Saturday, January 4, 2014

10 GAMBAR: Korea Selatan Buka Taman Tema Berkonsepkan Seks…LOVELAND!

KOREA2
Satu ketika dulu, apa sahaja yang berkaitan dengan seks pastinya menjadi perkara taboo di kalangan warga Asia terutamanya.
Namun sejajar dengan perubahan masa dan zaman, masyarakat dunia kini semakin terbuka dengan perkara tersebut.
Malah, Korea Selatan yang dikenali sebagai sebuah negara yang kuat berpegang kepada adat timurnya mula mengambil langkah terbuka mengenai perkara ini.
Pembukaan Loveland merupakan bukti mereka semakin open minded apabila taman yang dibina ini merupakan sebuah taman tema seksual yang berkeluasan sebesar dua padang bola sepak.
Taman ini mengandungi pelbagai patung dan aksi-aksi lucah yang sama sekali tidak sesuai dipertontonkan kepada kanak-kanak.
Loveland juga dikenali sebagai destinasi wajib dikunjungi oleh pasangan baru berkahwin untuk menghangatkan lagi aktiviti seks mereka.




























(GAMBAR) MANOHARA TAYANG LURAH DADA MASA SIDANG MEDIA?

Manohara yang namanya melonjak naik seperti roket ini nampaknya tidak segan silu untuk menunjukkan bahagian dadanya kepada umum.
manohara4
Manohara seakan-akan sengaja menunduk supaya para wartawan boleh mengambil gambar manohara seksi dengan menampakan separuh daripada bahagian dadanya.
Adakah ini salah satu taktik Manora untuk meraih dan mengekalkan glamour di Indonesia dan Malaysia? Untuk bersangka baik mungkin Manohara tidak sengaja untuk berkelakuan begitu.
SM kongsikan beberapa lagi gambar Manohara yang di katakan tayang bahagian dada.
manohara
manohara2


Friday, January 3, 2014

Suami bersama wanita lain ditemui mati dalam keadaan berbogel dalam sebuah kereta


Gambar hiasan


IPOH 4 Jan. - Kebimbangan seorang isteri mengenai kehilangan suaminya yang tidak pulang ke rumah sejak kelmarin terjawab apabila lelaki itu ditemui mati bersama seorang wanita dalam keadaan berbogel di dalam kereta di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber dekat sini hari ini.

Kedua-duanya yang masing-masing berusia 58 dan 51 tahun itu ditemui pada pukul 9 malam tadi di dalam kereta Proton Wira milik lelaki terbabit dalam keadaan enjin kenderaannya masih belum dimatikan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam berkata, isteri lelaki tersebut membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada pukul 7.55 malam hari ini selepas suaminya tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

Katanya, wanita tersebut kemudiannya pergi ke kedai milik suaminya di belakang sebuah hotel bajet di sini dan mendapati terdapat kepulan asap yang datang dari arah kedai berkenaan sebelum dia bertindak memecah masuk kedai tersebut.

"Sebaik sahaja masuk ke dalam kedai itu, wanita terbabit mendapati suaminya dan seorang wanita lain yang tidak dikenali berada dalam sebuah kereta dalam keadaan bogel. Kedua-dua mereka bagaimanapun sudah tidak bernyawa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Paramasivam berkata, pemeriksaan mendapati kereta yang dipercayai milik mangsa wanita terbabit iaitu jenis Proton Iswara juga berada di luar premis perniagaan berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mayat kedua-dua mangsa tersebut.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kejadian," ujarnya. -Utusan

60-200 Meteor sejam dijangka muncul pada subuh esok, 4 Jan 2014



Mungkin agak terlambat nak beritahu, pada awal pagi esok (Sabtu), akan berlaku lagi sebuah juraian meteor yang bernama Quadrantids.

Untuk lebih spesisik, waktu jangkaan kemuncaknya ialah pada jam 3.30 awal pagi, hari Sabtu, 4 Jan 2014. Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita bercuti hujung minggu esok, maka gunalah peluang untuk tinjau-tinjau ke arah langit.

Anda boleh mulakan cerapan pada tengah malam hinggalah ke Subuh hari sabtu 4 Jan 2014.

Berdasarkan maklumat di www.imo.net/calendar/2014#qua , jumlah meteor yang dijangka muncul adalah antara 60 hingga 200 meteor sejam. Boleh tahan jugak jumlah meteor ini.

Lebih menarik lagi, Bulan tiada di langit, maka peluang untuk melihat jumlah meteor dalam kuantiti yang banyak, lebih cerah.

Saya tertarik dengan tulis Phil Blait di blog beliau, yang mengatakan meteor Quadrantids ini merupakan satu daripada dua juraian meteor yang mana debu-debunya berasal daripada sebuah asteroid (dan bukannya komet sebagaimana juraian meteor lain). Asteroid tersebut ialah 2003 EH1 .

Buat pengetahuan umum, satu lagi juraian meteor yang berasal dari sebuah asteroid ialah juraian meteor Geminids. Saya ada tulis artikel berkenaan meteor ini di dalam artikel “Meteor Geminids 2013 akan bertarung dengan kehadiran Bulan”sebelum ini.

Radian atau kawasan langit meteor Quadrantids ini muncul ialah berhampiran dengan buruj Biduk di langit utara. Namun, sepertimana saya katakan sebelum ini, meteor-meteor ini akan muncul dimana-mana di kawasan langit. Anda hanya perlu fokus kepada kawasan langit yang paling gelap sahaja.

Saya pernah tulis artikel bertajuk “Bagaimana cara mahu melihat juraian meteor?” di dalam laman web asal Falak Online sebelum ini (tak sempat nak pindahkan ke laman baru ini lagi). Tips-tips di dalam artikel tersebut boleh digunapakai untuk sebarang jenis juraian meteor yang muncul nanti.

OK, cukuplah celoteh ini, jom kita cuba tangkap meteor awal pagi esok.

Oleh : Shahrin Ahmad

Shahrin Ahmad ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

Thursday, January 2, 2014

'Saya hantar anak ke taska sihat, terima dengan tubuh kaku'- Ibu bayi 4 bulan



Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.

Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak. 

Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja. 

“Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.

“Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya.


Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. -BH

Koleksi gambar murid darjah satu tersepit dalam bangku sekolah menjadi viral

Bagi guru-guru yang mengajar di sekolah rendah, menguruskan kanak-kanak yang baru masuk ke Darjah Satu adalah perkara yang paling sukar sekali. Kerana ini lah kali pertama kanak-kanak dalam usia itu berjauhan dengan ibu bapa dan penjaga mereka.

Pelbagai macam karenah yang perlu ditempuh oleh para guru saban tahun. Namun yang paling menarik pada tahun ini, fenomena kanak-kanak tersepit didalam bangku sekolah telah menjadi viral di media sosial. 

Mungkin kejadian tersebut pernah berlaku tahun-tahun yang sudah, namun dengan kecanggihan gajet pada masa kini barulah banyak gambar dan video dapat dirakamkan dan dikongsikan di laman sesawang. 

Memang kelakar melihat gaya dan tingkah lalu mereka. Tapi tidak kurang juga dengan gelagat bapa-bapa diluar sana yang meniru aksi kanak-kanak ini. Jom saksikan gambar-gambar dibawah:




Gambar Bapak Budak buang tabiat tersepit dalam kerusi


Haiwan pun ada:


Video kepala budak sekolah tersepit dalam kerusi kayu


7 Gambar Miss Canada yang jelita ini rupa-rupanya jantan!

Pada tahun 2012, Jenna Talackova mencetuskan kontroversi apabila telah dikeluarkan dari senarai finalis Miss Universe Kanada selepas didapati yang dia sebenarnya bukanlah seorang perempuan. Namun selepas beberapa sesi perbincangan, mereka membenarkannya untuk disenaraikan semula.

Tetapi, dalam pertandingan itu Jenna tidak dinobatkan sebagai pemenang. Dia telah menjalani pembedahan plastik pada usia 19 tahun. Kini dia telah menjadi ikon fesyen negara itu apabila beberapa syarikat ternama seperti ELLE telah memilihnya menjadi model mereka. Kini dia adalah model sepenuh masa.









Jenna ketika zaman remaja 
Kredit : Tabekpuang
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger