingga kini, pesawat MAS MH370 belum ditemui. Namun menurut berita sebelum ini dari akhbar utama negara Vietnam menyatakan bahawa pesawat milik MAS itu terhempas di Laut China Selatan seperti yang dilaporkan oleh mStar dan Al-Jazeera.

Kes pesawat MAS MH370 ini hilang dan terputus hubungan dengan Pusat Kawal Trafik Udara Subang ini mendapat perhatian media seluruh dunia.

Namun ada juga yang mengambil kesempatan menokoknambahkan cerita kononnya pasukan penyelamat berjaya mengesan signal yang dihantar dari pesawat tersebut. Tidak kurang juga ada yang menganggap terhempasnya pesawat MAS itu bagus kerana kerajaan zalim.

Macam macam... 

Di bawah adalah senarai nama para penumpang dan anak-anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan: MYMEDIAHUB











BIADAB! ZED ZAIDI PERSENDA INSIDEN PESAWAT MAS #MH370 TERHEMPAS

 
 Kuala Lumpur – Beijing dan sepasti mungkin rakyat Malaysia turut terasa kerisauan ahli keluarga para penumpang dan anak kapal seramai 239 orang tersebut.

Tapi yang menyedihkan dan menyentap hati bila ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu nie dan memberi kenyataan yang sangat tak patut dikatakan, lebih-lebih lagi bila individu tersebut bergelar selebriti & pemimpin.

Zed Zaidi tadi telahpun memuatnaik satu statement yang mengundang reaksi negatif dari masyarakat dan menampakkan ciri-ciri yang tak patut dijadikan contoh kat Twitter berbunyi begini:

“Biar betik? Kapal terbang MAS yg besar gedabak tu boleh hilang? MAS Rugi, nasi lemak telanjang, asam pedas ikan takde skrg kapal hilang!”


Beberapa artis seperti Erma Fatima, Khir Rahman & Hafiz Hamidun menegur perbuatan Zed Zaidi tu.

 
 
Zed dahpun membuang status tersebut dan menggantikannya dengan status baru.

MiG Online tengok cara Zed nie, dia tak habis teliti sesuatu perkara terus buat keputusan. Tak berapa elok sangat sebab dia pemimpin & selebriti, kan? Harap perkara nie jadi satu pengalaman untuk Zed Zaidi

 
 
Doakan keselamatan penumpang MH370. Amin. sumber

UPDATE: PESAWAT MAS TERHEMPAS DI LAUT CHINA SELATAN, LAPOR AKHBAR UTAMA VIETNAM



KUALA LUMPUR: Tentera laut Vietnam mengesahkan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing awal hari ini terhempas ke Laut China Selatan, lapor akhbar utama Vietnam seperti dipetik oleh Yahoo News.


Laksamana Tentera Laut Vietnam, Ngo Van Phat dipetik oleh akhbar Tuoi Tre berkata radar tentera merakamkan pesawat itu terhempas ke dalam laut 246 kilometer ke selatan Pulau Phu Quoc.

Sementara itu, satu laporan lain menyebut tentera laut China telah mengerahkan dua kapal penyelamatnya ke Laut China Selatan untuk membantu operasi menyelamat.

Laporan ini sekaligus menamatkan spekulasi sebelum ini kononnya pesawat Boeing 777-200 itu membuat pendaratan cemas di Wilayah Nanning di selatan China.

Agensi berita Xinhua sebelum ini melaporkan pesawat berkenaan tidak memasuki ruang udara China dan tidak membuat sebarang hubungan dengan pusat kawalan trafik negara itu. -AstroAwani

UPDATE:HENTIKAN SPEKULASI, PESAWAT MAS MH370 TIDAK MELAKUKAN PENDARATAN DI NANING, CHINA

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

"Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan," kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -AstroAwani

UPDATE:HENTIKAN SPEKULASI, PESAWAT MAS MH370 TIDAK MELAKUKAN PENDARATAN DI NANING, CHINA


Spekulasi mendakwa pesawat MH370 mendarat di Naning, Selatan China adalah tidak benar. Agensi Penerbangan China menafikan pekara ini berikutan tiada tanda pesawat MAS MH370 muncul di radar mereka. 


Pesawat MAS MH370 dikatakan hilang di kawasan Vietnam dan sehingga kini masih belum dalam dikesan.

Pesawat Boeing 777 adalah pesawat canggih yang digunakan MAS sejak tahun 2000. Pesawat berkenaan dilengkapi dengan auto pilot. MAS mula beroperasi semenjak tahun 1937.

MAS meminta semua pihak bersabar dan hentikan sebarang spekulasi mengenai pesawat MAS MH370.

Warga Twitter juga hangat membualkan kes kehilangan pesawat MAS terbabit. Hashtag #MH370 dan #PrayforMH370 juga terus menjadi trending serta merta. Ramai yang berharap agar semua penumpang dan anak-anak kapal pesawat berkenaan selamat mendarat. 

UPDATE: 38 WARGA MALAYSIA DALAM KAPAL, CAPT. ZAHARI TELAH BERKHIDMAT 27 TAHUN DENGAN MAS

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa penerbangan MH370 yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang membawa 227 penumpang dari 14 negara yang berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata penumpang-penumpang tersebut adalah dari negara-negara yang berikut:

China: 152 orang termasuk seorang bayi
Malaysia: 38 orang
Indonesia: 12 orang
Australia: 7 orang
Perancis: 3 orang
Amerika Syarikat: 3 orang termasuk seorang bayi
New Zealand: 2 orang
Ukraine: 2 orang
Kanada: 2 orang
Rusia: 1 orang
Itali: 1 orang
Taiwan: 1 orang
Netherlands: 1 orang
Austria: 1 orang

Ahmad Jauhari berkata juruterbang pesawat tersebut adalah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 18,365 jam.

“Zaharie berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 1981. First officer pesawat tersebut adalah Fariq Ab.Hamid yang berusia 27 tahun.

“Beliau mempunyai pengalaman jumlah masa penerbangan sebanyak 2,763 jam dan beliau berkhidmat dengan Malaysia Airlines sejak 2007,” katanya semasa suatu sidang media.


Pesawat itu dilaporkan turut membawa 12 anak kapal.

Pesawat yang berlepas pada pukul 12.41 pagi Sabtu itu sepatutnya mendarat di Lapangan Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, pesawat Boeing 777-200 itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu, lapor Astro Awani.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"SULTAN MELAKA" DATANG LAGI, KINI GILIRAN HANEZ SURAYA SASARAN BARU

Thursday, March 6, 2014

EKSKLUSIF! LUAHAN HATI ANGGOTA ATM TERHADAP DESIGNER P0NDAN, WAK DOYOK HINA UNIFORM TENTERA MALAYSIA

The Realblackdaggers pada 4 Mac lalu melalui facebook milik mereka itu, telah menyatakan kekesalan mereka terhadap pengubahan fesyen, pemakaian uniform dan penjualan kain yang menggunakan rekabentuk uniform tentera negara kita. Jom baca luahan hati kekesalan mereka di bawah: 



BERPESEN TAK KENA GAYA..

Pasukan Tentera Darat Malaysia, sebagai tunjang utama kekuatan pertahanan negara kini sudah mencapai usia 81 tahun. Kalau orang, dah nampak kedut dan bongkoknya. Namun kaya dengan pengalamannya. Namun sebagai satu pasukan, usia 81 tahun makin mematang dan memantapkan TD sebagai satu pasukan yang mengalami evolusi penuh wibawa. Dari satu nukleus pasukan kecil anak muda yang hanya bersenjatakan SLR, ia kini satu ketumbukan dengan kekuatan hampir 100,000 orang dengan 18 kor dan pelbagai aset strategik. Kehebatannya, meski ditidakkan oleh warga sendiri teraku oleh pasukan² asing yang jauh dilabel lebih hebat. Nak pula pasukan Gerak Khas yang menimpa nama sebagai satu pasukan strategik penting yang mengharumkan nama negara di pelbagai pelosok dunia. Namun kecemerlangan itu tidak datang dengan harga yang murah. Untuk menyarung uniform penuh kebanggaan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Uniform yang hanya dibuat dari kain berharga sekitar RM20 semeter, namun nilainya tak tergambar dengan kata². Tanyalah mana² anggota sekalipun, walau sekadar di mulut mereka mengutuk tetapi dalam hati mereka telah terdidik dengan rasa hormat terhadap uniform tersebut. Terutamanya uniform loreng. Rasa bangga, rasa meremang bulu roma. Semuanya termaktub dek kehormatan yang datang bersama² uniform tersebut. Kenapa? Kerana di uniform itu tersimpan kepada rahsia yang takkan difahami oleh orang awam. Kod disiplin yang membentuk jati diri dan tunjang kekuatan sebenar. Kod persaudaraan yang tidak terbentuk dari hubungan darah. Sebaliknya hubungan akrab sesama pasukan. Takkan mungkin dapat difahami oleh mereka yang tiada pendedahan.

Sayangnya dalam kita menyambut ulangtahun yang menyaksikan kemantapan pasukan ini menginjak ke dimensi baru, ada makhluk² tidak bertanggungjawab dengan sengaja melacurkan warna ini dengan pelbagai alasan. Antaranya adalah fesyen. Pelbagai corak pakaian baru direkabentuk menggunakan warna kebanggan kita ini. Menjadi pakaian² yang langsung tidak mencerminkan semangat jati diri yang terkandung dalam warna tersebut. Kita diajar memakai pakaian ini dengan cara yang sangat tertib dan ketertiban itu membentuk disiplin diri kita. Nak pakai uniform, mata MP dan RSM tajam memerhatikan setiap inci. Samada ianya dipakai betul atau tak dan yang pakai, adalah mereka yang telah pun sain mati atau dalam erti kata lain, sain demi perkhidmatan kepada negara. Uniform itu dipakai bukan untuk suka². Ia membawa bersamanya tanggungjawab yang amat besar. Kalau ikut Konvensyen Geneva, yang pakai loreng ini dalam perang ada hak untuk ditembak tanpa soal atas andaian dia adalah anggota tentera. Itu belum kira keperitan yang kita lalui demi pakaian itu. Segala latihan, operasi, semuanya diikat pada warna loreng tersebut.

Tapi, dapat kepada makhluk² ini? Warna kebanggaan itu kini dah jadi legging ketat yang menampakkan lurah punggung atau baju ketat yang menampakkan lurah dada atau segala macam fesyen yang kadangkala tak masuk dek akal. Kalau diperhatikan, macam nak tercabut jantung membayangkan. Warna itu digunakan sebagai sebahagian daripada uniform ciptaan baru. Anggota kita pakai legging masuk operasi? Atau pakai skirt dugong masuk pejabat? Aduhh..

Ianya satu trend yang dimulakan oleh golongan berpengaruh besar terutamanya artis. Tanpa pemahaman, mereka menggunakan uniform tersebut dengan cara yang cukup janggal. Loreng dikenakan dengan kasut tumit tinggi misalnya. Semuanya dihalalkan atas alasan mereka adalah artis yang berpengaruh besar. Ia kemudian dikembangkan pula dengan pak² pondan yang menggunakan uniform tentera dan pasukan keselamatan lain sebagai asas ciptaan fesyen mereka yang semakin lama semakin hilang akal bentuknya dan digayakan dengan galaknya pula oleh makin ramai artis. Ia berkembang dan sekarang, tanpa soal, ramai yang mengikut. Mungkin pakaian ala tentera menjadi trend sekian lama. Tetapi kenapa dalam nak mencipta fesyen² tak tentu arah sebegini, warna pasukan negara yang dipilih? Terbaru, warna loreng Tiger Woodlands Camo 2000 dan digital loreng baru. Anggota sendiri belum dapat edaran pakaian uniform digital baru tersebut serta fabriknya boleh didapati dengan selamba di pasaran terbuka. Yang menjual, jual tanpa 2 3 kali kira. Yang design, suka² hati taruk rekabentuk ikut suka. Apakah begitu murahnya harga uniform kita?

Dimana ketirisannya? Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Salah seorang rakan admin memberitahu, dia telah terjumpa lubuk fabrik uniform di sebuah kedai. Semua warna ada. Dari pasukan TD hinggalah pasukan keselamatan lain. Malah yang belum dipublish pun sudah ada stoknya? Amboi..mudahnya? Dan ia boleh dibeli dengan senang dan bawalah pergi ke designer² pondan yang tak tau tanggungjawab. Nak fesyen apa cakap saja. Perbuatan ini sudah semakin berleluasa. Bila tidak dibendung, natijahnya mungkin kita tak terfikir. Ada di kalangan yang membuat rekaan sebegini tidak langsung rasa bersalah. Malah bermacam alasan diberikan demi menghalalkan tindakan mereka yang terang² menghina pasukan keselamatan negara. Alasan utama? Mereka golongan berpengaruh, banyak duit, ada kedudukan. Maka mereka bebas melakukan apa saja. Walaupun meletakan maruah pasukan keselamatan di bawah tapak kaki mereka. Sedihnya, tindakan sebegini disokong pula oleh sesetengah golongan.

Adakah mereka ini merasa perit berjemur di tengah panas? Atau meninggalkan keluarga berbulan² demi bertugas? Atau merasakan peluru bersimpang siur di atas kepala? Aci lawan potong kepala ayam, taruk mereka bawah panas 5 minit dah ada yang terjerit² kata ianya adalah tindakan yang melanggar hak asasi.

Kepada yang tak reti bahasa, admin nak share sikit supaya buka mata. Pasal undang², sila baca:

1. KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.

2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)

Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau

Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti

di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)


Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:

(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu;

Maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Adakah mereka akan baca? Nope, mereka peduli apa? Kita ini yang dibayar tak berapa sen yang kena jaga keselamatan mereka. Mereka? Tak perlu ada rasa hormat akan perjuangan kita. Sebab itu merasakan mereka bebas bertindak ikut suka.

Gambar di atas adalah contoh ketara. Di sebelah kiri adalah pasangan baru kawin yang sweet kononnya macam taik. Buat potongan entah apa benda. Bergambar kononnya lepas naik jet peribadi demi menyambut perkahwinan mereka. (jet dengan pc7 pun tak kenal). 



Bila ditegur bab mereka berpakaian, tengoklah jawapannya. Kemain bongkak bunyinya. Maklumlah, orang berada. Yang di bawah pula, tuan punya Butik The Garment. Pencipta pakaian ala tentera, menggunakan celoreng tentera dan digunakan retis retis dan diikut oleh mereka yang lain yang tak nak belajar tentang Akta Kerahsiaan pakaian berkanun negara, kemudian berlagak macam dah angkat sumpah dan cap 10 jari sebagai anggota pasukan keselamatan atau agensi agensi berkaitan keselamatan, terang atau tersorok.


Wak Doyok atau dengan nama sebenar beliau. Muhammad Azwan Mohd Nor. Tidak pasti sama ada benar atau tidak, tetapi mengaku seorang kerabat dengan menggunakan nama - Tengku Muhamad Azwan Shah, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan dari salah satu universiti di Jerman. tengok sajalah cara gayanya. Cuba kalau kita yang pakai gitu, mahu kena sumpah dengan RSM. Tapi mereka bebas, kenapa? Tidak adakah tindakan yang patut diambil kepada mereka?

Warna loreng kita adalah warna keramat yang telah menyaksikan tumpahnya darah anggota kita demi membina keamanan yang kita kecapi sekarang. Lihat warna itu dan hayati sejarahnya. Jangan samakan dengan pakcik pergi bendang yang pakai loreng itu. Sekurangnya ia digunakan demi berbakti walau di ladang. Manakan sama dengan memakainya dalam keadaan yang ditukar rupa dan sifat.

Apakah tidak ada penghormatan pada warna ini sehingga ia dilacur demikian rupa? Kalau nak berpesen pun, adakah tidak ada warna lain yang boleh dipilih? Atau ini satu lagi usaha meretakkan imej dan maruah kita sebagai anggota tentera? =WRA=
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger