Showing posts with label gossip. Show all posts
Showing posts with label gossip. Show all posts

Monday, July 7, 2014

Apabila Artis Wanita Malaysia Tanpa Makeup

Apabila Artis Wanita Malaysia Tanpa Makeup | Kalau sudah nama pun artis, penampilan yang cantik dan menarik sememangnya penting.

NUR FAZURA


SITI NURHALIZA

EMMA MAEMBONG


NEELOFA


UMIE AIDA

LIYANA JASMAY

SCHA AL-YAHYA


LISA SURIHANI 
NORA DANISH

Saturday, July 5, 2014

MESTI TENGOK! Peminat Gilakan KETIAK Nelydia Senrose Yang Putih Gebu


Nelydia Senrose, satu nama yang tidak asing lagi dalam industri huburan tanah air. Pelakon muda yang beru berusia 20 tahun ini membina kariernya sebagai pelakon tanah air dengan begitu baik ditambahkan lagi dengan wajah cantik jelita yang dimilikinya. 

Malah sikap peramah dan cerianya membuatkan dia amat disenangi oleh peminat-peminatnya. Satu fanpage Nelydia Senrose di Facebook telah mengongsi sekeping gambar artis ini memakai gaun berwarna putih yang berseri-seri. 

Gambar tersebut mendapat pelbagai komen daripada peminat-peminat artis ini dan kebanyakannya meninggalakn komen dengan memuji kecantikan artis ini.

Namun, ada juga segelintir peminat-peminat artis ini begitu tertarik dengan gambar menawan Nelydia Senrose ini sehinggakan mereka begitu gilakan ketiak artis ini yang putih dan gebu tersebut.

Jom liht komen panas tersebut:


Friday, July 4, 2014

Peminat Dedah Punca Awie Pukul Bini

Kontroversi penyanyi rock terkenal, Awie memukul isterinya, Rozana Misbun, 36, menggemparkan dunia hiburan tempatan sejak dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Awie mengaku tidak bersalah di hadapan majistret Ayuni Izzaty Sulaiman dan beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM9,000 dengan dua penjamin. Tarikh sebutan kes pula telah ditetapkan pada 11 Ogos ini.

Sementara itu, seorang pemilik akaun facebook yang dirahsiakan identitinya telah memuatnaik status khabar angin berbentuk pendedahan kepada punca sebenar aktor berusia 46 tahun itu bertindak memukul isterinya.

Apapun, kesahihan kenyataan tersebut tidak dipastikan setakat ini meskipun telah dimuatnaik dalam bentuk komen oleh peminat di page facebook Astro Awani.
                   Peminat Dedah Punca Sebenar Awie Pukul Bini, terkini, info, isu hangat, pelakon dan penyanyi rock didakwa, kontroversi awie

Manakala ini pula adalah jawapan balas dari pihak Awie
Di sebalik dakwaan dia telah membelasah isterinya dengan teruk sehingga didakwa di mahkamah, vokalis Wings, Azhar Othman atau Awie, 46, beranggapan bahawa apa yang berlaku semua ini adalah satu hikmah daripada Allah SWT.

"Hikmah kejadian ini sebenarnya hanyalah untuk mereka yang terpilih saja..terpilih olehNYA. Mungkin sudah terlalu banyak orang beranggapan buruk pada saya tetapi mungkin tidak di mataNYA.

"Alhamdulillah, benda ini terjadi pada diri saya dan bukan pada diri keluarga isteri saya. Masyarakat mungkin sudah lali dengan anggapan jahat terhadap diri saya tetapi bukan terhadap keluarga isteri saya.

"Kalau kena kepada keluarga isteri saya, mungkin mereka tidak boleh tahan dan tidak boleh terima keadaan ini. Tetapi, ianya berlaku ke atas diri saya.

"Alhamdulillah...eh boleh saya sebut ke saya sebut Alhamdulillah, nanti ada yang marah? Tuduhan dibuat oleh isteri saya, saya terima tetapi mahkamah yang akan menentukan segalanya.

"Jangan adili manusia selagi tiada kepastian yang nyata dan cerita yang sebenarnya. Insya Allah, kita sama-sama tunggu dan lihat.

"Berjayanya lelaki, pasti ada seorag wanita dibelakangnya. Kalau saya sekarang ini nak dikategorikan apa? Wallahualam....,"katanya

Gambar Nora Danish Jual Karipap Di Bulan Ramadhan

Ehem... Sesekali kita layan cerita Nora Danish yang bukan isu cinta, kali ini Pasalartis kongsikan kisah pelakon ini mencari rezeki tambahan sambil beramal dengan menjual karipap frozen melalui akaun Instagram miliknya. 
Apa yang menarik perhatian penulis, Nora Danish memberitahu yang proses membuat karipap ini dilakukan sendiri oleh beliau bersama kekasihnya Nedim Nazri dan juga dibantu oleh rakan rakan rapat.

Bukan senang nak merasa air tangan selebriti terkenal ni kan? Karipap frozen yang diberi nama Neno Puff (Nedim & Nora Puff) ni korang bolehlah order melalui maklumat yang dikongsikan Nora Danish - Pasalartis.blogspot.com

Pasalartis: Belanja sebungkus please. Hehe...





Kongsi Pengalaman Terawih, Ada Juga Yang Maki Felixia Yeap

Kalau diikutkan janjinya, pada 5 Ramadan ini, Felixia Yap akan mengucap
dua kalimah syahadah dan insyaallah akan menukarkan namanya kepada 
nama yang lebih Islamik.

Dalam proses tersebut, rupa-rupanya Felixia telah mula mengikuti amalan-
amalan sunat ketika Ramadan seperti bertarawih. Beliau turut berkongsi 
pengalaman pertama menunaikan solat sunat terawih di laman Facebooknya.
Menurut Felixia lagi beliau telah mengikuti solat terawih tersebut tiga hari 
berturut-turut. Namun begitu masih banyak yang perlu beliau pelajari,
 terutama bacaan dan kiraan solat tersebut.

Beliau turut tersentuh hari dengan seorang warga emas yang gigih melalukan solat tersebut walaupun dalam keadaan yang agak uzur.

Status tersebut kemudiaanya menerima hampir 1300 komen dandalam 
banyak-banyak komen tersebut, ada juga yang 'bengang' dengan
perkembangan gadis comel ini.

Menggunakan nama Rose Liena, beliau menulis "woiiii betina cukup2lah 
update ko nk masuk islam...tutup semua gambar bogel ko tu!! baru i bagi u 1 
like Ok..."

Ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan beliau yang menggunakan 
bahasa kesat ketika melemparkan komen, namun masih ada juga
yang "like" komen tersebut.

Mungkin selepas Felixia benar-benar memeluk Islam, segala spekulasi
akan reda dengan sendirinya
Posting Lama ►
 

Footer1

FOOTER 2

Footer 3

Copyright 2013 hot news malay: gossip Template by harga baterai laptop. Powered by Blogger