Wednesday, January 8, 2014

30 Gambar Majlis doa selamat sempena hari jadi anak Nora Danish

Nora Danish baru sahaja selamat mengadakan Majlis Doa Selamat untuk Hari jadi anaknya yang ke 5, Rayqal.

Namun kali ini, majlis hari jadi agak berbeza seperti kebiasaannya. Disamping para artis yang datang memeriahkan suasana, Nora Danish turut menjemput anak-anak yatim dari sebuah sekolah tahfiz. 

Menurut sumber, Fasha Sandha dan suami turut datang ke majlis ini, cuma tiada bukti bergambar sempat diambil. Ramai yang memuji penampilan Nora Danish yang comel bertudung. Apapun, jom saksikan gambar-gambar sambutan hari jadi anak beliau dibawah:




















Nenek buat laporan polis pondan tak bayar sewa bilik


SIBU – Seorang nenek berumur 58 tahun membuat laporan polis kerana seorang pondan yang menyewa bilik sewanya di Jalan Punai di sini tidak membayar sewa bilik selama dua bulan.

Penyewa berumur dalam lingkungan 20-an berkenaan dikatakan membuat pengadu geram kerana sering mengganggu ketenteraman penyewa lain di situ.

Menurut pengadu, dia sering menerima aduan daripada penyewa lain kerana penyewa tersebut selalu membuat bising dengan memasang lagu dengan kuat pada waktu malam.

Katanya, walaupun pondan tersebut telah dihalau keluar dari bilik sewanya, namun dia tetap berkeras enggan meninggalkan rumah tersebut.

Malah, pondan tersebut juga mengugut pengadu agar tidak membebel dan memberi amaran bahawa dia akan memukulnya jika dia mengarahnya keluar dari situ.

Pondan tersebut juga mempunyai seorang teman lelaki yang tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bimbang kerana berasa terancam pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di sini,pagi semalam. – The Borneo Post

Oooh my! Bernafas Bawah Trailer (18 SG)


Sebuah kemalangan yang baru lagi berlaku. Lokasi tidak diketahui. Apapun hati-hatilah menunggang atau memandu. Anda mampu mengubahnya. Gambaran video adalah seorang lelaki india yang kemalangan, terhimpit di bawah tayar sebuah Trailer dan masih hidup. Tonton jika anda ingin tonton, jika takut, main jauh-jauh.

Sanggup datang Malaysia dengan Jet Peribadi semata-mata mahu makan ikan Empurau

KUALA LUMPUR: Taikun Hong Kong, Peter Lam terbang ke Malaysia menggunakan jet peribadinya untuk merasai ikan empura, yang sering dikenali sebagai 'wang bu lio' di kalangan orang Cina kerana harganya yang mahal dan dagingnya yang enak, lapor China Press.

Ikan empurau itu dijual dengan paling mahal adalah ikan air tawar pada harga sehingga RM1,800 sekilogram.

Dilaporkan bahawa Lam dan sembilan rakannya mengunjungi sebuah restoran di Kuala Lumpur untuk menikmati hidangan ikan secara stim.

Ikan itu ditempat oleh James Wong dari Sarawak, yang dikatakan sebagai pakar tentang ikan air tawar, untuk jamuan pada malam Ahad.



Wong berkata, ikan seberat 2 kilogram itu berharga kira-kira RM3,000.

"Ramai pelancong dan lelaki kaya sering terbang ke Malaysia untuk menikmati keenakan ikan empurau.

"Tetapi ia adalah pertama kali seseorang itu datang menggunakan jet peribadi hanya untuk tujuan ini," katanya.

Lam, yang merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Hong Kong turut membawa pulang lima ikan air tawar tempatan, termasuk empat empurau yang bernilai kira-kira RM17,000 ke Hong Kong pada Isnin.

Ketika ditemui seorang pemberita, Lam, yang ketika itu dalam kunjungan peribadinya berkata, ia merupakan pertama kali beliau merasai ikan empurau di Malaysia.

Beliau berkata, rasa ikan itu sungguh enak.

"Saya akan kembali lagi. Selain 'wang bu liao', ikan-ikan lagi di Malaysia juga sedap. Saya akan membawa kumpulan lain tidak lama lagi untuk merasai makanan Malaysia yang lain," tambahnya.

Ikan air tawar liar menjadi begitu popular selepas pengkritik makanan Hong Kong, Chua Lam dan chef Liang Wentao, yang dikenali sebagai 'Hong Kong of Cookery' yang memaparkan hidangan itu dalam program televisyen.

10 Gambar seni dekorasi makanan yang amat kreatif!

Makanan yang sedap dan lazat belum tentu menyelerakan sekiranya persembahan makanan tersebut tidak menarik di atas pinggan. Dekorasi Makanan merupakan satu seni yang amat berguna untuk mendapatkan perhatian orang yang melihatnya.

10 gambar seni dekorasi makanan dibawah bukanlah tidak menyelerakan, namun seperti tidak sanggup untuk merosakkan hasil kerja chef yang membuatnya. Amat menarik dan kreatif bukan?












#Idea untuk menu sahur atau berbuka di bulan Ramadan. 

Tuesday, January 7, 2014

(GAMBAR) NORA DANISH ADAKAN MAJLIS KESYUKURAN SAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN RAYQAL

Putra Rayqa,  anak Nora Danish yang memang popular di kalangan peminat dunia hiburan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-5 semalam.
ND
SM sangkakan majlis sambutan gilang gemilang. Namun untuk anak kecil ini, Nora Danish menganjurkan majlis doa selamat yang turut dihadiri oleh kaum keluarga, rakan artis dan anak anak yatim dari sebuah sekolah tahfiz.
Dalam kenyataan beliau menerusi Instagram, Nora Danish mengharapkan yang anaknya itu bakal menjadi anak soleh selain berguna kepada masyarakat di masa hadapan.
ND2
“Doa semoga Putra ku Rayqal menjadi anak yang soleh, pemimpin yang bijak, berguna pada masyarakat & negara, mentaati perintah Allah & sentiasa penuh dengan sifat kasih sayang. Amin”
Jom layan beberapa keping lagi gambar menarik majlis tersebut:

ND7
ND1
ND5
ND4

◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger