Thursday, January 2, 2014

Angkara diputuskan teman lelaki, budak perempuan tulis surat minta ganti rugi


Angkara diputuskan oleh teman lelakinya, seorang budak perempuan meminta semula duit yang pernah dibelanjakan untuk temannya itu.

Surat ini memang agak unik dan lain daripada yang lain. Selalunya surat cinta monyet sebegini penuh dengan kata-kata manis dan pujangga.

Namun, si perempuan dalam kesedihan diputuskan temannya, dia sempat berfikir diluar jangka dengan meminta ganti rugi yang berupa muffin, hadiah, dan ayam KFC. Dan tidak lupa dengan denda putus RM5!

Jika perangai budak perempuan ini dibawa hingga ke besar, sudah tentu dia sukar mencari teman yang sesuai

8 Gambar seksi Fazura sambut tahun baru 2014 di Las Vegas



Fazura tidak berseorangan menyambut tahun baru di Las Vegas sebaliknya ditemani oleh 2 orang rakan berkulit putih. Melalui caption yang ditulis di akaun Instagramnya, hubungan mereka bertiga diklasifikasikan sebagai “bestfriend”.



We’re the 3 best friends that anybody could have..???? Love u both so much!???? @jeffn31l @randyseidman #TheGoodGuys #Celebrations #Friends #GreatTimes #FazbulousInLasVegas 

Pastinya sambutan tahun baru di Las Vegas lebih meriah berbanding di Kuala Lumpur. Apa pun, semoga tahun 2014 akan membawa seribu sinar buat Fazura. Mungkin sudah mula boleh fikirkan mengenai mendirikan rumahtangga. Pasti banyak peminat Fazura yang tak sabar mahu melihatnya di atas pelamin. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. - Beautifulnara








Wednesday, January 1, 2014

Pak Mie pembela anjing terbiar diarah kosongkan pusat perlindungan



Pasangan berbangsa Melayu yang mempunyai kasih sayang yang tinggi kepada anjing dan kucing terbiar kini sedang berusaha mencari sebidang tanah yang baru untuk menempatkan rumah perlindungan haiwan itu yang menempatkan kira-kira 800 ekor haiwan berkenaan.

Muhammad Azmi Ismail atau dikenali sebagai Pak Mie dan isterinya Halijah Idris atau Mak Intan terpaksa berbuat demikian kerana mereka diperintahkan keluar dari tanah sedia ada oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS).

Tempoh tiga bulan yang diberikan MBAS secara rasminya tamat semalam dan beliau kini terpaksa membersihkan tempat perlindungan yang dibina di tebing sungai itu dan mengosongkannya.

Semalam MBAS telah memberikan amaran terakhir untuknya meninggalkan Tanjung Bendahara.

“Mengapa pihak majlis (MBAS) menghantar pegawai pada Oktober lalu agar saya menaik taraf pusat perlindungan ini dengan bumbung, lantai simen, sistem saliran dan tangki septik apabila ia akan menghalau saya dan semua haiwan keluar selepas tiga bulan? Siapa yang akan melakukan semua ini jika ia hanya untuk tempoh tiga bulan?

“Memang benar bahawa majlis (MBAS) itu tidak pernah memberikan saya apa-apa dalam bentuk hitam putih (bertulis) mengenai perkara ini, tetapi saya percaya bahawa ia akan membolehkan saya diberi lebih banyak masa daripada tempoh pendek hanya tiga bulan,” katanya memetik laporan The Star hari ini.

Tanah di Tanjung Bendahara tempat Pak Mie dan isterinya memelihara anjing dan kucing terbiar terletak di atas tanah kerajaan milik Indah Water Konsortium (IWK).

Pak Mie berkata beliau sudah mengetahui satu hari nanti beliau dan isterinya perlu berpindah dan mencari lokasi baru bagi menempatkan anjing dan kucing jagaannya itu.

“Isteri saya dan saya tahu kami terpaksa keluar juga satu hari ini. Tetapi untuk mendapat dan membeli tanah untuk tujuan itu bukan senang. Tanah yang sesuai mesti jauh dari kawasan kediaman orang lain.

“Jika saya boleh memperoleh dana, saya ingin mendapatkan 50 ekar tanah dan membina rumah perlindungan di tengah-tengah kawasan itu. Saya akan membiarkan kawasan sekeliling kosong bagi mengelakkan sebarang aduan daripada pemilik tanah berhampiran,” kata Pak Mie yang juga seorang bekas kontraktor.

Beliau sebelum ini telah mengalami pengalaman yang pahit sewaktu beroperasi di tanah miliknya sendiri di Kuala Nerang, yang lokasinya kira-kira 37km dari bandar.

Pak Mie membeli tanah berkenaan dengan menggunakan wang sumbangan untuk menubuhkan tempat perlindungan haiwan yang baru dan merancang berpindah ke sana tahun lepas.

Bagaimanapun, perancangan tergendala apabila penduduk kampung berdekatan membantah.

Beliau berkata, tiada harapan untuk mengubah fikiran penduduk berkenaan dan berpindah ke sana sekarang.

“Penduduk kampung di situ adalah orang Melayu. Saya juga seorang Melayu dan saya faham perasaan mereka. Saya tahu tidak guna cuba mengubah fikiran mereka. Selain itu, saya juga tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan keselamatan anjing-anjing saya.

“Kuala Nerang tidak akan menjadi tempat kami. Saya perlu mencari pembeli bagi tanah itu. Sekurang-kurangnya, saya boleh mendapatkan wang yang benar-benar diperlukan sekarang, ” katanya.

Menurut beliau, apabila pihak majlis hadir dan mahu beliau melakukan kerja-kerja naik taraf itu, Pak Mie beranggapan beliau akan diberi lesen untuk anjing-anjing jalanan yang diselamatkan mereka suami isteri.

“Apabila pihak majlis memberitahu saya untuk melakukan kenaikan taraf ini, saya fikir patut melakukannya dengan serta-merta. Saya juga mahu lesen anjing supaya boleh menangkis aduan.

“Majlis berbuat demikian kerana aduan, yang saya tahu ia bukanlah daripada penduduk di kawasan perumahan berhampiran. Saya berharap orang-orang yang mempunyai masalah dengan saya dan rumah perlindungan akan datang dan bercakap dengan saya sebelum membuat sebarang aduan, ” kata beliau sambil menambah dia bukan seorang lelaki yang tidak bertolak ansur.

Walaupun Pak Mie sedang berhadapan pengusiran, beliau dan isteri bertekad melindungi haiwan-haiwan yang ada.

“Kami tidak boleh berhenti mengambil haiwan baru jika seseorang datang kepada kami membawa kotak berisi samada anak kucing atau anjing.

“Jika kami menolak, kami tahu haiwan berkenaan akan dibuang begitu sahaja dan dibiarkan hidup mencari makanan sendiri. Ia sesuatu yang kejam dan kami tidak boleh membiarkannya.

“Menjaga beratus-ratus anjing dan kucing adalah sukar tetapi ia memberi kepuasan tersendiri . Berurusan dengan manusia adalah lebih sukar,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung berkata beliau terkejut apabila mendengar tentang amaran terakhir pihak majlis untuk Pak Mie, kerana dia juga telah diberi gambaran bahawa rumah perlindungan itu telah diberikan lebih banyak masa.

Katanya, beliau akan menyiasat dengan majlis untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan membantu Pak Mie.

Sumber : The Star

SubhanAllah, lihatlah betapa cekalnya adik Nur Damia timba ilmu persekolahan



Nur Damia Irsalina, tidak mempunyai kedua belah tangan dan kaki kiri menulis mengguna kaki kanan pada hari pertama persekolahannya di SKKT, Kuala Berang, semalam.

Kuala Berang: Biarpun terpaksa menulis menggunakan hanya dua jari kaki sambil berbaring di atas lantai beralaskan tikar, semangat kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU), Nur Damia Irsalina Daeng Malis, untuk menimba ilmu setanding rakan sebayanya yang normal tidak luntur.

Semangat tinggi Nur Damia Irsalina, 7, yang memasuki Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan Kuala Telemong (SKKT) di sini, dikesan ibu bapanya apabila dia mencuba-cuba pakaian sekolahnya dan berlatih menulis di rumah sebelum sesi persekolahan. 

Nur Damia dari Kampung Lubuk Batu di sini, kudung dua tangan dan dua kaki. Hanya kaki kanan mempunyai tiga jari yang membolehkan kanak-kanak itu menulis dan melakukan aktiviti seharian. 

Ketika ini, Nur Damia bergerak menggunakan kerusi roda elektronik dan dia dihantar ke sekolah oleh bapanya, Dr Daing Malis Abd Kahar, 43, dan ibu, Rosnaini Mohamad, 35, yang tidak pernah berputus asa memberi semangat dan sokongan kepadanya.


Seronok masuk sekolah 

“Saya seronok masuk ke sekolah hari ini (semalam). Saya mahu belajar bersungguh-sungguh,” katanya yang menjadikan pakar motivasi terkenal dari Australia, Nick Vujicic, yang senasib dengannya sebagai idola.
“Sebagai ibu saya sangat gembira melihat semangat di rinya. Dia tidak pernah menjadikan kecacatan diri sebagai penghalang untuk menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal lain,” katanya.

Rosnaini yang kini sibuk mencari pembantu untuk menjaga anaknya di sekolah berkata, buat masa ini beliau berhenti kerja selama enam bulan, bagi memastikan anaknya itu dapat menjalani sesi pembelajaran dengan sempurna.

“Buat masa ini Nur Damia Irsalina menggunakan kerusi roda elektronik bagi memudahkan pergerakannya di sekolah. Pada hari pertama sekolah, saya lihat guru dan rakan sekelasnya banyak membantu,” katanya.

Di Bachok, Kelantan, keletah empat murid kembar ditempatkan dalam satu kelas sama di Tahun Satu Berlian, mencuri tumpuan ramai dan menceriakan suasana pada hari pertama sesi persekolahan baru 2014 di Sekolah Kebangsaan (SK)Tawang. 


Empat murid terbabit ialah pasangan kembar seiras, Fadhil Atif dan Fadhil Akif Mohd Fadli serta kembar tidak seiras Amniya Darwisha dan abangnya Adib Ataullah Azlin, masing-masing berusia tujuh tahun.

Guru Besar SK Tawang, Mazlan Mat, berkata sekolahnya memang pernah menerima pendaftaran murid kembar, namun tahun ini lebih meriah kerana terdapat dua pasangan kembar serentak.

“Kami terpaksa letakkan empat murid itu di kelas sama kerana mereka enggan berpisah dengan saudara masing-masing.

“Bagaimanapun, kehadiran dua pasangan kembar itu bukan hanya menambahkan keceriaan, malah meningkatkan motivasi semua guru untuk melakukan terbaik untuk membantu mereka menguasai mata pelajaran diajar di sekolah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Gempar! Ikan Matahari muncul di Sandakan Sabah

Gempar penduduk kampung disini apabila menemui seekor ikan pelik terdampar di Kg Forest Sandakan, Sabah. Namun, sebenarnya spesis ikan itu dinamakan ikan "Mola-mola" tergolong dalam kategori 'bony fish' yang paling berat di dunia.

Berat ikan mola-moal dewasa dianggarkan sekitar 1000 kg. Diet utamanya ialah obor-obor. Hidup diperairan laut tropika. Sebagaimana ikan buntal, ikan ini juga menjadi hidangan yang istimewa di negara Jepun, Korea Dan Taiwan.


Sumber gambar: FB Syro Blackz

Khalid Ismath kata sambutan tahun baru dengan ceramah agama adalah PALING HINA!

Bekas penuntut IPTA yang terang-terangan menyokong Syiah, Khalid Ismath meneruskan episod keceluparan mulutnya apabila memuatnaik status di Twitter berbunyi:

(Sambutan Tahun Baru disambut dengan ceramah agama adalah paling hina. Lebih baik ke Dataran Merdeka ubah kerajaan daripada jual agama.)

Aktivis Mahasiswa Pro-Pembangkang ini nampaknya terang-terangan meletakkan Islam entah nombor berapa berbanding perjuangannya.

Apa sudah tak ada perbandingan lain hendak dibuat selain ceramah agama?

Apabila dia tergamak meletakkan agama sebaris dengan perkataan hina, sudah jelas akidahnya di mana.

Pelik juga, setelah sekian banyak mesej-mesej provokasi disebarkan si Khalid ini, dia masih mampu meneruskan tabiat mulut celuparnya tanpa disekat mana-mana pihak.

Pada masa sama, dia turut menghina Ustaz Azhar Idrus dengan status Twitter lain berbunyi:



Ustaz Azhar Idrus buat lawak sia-sia katanya. Apa agaknya kata peminat UAI dalam hal ini?

Yang pasti pengarah muda yang kini kian mendalami agama, mengikuti ceramah UAI di Pulau Pinang pada malam tahun baru kelmarin bersama ribuan anak muda lain.


Tindakan ini rasanya jauh lebih mulia daripada Khalid yang sibuk hendak memberontak sahaja kerjanya! Kredit-Mynewshub.my

5 Gambar Wajah Ibu Emma Maembong sama jelita ketika zaman mudanya

Seperti peribahasa dulu-dulu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Wajah ibu Emma di zaman mudanya sama cantik dengan Emma. Ibu Emma Maemong yang bernama Janet sebenarnya berasal dari Scotland. 

Mungkin ramai yang belum pernah melihat wajah ibu Emma Maembong ketika muda. Jom saksikan gambar dibawah:

 
Gambar kahwin Ibu dan bapa Emma Maembong

 
Wajah Emma Maembong memang seiras wajah ibunya 

 
Ibu Emma Maembong sewaktu masih muda 

 
Kini 

Ibu Emma Maembong  

Kredit Gambar: http://tidakkalah.blogspot.com
◄ Posting Baru Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger