Monday, January 6, 2014

'Sultan Melaka' Dakwa Dapat Dana Tabung Dunia...RM1 Trilion!


Kalau satu bilion itu maknanya seribu juta, satu trilion pulak adalah seribu bilion… kalau ikut wikipiedia… panjang kosong trilion ini begini… 1,000,000,000,000,000,000.
Begitulah punya banyak dana yang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dakwa akan dapat dari Tabung Dunia.
Dalam sidang media di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.
“Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.
“Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta,” katanya.
Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.
Ekoran pengiktirafan itu, beliau mendakwa bakal menerima dana berjumlah bertrilion ringgit dari satu tabung yang diuruskan oleh ICJ dan duit tersebut akan digunakan untuk membangunkan Melaka.
Ketika ditanya mengenai siapa yang menandatangani surat pengiktirafan tersebut, Raja Nor Jan berkata, beliau tidak mahu tahu siapa yang berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak media menghubungi ICJ sendiri bagi mendapatkan kepastian.
“Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ itu boleh kemukakan bantahan kepada pihak di sana. Apa yang penting, sekarang beta ingin menjelaskan bahawa semua pihak perlu menerima pengiktirafan ICJ ini dan beta ingin menuntut hak sebagai Sultan Melaka yang sah,” ujarnya.
Tambah beliau, sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf surat itu dan ingin mengambil tindakan perkara itu dialu-alukan.
“Tetapi kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa tuntutan itu tidak betul kerana surat ICJ itu berdasarkan akta dan fakta,” jelasnya.
Pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang di dalam negara ini kerana berpegang teguh dengan keputusan ICJ yang merupakan mahkamah dunia.
“Beta hanya mahukan hak beta untuk pulang ke Melaka dan mewarisi takta, bukan ingin menuntut keistimewaan lain dan beta tidak memerlukan bantuan mana-mana pihak kerana beta adalah Sultan Melaka Darul Islam,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meragui kesahihan tandatangan surat yang kononnya dari ICJ tersebut.
Menurutnya, perlembagaan negara sudah menyatakan Melaka adalah salah sebuah negeri bukan bersekutu iaitu negeri selat.
“Ini menjadikan Melaka ditadbir wakil persekutuan yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri,”ujarnya.
Tambahnya, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.
Kes mengaku raja dan sultan ini makin kerap kedengaran akhir-akhir ini, ada yang mengaku Sultan Langkasuka, Sultan Sulu dan tidak kurang juga Sultan Perak.
Sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan terhadap kes-kes melibatkan individu mengaku raja atau sultan ini.- Agenda Daily

WAJAH HODOH DIBEDAH MENJADI CANTIK BAK SANG PUTERI RAJA


Foto diatas adalah foto gadis kembar sebelum memasuki rancangan TV Korea  'Let's Beauty' .Kembar ini sangat beruntung apabila wajah mereka diubah oleh 'doktor magik'.Ayuh saksikan



Hasilnya!!!
Gila kentang!

Kahwin: Shila Amzah 'meletup'


PELANTUN lagu Masih Aku Cinta, Shila Amzah ‘meletup’ ekoran satu akaun palsu di laman sosial Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Sebelum ini, kewujudan akaun palsu tersebut tidak diendahkan namun Shila menyifatkannya melampau selepas foto itu dimuat naik dengan kapsyen berkahwin.

Rata-rata peminat menuduh penyanyi yang kini menetap di Shanghai itu sengaja mencetuskan kontroversi.

Namun, menerusi akaun Instagramnya, Shila menjelaskan bahawa dirinya belum berkahwin dan tidak pernah untuk menimbulkan kontroversi.

Malah Shila yang geram dengan perbuatan melampau itu juga memberitahu bahawa perkara tersebut akan disiasat malah tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat.

"Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini.

"Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan," katanya.

Katanya lagi, "untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.

Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol.

Dalam ladang sawit pun ada GRO

GRO warga Vietnam yang ditahan di sebuah restoran dalam ladang kelapa sawit.

LUMUT - Sepasukan anggota Jabatan Imigresen Lumut mengadakan serbuan di sebuah restoran di ladang kelapa sawit di Kampung Selamat di sini, dan berjaya menahan 10 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di restoran tersebut pada 2 Januari lalu.

Ketuanya, Muhamad Faizal Saidin berkata, Operasi Bersepadu 6P itu dilakukan bagi mengekang masalah pendatang tanpa izin (Pati) dan GRO di daerah ini.

"Serbuan yang dibuat pada jam 7 petang itu adalah hasil maklumat orang awam dan risikan pihak Imigresen Lumut Bertindak.

“Semasa serbuan dijalankan GRO berkenaan cuba melarikan diri di ladang kelapa sawit berhampiran namun kami berjaya menahan mereka. GRO berumur antara 20 hingga 40-an berkenaan didapati tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah,” katanya.

Katanya, dalam masa sama beberapa serbuan turut dilakukan di rumah kongsi sekitar Kampung Selamat dan Pekan Gurney.

“Hasil serbuan kita berjaya menahan 19 warga Indonesia yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke Depat Tahanan Langkap untuk tahanan reman dan siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Operasi ini akan diadakan secara berkala untuk memastikan masalah Pati dapat dikekang.

“Kita juga mengalu-alukan maklumat daripada orang awam supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Faizal berkata, seramai 37 orang melibatkan pelbagai warganegara berjaya ditahan sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu.

“Mereka termasuk warga Vietnam (17 orang), China (4 orang), Thailand (11 orang), Indonesia (2 orang) dan Malaysia (3 orang) kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Kita akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa dan berharap masalah Pati ini dapat diatasi segera,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Remaja diculik, dibogelkan & dibalut kain putih sebelum dipuja kumpulan Ajaran Sesat




Rawang: Diculik kemudian dibogelkan sebelum dibalut kain putih seperti dikafan dan seterusnya dipuja dari waktu Maghrib sehingga Subuh. Itu pengalaman menakutkan yang dilalui seorang remaja, selama tiga hari.

Remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azmi, 19, berkata lebih menyeksakan, kumpulan individu berjubah hitam itu turut menjerut kemaluannya selain menderanya dengan pelbagai cara apabila dia melawan.

Azmi berkata, dia diculik ketika berjalan kaki untuk ke kedai berhampiran rumahnya di sini kira-kira jam 5 petang pada 1 Januari lalu, sebelum dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Menurutnya, kejadian diculik dan dipuja itu bukan kali pertama berlaku ke atas dirinya, malah yang keempat dengan tiga kejadian lagi berlaku pada Jun dan November lalu.

“Dalam kejadian pertama pada Jun serta kedua dan ketiga pada November tahun lalu saya diculik hanya satu malam dan jumlah individu terbabit sekitar tujuh hingga 10 orang saja. -Hmetro



EKSLUSIF! REMAJA DIROGOL RAKAN FACEBOOK KETIKA CUTI SEKOLAH


EKSLUSIF! REMAJA DIROGOL RAKAN FACEBOOK KETIKA CUTI SEKOLAH | Hasrat seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk berkahwin akhirnya berjaya membongkar perbuatan kejinya bersama pasangan kekasih berusia 27 tahun.

Sumber berkata, remaja berkenaan yang mengenali suspek menerusi laman sosial Facebook selama beberapa bulan bertindak tinggal bersama kekasihnya semasa musim cuti sekolah.

Menurut sumber, bapa remaja berkenaan yang curiga dengan hasrat anaknya itu yang ingin berkahwin secara tiba-tiba terkejut apabila anaknya memberitahu perkara sebenar.

“Sebelum ini, remaja perempuan berkenaan memberitahu bapanya yang dia tinggal bersama kawan perempuannya sewaktu cuti sekolah lalu.

“Bagaimanapun, dia menceritakan kejadian malang menimpa dirinya apabila telah dirogol kekasihnya yang bekerja sebagai penjual buah lebih 10 kali selama tempoh cuti berkenaan,” katanya.
Susulan insiden itu, ayah mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Nilai pada Ahad lalu dan suspek berjaya ditangkap di Chembong malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Info Palsu: Kecurian data melalui panggilan bernombor +375 & +371 tidak benar



TAKTIK PALSU KECURIAN DATA:

Kebelakangan ini terdapat satu maklumat yang disebarkan melalui pesanan ringkas, media sosial dan emel untuk mengingatkan orang ramai supaya tidak menghubungi semula panggilan telefon yang diterima dengan paparan kod +375 atau +371 pada permulaan nombor. 

Mengikut sebaran maklumat tersebut lagi, pemanggil yang menghubungi semula nombor berkenaan akan dikenakan caj antara $15 dan $30 untuk setiap panggilan yang dibuat dan segala maklumat peribadi yang tersimpan di dalam telefon akan dicuri oleh sindiket penipuan siber.

Maklumat tersebut didapati telah disebarkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sumber yang menyatakan ia adalah peringatan yang dikeluarkan oleh PDRM adalah TIDAK BENAR. 

Kaedah pencurian data maklumat peribadi seperti yang dinyatakan juga adalah mustahil melainkan telefon pemilik berkenaan telah digodam.

Niat untuk berkongsi maklumat bagi tujuan saling mengingatkan adalah tindakan yang baik namun anda dinasihatkan untuk berkongsi maklumat yang telah disahkan kebenarannya.

Maklumat lanjut, http://www.hoax-slayer.com/missed-375-calls.shtml

Sumber: FB Page PDRM 
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger